Tuesday, January 25, 2011

macam macam hal

salam

Dalam dok bz bz keje ,update jap blog aku ni...dala dok keje terpk gak aku ngan org yg nak menghampiri aku ni..hurm bukan aku tak sudi ataw tak bg peluang...tapi aku perlukan masa...yang mana kurang sabar tu aku lak kene marah.....tak per lah mgkin diorang tak faham...tak salah berkawan tapi naper mcm tak paham jew sedis toll,tak pa la yg mana betul nawaitu nye ngan aku ni ,dia lah pilihan ku insyallah....asalkan dia leh terima aku seadanya ,..thatz perfect...bende lain private la eh hehehehhe

Pantang Larang org tua tua

Pantang Larang Wanita Hamil

1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahit bibir terbelah atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar.


Pantang Larang Bayi

1. Bayi tak boleh ditegur jika badan gemuk, cuma katakan ’semangat’ kerana ditakuti menjadi kurus.

2. Dilarang memicit mulutnya, nanti tiada selera makan.

3. Tak boleh diletak bayi atas lutut, nanti mendapat sakit perut.

4. Sisa makanan bayi tak boleh dimakan oleh ibu bapa, nanti melawan cakap.

5. Tak boleh dicium sewaktu tidur terutama di atas ubun-ubun kepala dan pada pusatnya kerana dikatakan pendek umur.

6. Kain lampin tak boleh direndam, nanti kembung perut.

7. Sewaktu bayi sedang tidur, kadangkala kita melihat dia tersenyum, ketawa dan ingin menangis. Jangan kejutkan kerana dikatakan bayi sedang bermain dengan urinya.

