Tuesday, July 26, 2011

Ah lan wah sahlan ya ramadhan!

  


assalamualaikum,lg beberapa hari nak sambut ramadhan al -mubharak dah kan??heheheh molek lah...leh diet sket o sebelum pose nak makan pueh pueh apa nak makan p makan sekarang yer supaya tak terbayang dah hehehehe...makan sampai tak  larat n bizi dgn org tempah coklat pun makin menjadi hehehheh adoii tak larat aku dok mam coklat gak hehehehehe....aku pun baru balik dari kolumpo...thankz to my fren bawak g jejalan...n merata aku p kot....tp satu ja tak best..cuaca sana panassss dari sini...aku p hari 1st ja mmg aa d hydrate terok kot hahahahaha pastu cover minum air kosong sampai muntah muntah....tdoo ja kat hotel sediss toll... ada yang sedih nak sambut ramadhan kali ni aku kehilangan seseorang,terputus hubungan dgn seseorang.....n yg mgkin happy pada aku ..aku kenal dgn someone..kenal aja jumpa hurrmmmmm belom...memandagkan DOK DEKAT NGATTT...heheheheehehehe tapi tgu n lihat ja lah mcm mana nanti


                                       saja nak boh pic ni sebab asa comei dia muka bodo dia hehe ni hachiko...

Thursday, July 21, 2011

Need a vacation

salam.

Esok aku nak bertolak dah atas urusan kerja n nak rehat sama...mungkin aku rasa tertekan sebab aku terpaksa sakiti hati seseorang,tapi aku tak bermaksud sedemikian sebelum dia lg sakit hati n dapat tahu somethg ni ja cara aku buat...biar dia benci aku...sebab bg aku biar dia membencu dari dia terasa terluka yg amat dalam.....aku akan teruskan perjalanan aku..menentukan apa yang aku mahu tanpa desakan dari sesapa...aku akan akur pada keluarga aku..itu cara terbaik bagi diriku sekarang.........so mgkin dalam 3 ataw 4 hari aku tak leh nak update blog after that aku akan sambung dgn cerita terbaru ...seeee yaaaaa

Tuesday, July 19, 2011

Renungan Betapa Berharganya Wanita

Renungan Betapa Berharganya Wanita


Ketika Tuhan menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya,"Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Tuhan?"

Tuhan menjawab,"Sudahkah engkau melihat setiap detail yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".

Malaikat menjawab dan takjub,"Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!

Tuhan menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya,"Tuhan, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"

Tuhan menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."

"Untuk apa?", tanya malaikat.

Tuhan melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan,kerisauan,cinta,kesepian, penderitaan,dan kebanggaan,serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki,ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita.

Dia dapat mengatasi beban lebih baik dari lelaki,dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri,dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan,mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu,bahkan tertawa ketika ketakutan.

Dia berkorban demi orang yang dicintainya,dia mampu berdiri melawan ketidakadilan,dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang,dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia,dia begitu bahagia mendengar suara kelahiran.

Dia begitu bersedih mendengar berita kesakitan dan kematian,tapi dia mampu mengatasinya.Dia tahu bahwa sebuah ciuman dan pelukan dapat menyembuhkan luka.

Allah S.W.T berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia, namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "

"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan untuk menyokong suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya,sosok yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."

CINTANYA TANPA SYARAT. HANYA ADA SATU YANG KURANG DARI WANITA,DIA SELALU LUPA BETAPA BERHARGANYA DIA..."

Soalan ! jawapan!

 ah lan wah sahlan!!

Yana...yana nak sapa sebenarnya ni???nak org mcm mana??ni dia soalan yg selalu bg n aku DIAM!! kali ni aku nak jawap!!!1
A).sebelum tuuu tangga ke atas ialah pleaseee respect my parents...n i will do so to ur parents....:)aku  mulut leh berubah jadi seorang yg ganas bila seseorang ckp bermaksud yg kurang enak pada my parents..sapa dok ckp tak respect standby lah ampa!!

1).seseorang yang boleh menjadi pendengar setia.n boleh mengur aku dgn cara lembut (means dia taw dia ngah ckp ngan kaun hawa)...

2).seseorang yang berani menegur aku secara berdepan sekiranya aku ada buat sesuatu kesalahan...dan cube perbetulkanya semua..

3).seseorang yang boleh menjadi imam ketika aku solat berjemaah dan boleh ajarkan aku lagi ilmu agama,kebanyakan kaum adam mmg seorang yg dikatakan otak cerdas dalam ilmu..

