Tuesday, June 26, 2012


10 Laluan Yang Bakal Di Lalui Manusia Dari Dunia Sampai Ke Akhirat

Bagaimana memudahkannya???
LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
b. Hindarkan perasaan iri hati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat dan puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Ta`ala
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. A. W.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Pengubat Hati Sedih
TAHUKAH KITA? Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…


Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:


“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.


Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.


Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.


Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.


Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.


Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.


Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.


Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.


Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.


INGATLAH..

Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.


# Memetik kata-kata sahabat Pakar Cinta (Pakar Diari Hati)


Orang kata , semakin banyak kau beriman..
”Kau akn diuji terus bertubi-tubi..”


Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
”Kau akn terus berdepan dengan masalah..”


Ini semua benar.. Menjadi org yg baik bukan senang..
Sebab itu.. ia terus ” Diuji supaya menjadi baik..”
” la yukallifullahu nafsan illa wus’aha!”

Thursday, June 21, 2012


Jangan Terlalu Sombong



"Jangan Terlalu Sombong" kebanyakkan kita hanya fokus sombong pada manusia,bagi yang bersifat ramah dan mesra semestinya dia tidak sombong pada rakan-rakan yang lain dan dia menyangkakan dia terlepas daripada ungkapan ini, tapi sedarkah kita kebanyakkan manusia pada hari ini banyak yang sombong pada Allah Ta'ala, salah satunya kita sengaja lupakan diri untuk belajar ilmu agama yang wajib bagi semua umat islam, rasa-rasanya kita layak tak masuk syurga Allah Ta'ala.
Jangan kerana pangkat, rupa dan harta yang kita punya saat ini menjadikan kita insan yang leka tentang tujuan hidup yang sebenar. Teruskan istiqamah dalam segala hal. InsyaAllah, DIA sayang dan kasih pada hamba-hamba-Nya yang tidak meninggi diri, apatah lagi yg tidak takbur. Kerana hidup di dunia hanya sementara. Mulalah merancang untuk hidup di 'sana' pula dengan terus mengingati mati...

Monday, June 18, 2012

perkahwinan jarak jauh (PJJ)


assalamualaikum..

   Hari ni nak sembang pasal PJJ..bukan pengajian jarak jauh yerrrr tapi PERKAHWINAN JARAK JAUH   ....huhuhuhu aku baru lg berkecimpung dlm alam ni....dr awal perkenalan hingga lahhhhh ker bertunang (jap jer pun kenalnyer :p   ) mmg jarang berjumpa seingat aku kami ni ada lah date 6 kali kot sebelum di ijabkabulkan.....hehehehehe ..dulu leh la berenggang lelama kan..lani rasanya lain sket ...tak leh nak berenggang jap jap my hubby akan 3g..jap jap akan sms..jap jap kol :) rinduuu sungguh lah dia kan hehehehe ..ceh!! buat mcm aku tak rindu aku ni dok kat umah ni jap jap tgk gmbr nikah kami jap jap tgk gmbr jap jap gambr tgk aku hihihihi dah mmg truk dah angau nyer,,,then my abah tanye my mama :)  "bila yana nak p kat wan?"
 "tak taw lah kat depa tapi bulan ni tak kot bulan depan asanya"
"takpa bulan depan kita p sekali lah abang risaw dia naik bas sendri ..la mcm mcm dgr ..lgpun leh kita p melawat menantu kat sana :)  "
  (ok di sini ada beberapa keratan ayat di skemakan oleh aku hihihihi)

  so aku dgn happy nya bg taw my hubby..si dia lg happy lah kan...dalam masa sama sedih campur rindu semua bercampur...sedih bila kekawan kata mcm ni
"kesiaannnn dah kawen pastu dok jejauhhh tak leh lah rasa hidup berkahwin ni mcm ner kann? "
"kalau dah tahu jejauh asal nak kawin dulu?tgu lah dia mai sini bari kawin"
n bla bla bla
ni semua komen yg boleh buat kan aku nak bom depa 50X berturut turut tp aku ignore jerrrrr
n mai lovely bff sentiasa bg semangat kat aku achik nana
"sabar yunk..jap jer terpisahnyer tu,nanti kasih sayang korang lg lama n lg  berbunger bunger...jgn isau allah takkan pisahkan pasangan suami isteri lelama..satu hari korang akan bersama juga aku sentiasa doakan korang..:)  "
aku sayanggg bangat sama dia nanti nak pujuk my hubby pergi ke selangor masa dia dah bersalin aku nk tgk baby dia n leh dating ngan bff aku ..hope my hubby baca yg ni hihihihihi :)