8. Tidak boleh menghembus mulutnya, nanti menjadi bisu.



Pantang Larang Kanak-Kanak

1. Dilarang duduk atas bantal, nanti punggung terkena bisul.

2. Tak boleh memotong kuku waktu malam, nanti pendek umur.

3. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

4. Tak boleh jelir lidah, nanti lidah terpotong.

5. Makan kepala ikan, nanti menjadi bodoh.

6. Dilarang mengangkat kaki ketika meniarap, nanti emak mati.

7. Tak boleh menunjuk pelangi, nanti jari kudung.

8. Tak boleh makan dalam gelap, dikatakan makan dengan iblis.

9. Dilarang bermain atau keluar rumah waktu senja, nanti disorok hantu.

10. Tak boleh gigit kain, nanti gigi berulat.

11. Hempedal ayam tak boleh dimakan, nanti susah bersunat.

12. Dilarang bercakap dalam tandas, nanti mata ketumbit.



Pantang Larang Ke Atas Perempuan

1. Dilarang menyanyi di dapur, nanti kahwin orang tua.

2. Dilarang menjahit di badan, nanti tidak lepas hutang.

3. Dilarang memakan leher ayam, nanti leher terkulai di pelamin.

4. Pantang bangun lewat, nanti sukar mendapat jodoh.

5. Dilarang makan nasi kerak, nanti mendapat anak bodoh.

6. Dilarang mencari kutu ditangga, nanti kahwin orang tua.

7. Dilarang mencucuk jarum pada waktu malam, nanti didatangi sial.

8. Dilarang bercermin di depan cermin retak, nanti wajah pucat di malam pertama.

9. Dilarang pakai baju basah, nanti badan naik kurap.

10. Pantang berbual di tangga, nanti dipinang orang di serambi rumah sahaja.

11. Dilarang makan bertindih pinggan, nanti menjadi madu orang.

12. Tak boleh menyapu nasi pada waktu malam, nanti pendek rezeki.

13. Dilarang mengerat kuku waktu malam, nanti datang sial.

14. Dilarang makan berubah tempat, nanti berkahwin ramai.

15. Dilarang meletak pinggan di tapak tangan ketika makan, dikhuatiri nanti akan merampas suami orang.


Pantang Larang Ke Atas Lelaki

1. Dilarang bersiul dalam rumah, nanti ular masuk.

2. Dilarang kencing atas busut, dikatakan buruk kemaluan.

3. Dilarang mengintai orang mandi, nanti mata ketumbit.

4. Dilarang tidur di tengah padang, nanti emak mati.

5. Dilarang ketawa waktu Maghrib, nanti datang hantu.

6. Kalau tidak tahan berpanas, nanti tunang dilarikan orang.


Pantang Larang Ketika Berdiri

1. Tak boleh kencing berdiri, nanti punggung dijamah hantu.

2. Tak boleh berdiri tertindih kaki, dikatakan akan jauh rezeki.



Pantang Larang Ketika Duduk

1. Tak boleh duduk atas bantal, nanti dapat bisul.

2. Tak boleh duduk atas tangga ketika Maghrib, nanti dirasuk hantu.

3. Tak boleh menggoyang kaki, nanti tak lepas hutang.

4. Tak boleh duduk di beranda tangga, nanti payah rezeki.

5. Tak boleh duduk atas lesung, nanti berkudis dubur.



Pantang Larang Ketika Makan

1. Makan pedal ayam, akan mengantuk ketika bersanding.

2. Makan tidak basuh pinggan, nanti lambat dapat menantu.

3. Makan pisang kembar, akan beranak kembar.

4. Makan waktu Maghrib, makan bersama hantu.

5. Makan sisa anak, anak akan degil.

6.. Tidur selepas makan, nanti perut buncit.

7. Makan sambil berjalan, dapat penyakit perut.

8. Bila makan, pinggan tak boleh diletak atas riba, nanti suami diambil orang.

9. Jangan makan nasi di senduk, nanti payah rezeki.

10. Makan bertindih pinggan, akan beristeri dua.

11. Makan telur tembelang, mendapat penyakit barah.

12. Makan dalam pinggan sumbing, dapat anak bibir sumbing.

13. Makan dalam belanga, dapat anak rupa hodoh.

14.Makan berlunjur,akan jadi pemalas.

15.Makan mencangkung, payah dapat rezeki.



Pantang Larang Sewaktu Tidur

1. Tidur di muka pintu, alamat dilangkah hantu.

2. Tidur di atas pokok, nanti dimakan langsuir.

3. Tidur di atas sejadah,nanti dihinggap kurap.

4. Tidur selepas makan, nanti ditindih hantu.

5. Tidur melekat nasi di kaki, nanti mimpi hantu.



Pantang Larang Di dalam Hutan

1. Jika sesat di hutan, jangan tidur di tepi sungai, nanti dimakan hantu.

2. Dilarang pegang pokok merah, nanti badan menjadi gatal.

3. Jangan tidur di atas pokok jika sesat, nanti dilapah hantu.

4. Dilarang bercakap besar ketika di hutan, nanti mendapat bencana.

5. Pantang bersiul di hutan, nanti disambar langsuir.

6. Jangan melaung di tengah hutan, nanti disahut hantu.

7. Jika terdengar sahutan, jangan dijawab, dikhuatiri suara hantu.

8. Jangan mengambil batu atau benda ganjil di hutan, takut berpenunggu.

9. Dilarang menegur sesuatu yang aneh atau ganjil dihutan, nanti dirasuk atau dapat malang.



Pantang Larang Di Sungai

1. Jika nampak air berpusar, jangan hampiri, alamat buaya bergerak atau mengiring.

2. Jika ikan toman membawa anak, jangan melintas di hadapannya, nanti dilompati ke perut.

3. Jika terdengar suara semacam kerbau di tebing sungai, alamat ada buaya mengawan.

4. Dilarang bawa limau purut, nanti dibaham buaya.

5. Jika suara perempuan terdengar waktu Maghrib, alamat hantu pari sedang berpesta.

6. Jika kail disambar gondang (siput besar) , alamat rezeki mendatang.


Nota Kaki: Apa yang disebut bukan untuk dipercayai tetapi untuk dihayati mesej yang tersembunyi di sebalik pantang larang yang telah diperturunkan secara lisan sejak zaman berzaman.