4).Bukan perokok...susah nak cari yang bukan smoking la ni :(

5).Seorang yang penyabar,sebab aku tahu yang aku ni perangai mcm budak budak hehehehehe

6).Seseorang yang penyayang dan romantik(bila dah ada lesen yer : P)

7).Seseorang yang bekerja tetap (tak payah lah gaji terlalu besar sgt ,kadang bila gaji byk mula lah nak tambah stok bini : P)

8).Bukan seseorang yang suka mengeluh tentang sesuatu masalah yg belum pasti lgi jadinya (means benda tak jadi pape lagi ,tapi dia dah raplah terlebeh hehehehehe)

9).Dia tak lah mengharap sgt bini dia tu keje besar or keje (means,ifffff dia nak seseorang yg bekerja dia tak perlu nak suh bini dia share ka apa ka,perempuan ni sebenarnya amatlah pemurah tak yah g taw,jika suami dia tu ngah ada masalah insyallah dia akan tolong...n yg tak bg bini keje tu mgkin dia takot jadi kot len kot bila keja hahahahahaha,tapi bg aku better keje lah kan)

10).Seseorang yang sanggup memikul tanggungjawap sebagai seorang suami n ayah.contoh my abah gaji dia kecik ja mama tak keje tapi kami leh ja idop??n ehat sehat lg hahahahaha kira rezki untuk org yg berumahtangga ni sentiasa melimpah jika kita masih ingt padanya..pada yg rasa nak lepas tgn tu aku tak taw lah..

11).Bukan seseorang yang pemarah!(aku dah kenal mcm mcm kaum adam ni sooo sapa yg hot tempered tu toksah dok cover lah aku leh jer detect....tak yah pakai alat pengesan pong!)

12).TAK GATAI OR N CKP TAK SENONOH.(ha ni lg lah aku meluaatttttt bila org laki ckp tak senonoh n gatai...tak yah lah dok gatai sebelum dapat lesen coz tak p mana pon pastu hubungan takkan di berkatinya tak caya try tgk heheheheh)

13).Seseorang yang sentiasa di saat susah ataw senang(bukan bila senang ja nampak batang idong bila susah ilang)

14).Seseorang yang menghormati aku sebagai kaum wanita dan aku menghormatinya juga,,,,,

15).Dapat membezakan yang mana Kawan,Sahabat,Teman wanita......(so jgn campur aduk semua na sebab aku tak pernah ngonkong org yg special ni mcm pompuan len dok buat bila dah istilah kapel ja habihhhhh kawan semua kena buang....tak leh nak contact dah member..tak leh bercampor dah n satu paling aku meluat jeles melampau lampau....kita ada limit antara kawan n teman wanita so pepandai lah bahagi)

16).Seseorang yang sentiasa ingt aku walau di mana dia berada(walau jauh,cukup lah sms,phone jap jap sebab buat aku akan bertambah sayang n taw aku ni dah berpunya)

17).Bukan seseorang yang memaksa,bagi aku buat pilihan sewajarnya untuk diri sendiri..

18)Tak berlagak n Tak angkuh (n aku tak suka org yg dok buat teror semacm n buat pandai terlebeh padahal silap hahahahahahah tapi kalau dah mmg dia tu pandai aku tak segan mintak dia tolong bok trun ilmu sket kat aku: p)

19).Jika semua ni ada kan..haaaaa toksah tgu lama lah mai ja hantar cincin n tetap tarikh ja,,,yes thats me...tak yah lah nak cintan bagai nak rak macm dunia tu depa ja yg punya org len tak dak dah ...buang masa jaaaa!

heheheheeheh so ni lah jawapan aku mau diam semua maksu,auntie,uncle,mamu n mami heheheheh trus dok pk pa ntah...heheheh tapi kita jgn lah terlalu harap apa kita nak akan dapat kan...kita pun ada kekurangan diri sendri ada kesilapan,,so kita kena give n take jugak lah tapi berpada pada..sebab memasing ada kelemahan n kebaikan dalam diri memasing :)

Monday, July 18, 2011

JANGAN DENGKI!!!!!

 
 
 
 
 
 
Dosa hasad merupakan dosa yang pertama dilakukan iblis yang enggan tunduk memberi penghormatan kepada Adam A.S sehingga ia dikutuk Allah SWT. Manakala dosa yang pertama muncul di bumi ialah dosa yang dilakukan Qabil kerana hasad dengki kepada saudaranya sendiri yang bernama Habil. Habil dibunuh Qabil yang hasad kerana iri hati kerana korban Habil diterima Allah SWT.
Di dalam Al-Quran mengisahkan:
Ceritakanlah kepada mereka kisah kedua putera Adam (Habil dan Qabil) menurut yang sebenarnya, ketika keduanya mempersembahkan korban, maka diterima dari salah seorang dari mereka berdua (Habil) dan tidak diterima dari yang lain (Qabil).
Dia berkata (Qabil): “Aku pasti membunuhmu!”
 