   Bg aku PJJ ni meng   uji banyak kesabaran setiap pasangan yang menghadapinya...kadang setan tu byk nk hasut bg gaduh la apa lah tp kita kena kuat menghadapinya n try to think positif,walau aku selalu pk negativ my hubby lah yg cuba positifkan aku bali...(thats y i soooo falll in love with him :)   ) aku hanya mampu berdoa setiap hari semoga di percepatkan pertukaran hubby aku ke sisi ku dan keluarga..aku nak jalankan tanggungjawap aku n nk jaga kebajikan hubby ku ....dok jejauh ni bukan boleh asyik makan kedai jerrr pastu asyik nak minum air sedapp jer (ayat hubby ku) kang tak sihat pulak heheheh banyak lak aku merepek hari ni ntah ke apa apa jerrr ..(winduuu niiiii :(   )  so kepada en bukit aman cecepat lah luluskan pertukaran en hubby kiterr k (mcmlah boleh tahu kan )    ..... :(

Thursday, June 14, 2012

im officially mrs ridzuan


 Assalamualaikum,

 huhuhu dulu en tunang la tak bole panggey dah :p en hubby tego..p la update blog tu boring lahhh asyik sama jaaa dah la kita dok jauh (kena dgn gambar tu :(  ) so cek kena kerap update la skrg ni sbb ada yg memerhati :p...dah dah dok merepek sket sket ....


  tanggal 25 mei aku sah bergelar isteri kepada ridzuan sanih dengan hanya sekali lafaz dgn TENANG....pasepa aku bg font besaq sebabbb aku pun tak perasan punya lah cepat n muka my hubby tu mmg lah rilekssss sesangat lah sangat.....perasaan aku plakkk :p  toksah kata lah sampai abg phothographer tu kata "yana jangalah buat muka ketatt  sgt senyum pun nampak fake gila " hohohohoho ...gabra gila kot time tuuuu hanya allah jer yang tahuu ...sampai tak senang duduk dia pusing sana dia pusing sini...sebelah aku mama aku dia tak lepas pegang tgn aku n sebelah lg pula my BFF time tu pening asa nak pengsan semua dok ada lahhh yg paling tak tahan masa sesi pesanan yg di baca oleh hubby n my abah...hubby aku baca aku boleh control lg perasaan..tapi bila abah aku baca...tetibe dalam dok baca tu abah aku terhenti mmbaca sebab dok tahan sebak time tu gak lah air mata aku menitis..berat sungguh abah ku mahu melepaskan tanggungjawapnya kepada hubby ku...dalam erti kata lain dia amat menyayangi aku...mama aku pula hehheh jgn tanya lah mmg dok mengalir air mata laju laju dahhh hahaha rosak ayat aku :p.... ni gmbr abah aku ms baca

ni plak aku masa dok dgr pesanan abah :'( nasib gambr bukan dr depan huhuhuhu

sedeyhhhh gila kot mama aku plak dia tk bg boh gambo die dlm fb dia kata tak cun hehehehehe sebb menagis sungguh :p....mmg perasaan masa akad nikah ni lain sgt sgt mmg sayuuu...sebb org amik kita dr jagaan mama n abah kita haaaa ni lg satu gmbr adik aku turut serta join d club :p


hurrrrrrmmmmmmmm aku nak taip apa lg erk nanti aku taip la bz plak nak urus keje yg tertangguh masa cuti kawin ritu..mmg byk aku nak post lepas ni sebb byk cerita hehehehehe anyway buat sesiapa yg hadir n mendoakan kami tq semua ....hanya dgn izin allah semua ini terjadi..n to my hubby..i always love youuuu sooo much walau dok jauh tp d hati sentiasa dekat n dun worry 3g kan ado :) cant wait to celebrate 1st ramadhan with u my hubby muacccchhhhxxxxx <3

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...