hurmmm

Hari ni datang keje tetibe dapat hadiah dari siapa,dari maner ntah ler aku pon tak taw....nice n sweet tapi saper gerangan yg kasi???hurm dalam hati aku ni sama ada nak amik or tidak phone....aku just amik n letak d opis aku jer....tak bawa ke rumah pon...keesokan lak aku dapat email....dr sapa ntah tanya suka tak hadiah tu?/bila aku tnya dia siapa..no reply lakz....pelikz

hurm...abaikan ja lah nak buat suspen suspension hahhha tak da masa aku nak layan...tak nak sakit pale n tak nak asa nervous pon....(macm kejam lak dah hehhehe)
ok now aku berkawan ramaiiii tapi semua aku pesan aku anggap diorang sebgai kawan sebab pitu hati aku masih tertutup sebab luka mndalam aku cuma tgu saper yang berjaya buka balik hati aku untuk cinta...kali ni aku kena tegas ..tabah...dalam memilih...aku tak boleh melulu...aku tak nak menyesal dah...cukup lah...aku senang ngan seorang kawan ku ni memang dia sentiasa dgn aku bila aku menghadapi kesusahan...tua setahun dari aku...ikut perkenalan kami agak lama lah hampir 6 tahun...ntah bila kami makin rapat mgkin lepas dia pun d lukai mcm aku...aku g taw ja i need someone dia mai lah...kami g jejalan dia akan bg aku senyum n lupa masalah aku...aku senang ngan dia...harap persahabatan kami hingga ke akhirnya....dia mmg terkenal d kalangan kekawan sorang yg heppie go lucky...dia pon byk bantu aku...ntah kekadang bila terlebih rapat aku cuba undur sikit..aku tak nak sangkut dgn hati...sebab aku tak ke arah tu...aku cuba elakkan ,walau pon ramai kekawan dok kenen tapi kami dua wat do no jer sebab kami taw limit kami....family aku pon semua kenal ngan die dah maklumlah kawan lama...

nak jumpa sekarang pon jarang dah,memasing sibok ngan keje...tapi bila sekali kuar msti tak kering gusi aja ja sakat,lawak dia yg hiburkan aku.tak penah la kata nak sedih bila kuar ngan dia....hopefully this friendship till last 4 eva....n wish u succes in ur life n get what u whant.....

coretan ku.....



selalu jer ase sunyi,
bila tgk rakan rakan hepie bersama insan tersayang,
bila lak aku nak rase g tew?,
selalu jer hati ini d kecewakan,
tak ada kah insan yg boleh benar benar mencintaiku?,
kebanyakan semua berdasarkan nafsu,
bila kah kan ku ketemu cinta yang satu n sejati?,
ya allah aku hanya mampu berdoa pada mu,
agar memberi ku ketenangan dan kesabaran,
Hanya pada mu aku meluahkan isi hati ku...
Hanya pada mu aku akan menitiskan air mata ku..
hari hari ku berlalu dgn pantas..
hari hari ku selalu uji kesabaran ku...
hanya pada mu aku minta kekuatan...
alhamdulilah..kini aku tenang..
aku d beri pelbagai pilihan...
kali ni aku berdoa lagi...
supaya tak tersalah lg pilihan ku...
kerna aku tak mampu lg untuk menghadapi kedukaan dan kesedihan...
mungkinkah si dia ini tercipta untuk ku??ataw tidak?
ya allah!susah sekali untuk menghadapi dunia hari ni,
semua berlandaskan nafsu dan harta semata mata,
d manakah ketulusan seseorang tu????
ntah sampai bila akan ku jumpa pilihan hatiku,,,,
yang dapat menjaga ku,menghormati kesucian ku...
menghormati kedua ibu bapa ku...
ya allah...kau telah pelihara diriku dari segala maksiat dan dosa..
aku bersyukur pada mu..
hanya pada mu aku layak luahkan perasaan cintaku..
Kerana aku tenang bila bersama mu....
Di mana saja aku perlukan mu ,pasti ada...
___________________________________________

Khasiat buah pisang hurmmmmm

Khasiat Buah Pisang

Perhatian:


Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mud anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

keburukan soya....tapi aku suka soya how how???

ANTARA KEBURUKAN SOYA ADALAH:

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tidak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz tumbesaran sel, tisu badan dan macam-macamlah. Tapi malangnya, kandungan racun perosak yang tinggi memusnahkan khasiatnya semulajadinya secara perlahan-lahan.

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Akibatnya: kembung perut, kekurangan asid amino, kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya, diorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium to make sure antizat tersebut hilang. Malangnya pengamal soya..

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan amnesia atau bahasa mudahnya NYANYUK, tahu nyanyuk mende?

Untuk pengetahuan, para kafir agen Dajjal ini jugalah yang mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar dunia) Namun realitinya, soya dapat:
melemahkan kejantanan lelaki mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan
meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan kandungan estrogen wanita. Ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zink yang penting untuk badan kita terjejas. Kesimpulannya para kafir ajen Al-Masih Dajjal ni bukan setakat melemahkan kita dari segi lain namun secara pemakanan kita juga.

Firman Allah: Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan, kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. Surah Al-Baqarah: 168
Walau bagaimanapun, Tempe dan Kicap Soya adalah baik untuk kesihatan. Kenapa? Sebab tempe dan kicap telah melalui proses fermentation atau bahasa melayunya, penapaian. Soya ni cuma tidak elok dimakan secara fresh atau mentah, apatah lagi kalau dah diproses menjadi air minuman (dari kilang pengeluar especially)

Sekarang baru faham kenapa orang dulu suka sangat buat soya jadi tempe. Tak pun orang Jepun yang makan natto yang melekit-lekit tu. Ataupun orang Hong Kong yang suka sangat makan tauhu busuk.

So, mari kita sama-sama cakap, "OOOOOO... baru tahu

alooo alooo

Assalamualaikum





...Hurm habis dah cerita kisah lama kan???now citer baru okeh heheheehehe...now im single mingle...hehehehe tak nak pk dah soal moal kapel kawin or bla bla bla..tak nak semakkan kepala otak ni...nak pk mama abah n adik adik aku....serta my comel huhuhuhu yg ngah pregnant n semakin cutez...

hurm da;am dok single single ni tipu la kalau tak asa nak kapel kan???ada yg mintak nak kapel,kawin la bla bla bla....hehehehe tapi napa hati asa berat n susah nak terima ntah ler....mama pon suh relax byk solat .berdoa mintak pertunjuk sebab aku naik pening dah ngan mcm mcm org ntah samada nak percaya ker tidak...dah d kecewakan beberapa kali sebab benda sama...sapa la bleh tahan kan....kekadang muncul lak tak percaya dah kat kaum adam ni tapi bila muhasaabah balik..tak semua g tew...tahun ni genap lah umur aku 24tahun....wahh mcm tak caya dah semakin muder aku nu hihihihihi....so my life go as well aku nak futher study lik...tak nak dok kat jawatan sama ...nak naik n naik g if ada rezeki...yg penting aku usaha jer...
n aku dapat hadiah from my beloved abah..nokia c3 heheheheh dia taw anak dia rajin online so kena dah la this hp with me...tha

Tuesday, January 18, 2011

USED VS LOVED

USED vs. LOVED

While a man was polishing his new car, his 4 yr old son picked up a stone and scratched lines on the side of the car. In anger, the man took the child's hand and hit it many times; not realizing he was using a wrench.

At the hospital, the child lost all his fingers due to multiple fractures. When the child saw his father.....with painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'

The man was so hurt and speechless; he went back to his car and kicked it a lot of times. Devastated by his own actions ...sitting in front of that car he looked at the scratches; the child had written 'LOVE YOU DAD'.

The next day that man committed suicide. . .. Anger and Love have no limits; choose the latter to have a beautiful, lovely life..... Things are to be used and people are to be loved, But the problem in today's world is that people are used and things are loved...

Be sure to keep this thought in mind: Things are to be used, but People are to be loved ... Be yourself....This is the only day we HAVE. Have a nice day

Watch your thoughts; they become words. Watch your words; they become actions. Watch your actions; they become habits. Watch your habits they become character; Watch your character; it becomes your destiny.

Selingan ....manusia leka

Menoleh sekitar 20 tahun yang lalu, perihal wanita mendedahkan rambut bukan suatu pemandangan luar biasa. Malahan pada ketika itu jarang kelihatan wanita menutup kepala, kecuali untuk majlis dan upacara tertentu.
Ketika itu wanita yang bertudung, kebanyakkannya adalah golongan tua, itu pun rambut yang ditutup tidak ‘rapus’. Pendek kata wanita yang bertudung, apatah lagi jika terdiri daripada golongan muda akan dianggap janggal.

Senario tersebut sudah berlalu dan keadaan sekarang sudah berubah. Sama ada di pejabat, apatah lagi di institusi pengajian, dan di majlis-majlis, rata-rata wanita Melayu akan memakai tudung. Mereka akan berasa janggal dan terasing jika tidak bertudung.

Di kedai, pusat membeli belah, di lapangan terbang dan di mana sahaja, kebanyakkan wanita Islam telah menutup kepala mereka.

Tidak kira tua, muda, anak dara atau janda, pekerja biasa, pegawai tinggi, suri rumah tangga, rata-rata sudah menutup kepala kerana masing-masing terasa tidak selesa untuk menayangkan rambut.




Zaman berlalu, masa berganti, dan sistem nilai pun sudah berubah. Dulu yang bertudung dianggap janggal, kini yang menayangkan rambut pula akan dianggap janggal, apatah lagi bila berada di majlis-majlis tertentu. (Tidak tahulah kalau masih ada yang tidak berasa janggal).

Bagi setengah pendapat, kecenderungan memakai tudung ada kaitan dengan kesedaran beragama. Rambut adalah sebahagian daripada aurat wanita. Ini bererti kepala wajib ditutup dan tidak didedahkan untuk tontonan umum.

Kalaulah kecenderungan itu disebabkan kesedaran beragama, syukur Alhamdulillah. Tetapi mungkin juga ada sebahagiannya disebabkan yang lain. Umpamanya takut terasa janggal, terikut-ikut dengan trend berpakaian, hanya sebagai fesyen dan sebagainya.

Cuba perhatikan, ada yang bertudung sehingga tidak nampak walau sehelai rambut, tetapi dalam waktu yang sama memakai kain belah, yang setiap kali melangkah akan menampakkan betis dan pangkal paha yang putih melepak. Ada pula yang bertudung lengkap tetapi mendedahkan sebelah atas dada, dan memakai skirt. Kalau boleh disamakan, ada lelaki yang bertopi haji tetapi memakai seluar pendek. Ini sesuatu yang agak ganjil, atas ditutup, bawah didedah.

Bagi setengah wanita, memakai tudung bukan kerana tuntutan agama. Mungkin ada yang cuma ingin mengambil hati, mungkin ia kerana suatu peraturan dan mungkin ada yang ikut-ikutan. Waktu ke pejabat semua memakai tudung, ke sekolah pun begitu juga, tetapi bila berjalan-jalan membeli belah tudung entah kemana.



Pada hal Islam telah menggariskan pakaian yang wajib dipakai oleh setiap muslimah. sebagaimana yang ditetapkan oleh al-Qur’an dan hadis-hadis Nabi Sallallahu alaihi wasallam, iaitu:

i). Hendaklah menutup seluruh anggota badan, termasuk kepala, rambut, leher, lengan, melainkan muka dan dua tapak tangan sehingga dua pergelangan tangan.

ii). Pakaian itu tebal, tidak menampakkan warna kulit yang dapat dilihat dari celah-celah sulaman benang pakaian itu.

iii). Pakaian itu luas, tidak sempit, dan tidak ketat sehingga boleh menampakkan bentuk susuk badan.

iv). Pakaian itu tidak menyerupai atau seakan-akan pakaian lelaki

v). Pakaian itu tidak berbau harum atau wangi kerana ia boleh menarik perhatian orang.

Kewajipan menutup aurat itu berdasarkan kepada dalil al-Qur’an dan Hadis. Di antaranya firman Allah:


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.” (Surah Al-Ahzab : 59)

Oleh yang demikian, sebagai menyahut titah perintah Allah, isu bertudung khususnya menutup aurat janganlah ia dipandang sebagai perkara remeh. Ia adalah perkara wajib. Mentaati perkara wajib adalah perkara besar, walaupun ia dipandang remah oleh sebahagian manusia.







mencari ketenangan

Salam

lepas apa yang terjadi membuat langkah ku untuk memikirkan soal diri ku makin perlahan..aku tak fikir dah kerna hati ni masih sakit lagi...hati ni masih terasa sisa luka tersebut...aku hanya dgn family ku dan banyakan amalan ku ...baju yang ada persiapan yg talah aku buat semua aku simpan dalam kotak yg besar dan d simpan oleh abah aku.....masa mengemas sekali lg air mata ku bergenang....memkirkan apa yang telah terjadi.....aku tak nak aibkan mana mana pihak biarlah duka tersebut tersimpan jer dalam hati aku ni yg membuat kan aku tekad putus dgn dia ada kisah lain tapi biarlah hanya aku dan allah jer tahu.....aku hidup dgn cara ku kembali..aku rapat semula dgn rakan rakan ku.diorang yg byk beri semangt pada ku...dan bayk lah nak kenen kene lg...tapi hati ku belum terbuka lagi....walau ada org kampung ku sendiri dtg pada aku,tapi aku belum sudi lg mgkin luka yg aku terima kali ni cukup dalam dan akan mengambil begitu banyak masa untuk menutup semula luka tersebut.....walau kekadang hati cemburu melihat kekawan mendirikan rumahtangga tapi aku berfikiran positif semula dgn fikirkan yg aku masih muda dan byk masa lg....dan mungkin ada yg terbaik menunggu aku d luar sana...aku cuba motivasi diri sendiri supaya tak sedih lg.....byk dah aku menulis..esok pula aku sambung insyallah.......

time keje kilang





Time ni aku dapat ramai sgt kawan..mungkin time tu aku termude kot dalam line tempat keje aku tu...hurm time tu biaselah kepala ni budak budak lg bila bercampor ngan org keje kilang faham faham lah byk yang dah kawin susah sket gak la nak sesuai ngan diorang tu..time ni apa tu CINTA pon aku tak taw lagi...walau aku sedar ada org yang bernama lelaki ni nak menghampiri aku,aku cuma pegang kate mama aku "yana jgn mudah percaya lelaki,n mama tak nak yana kawan dgn sape lagi yana muda lg n org bukan nak kawan bebetul ngan yana pon"...aku pegang kata mama aku ni hurmm mase keje sane belum pun sebulan ada sorang ni nama dia fendie,bg aku die ni baik lah sgt n a bit kelakar juga mamat ni time tu umur aku 18tahun die 22 tahun,masa mula kenal dia aku jaga line belakang tempat kaset d keluarkan oleh line sputter ni line yg aku panggil org bulan hehehe sebab diorang pakai baju macam angkasawan,sebab mata jer yang aku nampak mulut semua habis d tutup hahaahahha,line aku lak pakai baju ala ala doktor so lawa sket lah kan (perasan jap)huhuhuu,..

so nak d jadikan citer masa aku kat line tu si mamat ni(fendie)dok ushar aku dah rupanya...line aku ngan line dia terpisah ngan satu cermin lutsinar jer so leh nampak jer dia terang terang sambil dia masukkan kaset kat aku tu..tapi aku buat dono jerr...tapi dalam dok buat dono ni aku perasan kaset ni masuk makin laju laju n lajuu padahal aku sorang jer kat situ jenoh gak lah dok lekat sticker versi kalot kan pastu aku tekan button stop 1st sekali aku sond dia ni"woi nak wat keje lilek ler...kalot nak p mana ingt robot ka????tak penah penah laju mcm ni....ishhhh"sambil aku hempat tgn aku kat cermin dia tu dia tgk aku n buat ala ala kartun mintak maaf nak tergelak gak aku tapi sebab garang nyer pasal aku buat dono jer...so time rehat aku pon g ler cafe...aku mase keje kilang ni idup dgn dunia aku tak endah pon org luar aku kawan ngan akak akak jer abng abg aku kawan mase dalam line jer kat cafe aku buat tak kenal jer hehheh malu kot...so d jadikan citer mamat yg dok kacau aku mase dalam line tadi beratur ambil makan belakang aku masa nak bayar dia berebut bayar kat aku.aku kata kat dia "eh eh tak pa saya ada duit"...dia lak kata"tak pa saya blanja sebab kacau awak tadi masa keje sampai awak bengang"pastu baru aku taw kata mamat tu yg dalam line tadi yg mintak maaf mcm gaya kartun tu...nak tergelak gak sebab diorang pakai baju g tew sampai tak leh cam muke kalau tegur kat luar baru taw..pastu sebab aku tak nak terhutang budi aku pon letak bali duit kat meja dia makan....so kire die tak belanja la hehehhe.so mask lik keje..jumper lagi mamat tu....
time tu dia bg nota kecik bersama kaset yg d transfer ke aku dia tulis"awat tak terima saya belanjer tadi??sediss nyer sayerrr marah lagi ker??"
aku pon tulis lik n pass kat die"mak sayer kater tak elok termia pemberian org yg kita tak kenal"
pastu terus dia phone line aku n abg angkat aku..opss luper nak citer masa aku masuk keje sini aku kenal sorang abg ni badrul husham nama dia...aku panggil abg bad...so yg jawap pangilan tu abg angkat aku...so diapon panggil aku n bercakap lah lg sekali aku ngan si fendie ni...dia cakap dia suka tgk mata aku..n suka tgk gaya aku yg a bit ganas tuh..aku leh jawap kat dia 3 ayat jer time tu "YER LAH TUE"pastu letak phone n sambung wat keje n wat dono jer kat dia,,dalam hati aku tu tak terlintas nak kawan or bercinta lg mgkin tak terbuka lg hati n mgkin aku pk aku ni muda lg huhuhuuhu.....
dalam dok eksen kata tak mau bercinta...aku ada lah berkenan kat sorang abg ni aku berkenan tang mata die.yang agak lawa la bg aku kan,biasa lah dah keje tutup mulut ngan kepala n nak nampak pon tang mata jer so nak berkenan pon dari mata lerrr..kata org dari kerana mata lalalllalal.hehehehe///.so dalam masa sama aku pon perasan gak yg abg ni dok ushar aku gak..sebab bila dia bancuh asid jer aku pandang dia terus asid ngan bekas bekas jatuh...bila tak tgk tak lak jadi kan...pelik pelik...ni la kepala budak budak aku....tapi dalam kepala tak pk love lg.semua tu kire syok pandang jerrr.....ok berbalik pada mamat fendie ni..heheheh dia ni sebenarnya nak kawan ngan aku nak kapel..tapi aku tak nak aku kata kawn jer udah kapel tak nak...sebab aku ni pk aku tak elok n asa mcm org nak memain aku jew...dan aku kata kat fendie ni "kalau awak bebetol nak kawan ngan saya awak kene bg saya percaya dulu"
dia pon kata"ok tak da masalah"
after kami bercakap mcm tu wahhh mcm mcm cara dia nak tunjuk yg dia ni bebetul nak kawan ngan aku,sampai tiap tiap hari ada jer hadiah dia nak bg kat aku,broach ler,rantai silver lah,gelang lah,sepit rambut lah bla bla bla,semua aku simpan dalam kotak dan sepanjang kami mcm tu mama pun taw aku tak penah rahsie pape pon dari my mama bila dia phone je time aku kat umah mesti aku nanti buka loud speaker bg mama dgr,mama suka dgr dia cakap sebab kami asyik gelak jer dia suka buat jokes..
bila mai jer bisthday aku dia dtg ke rumah bg 2 teddy bear n kek secreat recipe...sedap kek tu 1st time org luar bg kat aku hadiah n kek mase p amik tu pon mama ikot...huhuhuhu thankz fendie..

Fasa habis sekolah hehehe




Salam.

ha sambung...huhuhuhu.habis jer sekolah koje lah beta d tempat jual baju yg selalu kene marah jer keje...huhuuhu susah lah juga nak dapat 3hinggit sejam tu dgn kena marah la semua kan...tapi tak pa dah nama pon koje...cari pengalaman jerr,selain dapat duit belanja sendiri...aku mmg nak beli apa pun aku akan usaha sendiri.bg aku puas pakai sesuatu dgn hasil usaha sendiri..sebab abah aku pun keje teruk untuk bg nafkah keluarga..aku tak nak bebankan dia dgn keperluan aku....masa keje ni aku tetap ler selekeh gak tapi tak banyak la mcm sekolah kan tak reti lag make up la alat solek solek la semua tak reti lg..tapi teringin lah kan...biaselah perempuan hhuhuhu....keje kat shopping mall ni lama gak kot 6 bulan hehehehe sebab nyer lepas tu aku dapat koje kilang .....

Ha.... citer sal keje kilang ni..aku sebenarnya tak nak p interview pon..tapi mama semangat katanyer gaji mahal la pastu kilang tu bagus lah n so bla bla bla hahahah sowey mama...aku mcm aku lah diammm jerr..mama aku pon semangt nya pagi pagi kejut aku suh siap n g interview aku pon bg alasan yg tak leh d terima akal lansung..."alah mama tak dak baju nak p interview lah"..mama pon kata"tak pa sat mama bg baju kurung mama....mama iron kat yana..yana g mandi kay?"
adusss kena gak aku p...huhuhuhu aku ingat lagi baju aku pakai hari tu..baju kurung merah n tudung merah hahahahah nak tergelak betul kalau fikir bali ngan muka ntah ke hapa hapa nampak sgt lah budak baru habis sekolah n pinjam baju mama.....mama kata pakai baju kurung ayu sket baru depa amik keje...aku pon p lah org yg d tugaskan mama aku suh antar aku g intw adalah my autie yg sekarang ni cikgu boleh dia sesat nak p kilang tu sampai lalu atas jambatan pulau pinang..tak dak kena mengena pon jalan ke jambatan tu ngan kilang tu,tu lah bertapa kalotnya pada hari aku intw hahhaha hari aku intw aku g ngan sepupu aku juga..asnawi namanya sama umur dan dua dua try a luck lah....sampai jer kat kawasan intw tu...aku kuar keta aku nampak satu geng lembu nak melintas mana mai pon tak taw..asanya ada ladang kot dekat kawasan kilang ni..aku lupa aku pakai baju macm lampu traffic light warna merah aku pun teringat yg lembu marah kalau tgk warna merah ni (ntah betul ke fakta ni tak taw)..punya nak jadi cerita aku punya lah lari laju laju p kat kawasan org yg semgt nak p intw konon nak sembunyi lah hahahaha tapi hampeh sekoq lembu pon tak perasan aku..malu lg ada lah ada mamat ni tego i lari nampak takot kene ligan ka...coz malu nya pasal aku wat dono potong line n masok dulu hahahahahah.....

masa intw aku jawap semua main main sebab tak mau keje...sebab malu nya pasal.tapi tu lah kan org kata kalau restu ibu tu ada buat apa pon mesti jadinya...lalu aku d terima koje...jadi lah aku pekerja komag usa....tempat mmg best la n bersih..bekerja lah aku d sana....n bermula lah my love story huhuhuhuhuhu.ha sebelum tu aku apply gak ipta untuk further study...so p apply pon bawa mama n makcik aku...(p mana pon musti kene ada org teman)time tu umah tak da komputer lagi..org susah ,semua buat kat cyber cafe jewwww.dalam semua aku pilih semua jurusan yg nak jadi chef jer sebab tu minat aku ler dari kecik kan heheheheh...so dgn suara halu mama bersuara"ambil la satu jurusan komputer...mama suka yana keje ngan komputer nampak ayu jerrr"aku pon ikut cakap mama aku..yang makcik aku kalut suh aku amik mechanical engyneering..dia suka aku jadi angyneer..aku pon apply jer lah tapi dua tu aku letak last sekali lah hehehehehe....ok sambung next lakz

assalamualaikum

salam.....tercipta nya blog ni akan menceritakan kehidupan pahit,manis yg telah ku lalui dalam mencari cinta.....tapi sedarkah kita sepanjang kita mengejar mencari cinta..pernah ka kita terfikir mencintai allah swt???pernah kah kita berdoa supaya kita terus mencintainya???selalu nya dalam doa doa kita hanyalah kehidupan duniawi dan mencitai manusia......kita tak lari mmg itu fitrah hidup...seperti aku juga byk leka dan lalai dalam mengenali tuhan............
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...