Berkata Habil: “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertakwa”.
“Sungguh kalau kamu menggerakkan tanganmu kepadaku untuk membunuhku, aku sekali-kali tidak akan menggerakkan tanganku kepadamu untuk membunuhmu. Sesungguhnya aku takut kepada Allah, Tuhan seru sekalian alam”.
“Sesungguhnya aku ingin agar kamu kembali dengan (membawa) dosa (membunuh) ku dan dosamu sendiri, maka kamu akan menjadi penghuni neraka, dan yang demikian itulah pembalasan bagi orang-orang yang zalim”.
Maka hawa nafsu Qabil menjadikannya menganggap mudah membunuh saudaranya, sebab itu dibunuhnyalah, maka jadilah ia seorang di antara orang-orang yang rugi. Kemudian Allah menyuruh seekor burung gagak menggali di bumi untuk memperlihatkan kepadanya (Qabil) bagaimana dia seharusnya menguburkan mayat saudaranya.
Berkata Qabil: “Aduhai celaka aku, mengapa aku tidak mampu berbuat seperti burung gagak ini, lalu aku dapat menguburkan mayat saudaraku ini? ” kerana itu jadilah dia seorang di antara orang-orang yang menyesal
(Al-Maidah[5]: 27-31).
Oleh kerana itu, dalam Surah Al-Falaq [113] ayat 5 Allah S WT memberitahu kita untuk sentiasa memohon perlindungan kepadaNya dari kejahatan orang yang berhasad dengki.
Maksud HASAD dalam bahasa ialah dengki, benci. Sedangkan menurut istilah iaitu membenci nikmat Allah SWT yang dianugerahkan kepada orang lain, dengan keinginan agar nikmat yang didapat orang tersebut segera hilang atau terhapus.
Kata-kata pakar mengenai pengertian hasad sebagai berikut:
1. Menurut Al-Jurjani Al-Hanafi dalam kitabnya, hasad ialah menginginkan atau mengharapkan hilangnya nikmat dari orang yang didengki (mahsud) supaya berpindah kepadanya (orang yang mendengki atau hasad).
2. Menurut Imam al-Ghazali hasad ialah membenci nikmat Allah SWT yang ada pada diri orang lain, serta menyukai hilangnya nikmat tersebut.
3. Menurut Sayyid Quthb dalam tafsirnya hasad ialah kerja emosional yang berhubungan dengan keinginan agar nikmat yang diberikan Allah S WT kepada seseorang dari hambaNya hilang dari padanya. Baik cara yang dipergunakan oleh orang yang dengki itu dengan tindakan supaya nikmat itu lenyap dari padanya atas dasar iri hati, atau cukup dengan keinginan saja. Yang jelas motif dari tindakan itu adalah kejahatan.
Bila kita menyemak pengertian-pengertian yang dikemukakan di atas, nampak dengan jelas bahawa perbuatan hasad atau dengki adalah penyakit rohani, yang akan mempengaruhi amalan kebajikan yang dilakukan seseorang.
Perkara ini sebagaimana dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya,
“Jauhilah oleh kamu sekalian sikap hasad (dengki), kerana sesungguhnya sikap hasad itu memakan (menghabiskan) kebaikan-kebaikan sebagaimana api memakan (menghabiskan) kayu bakar“. (HR. Abu Daud -Ibnu Majah dari Abu Hurairah).
Oleh kerana itu perbuatan hasad dengki sebagaimana diutarakan diatas adalah termasuk satu dari jenis-jenis perbuatan yang terlarang. Rasulullah SAW bersabda, “Janganlah kamu sekalian saling menghasut, saling membenci,saling membukakan aib, saling menipu dan saling menjatuhkan, tapi jadilah kamu sekalian hamba Allah yang bersaudara“. (HR. Muslim dari Abu Hurairah ra.).
Hasad dengki adalah akhlak tercela. Orang yang hasad mengawasi nikmat yang Allah berikan kepada orang-orang di sekelilingnya dan berusaha menjauhkan orang lain dari orang yang tidak sukai tersebut dengan cara merendahkan martabatnya, meremehkan kebaikan yang telah dia lakukan dll.
وَلا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ لِلرِّجَالِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبُوا وَلِلنِّسَاءِ نَصِيبٌ مِمَّا اكْتَسَبْنَ وَاسْأَلُوا اللَّهَ مِنْ فَضْلِهِ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمًا
“Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (kerana) bagi orang laki-laki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu.” (Surah An Nisa’: 32)
Oleh itu marilah kita muhasabah diri kita setiap hari, jika ada perasaan hasad dengki timbul kepada orang lain selalulah mengingati bahawa kita semua adalah sebenarnya HAMBA.

Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat Tapi Al-Hin


(berdasarkan cerita dari seorang hamba allah )


Dua minggu yang lalu, saya didatangi sepasang suami isteri dan seorang anak lelaki di RIDAM. Pesakitnya adalah anak lelaki mereka.

Dari perbualan sebelum rawatan, si bapa menceritakan bahawa sudah banyak tempat sudah di kunjungi. Boleh dikatakan hampir setiap perawat yang muncul dalam Expose Mistik dan Rancangan Alam Ghaib sudah di bawa. Semuanya belum ditemui penawarnya.

Luahan tersebut membuatkan saya tersenyum. Lantas, saya katakan pada mereka sekeluarga bahawa mungkin ' masih belum ada rasi ubat ' . Kalau dah jodoh ubat dengan penyakitnya, insyaallah, sembuh lah penyakitnya..

Simptom gangguan pada pesakit hanya berlaku pada malam hari iaitu ketika waktu bulan mengambang sahaja. Pada waktu tersebut, pesakit akan merenung bulan kemudian menangis. Begitulah yang berlaku setiap bulan..

Maka, saya ambil pendekatan segera dengan ' teknik scan ' dan hampa kerana tidak dapat mengesan sebarang jenis gangguan pada lelaki tersebut.. Aiii...hairan sungguh.. lelaki tu nampak normal jer..

Lama saya dok termenung ketika berdepan dengan situasi tersebut, saya teringat pada Allahyarham Tok Ngah ketika berhadapan dengan kes yang hampir sama. Kata beliau, mungkin ' badan ' tengah kotor. Akibatnya, konsentrasi tiada.. Kan sunat kalau bersih. Apatah lagi kalau harum semerbak...

Lalu, saya minta izin pada pesakit untuk berehat sebentar. Sebenarnya, saya ingin mandi kerana baru teringat, saya baru saja selesai mengelap kipas syiling sebaik sahaja keluarga pesakit tiba di RIDAM. Selepas mandi, saya pakai wangian agar diri harum semerbak..

Setelah itu saya ke ruang rawatan untuk menyambung tugas rawatan. Ketika duduk berhadapan pesakit, tiba-tiba...

Pesakit: "Ermm..wanginya... lama dah tak bau macam ni.. Kamu pakai minyak wangi apa ni..?"

Kelihatan suara pesakit berlainan. Maka saya yakin, ketika itu, pesakit sedang kerasukan.

Saya: "Minyak atar 1001 Malam. Tak pernah bau ker?"

Pesakit: "Pernah.. Tapi dah lama tak bau macam ni.. Masa kat Andalusia pernah la.. Harum betul baunya. Boleh bagi aku sikit? "

Saya: "Boleh.. Tapi kena kerjasama la.. Setakat minyak wangi, apalah sangat.."

Seraya itu dia tersenyum dengan kata-kata saya..

Pesakit: "Boleh..tapi aku tak suka orang belagak.. Kalau kamu boleh cakap dengan aku elok-elok, tanya lah apa kamu nak. Dengan nama Allah, aku tak akan tipu.".

Saya: "Ish...tak baik kamu main sumpah-sumpah macam tu.. Nanti makan sumpah baru tahu..Kamu ni Jin Islam ker?"

Pesakit: "Kenapa aku nak takut. Aku cakap jujur la ni.. Memang aku sembah Allah, tapi aku bukan Islam.."

Saya: "Hah...sembah Allah tapi bukan Islam..? Agama apa kamu ni?"

Pesakit: "Agama Monoteisme"

Saya: "Agama apa tu..?"

Pesakit: "Agama yang satu la.. Tuhan hanya satu yakni Allah...Tak sekolah ker?"

*Terkena jugak RIDAM.. :(

Saya: "Kamu jangan main-main pasal agama ni...!..Kang...."

*Masa tu tangan kanan dah diangkat..rasa nak lempang jer...

Pesakit: "Aku tak tipu lah... Aku bukan Jin, Syaitan atau Malaikat..Aku Poppy..Nama aku Mizari"

*Tangan saya tak jadi di angkat. Terasa hendak tahu pula apa cerita berikutnya..

Saya: "Poppy..? Makhluk apa tu..?"

Pesakit: "Wahai hamba Allah...banyak lagi rahsia Allah yang kamu belum tahu.. Bukan semua rahsia boleh dicapai dengan akal manusia.."

Saya: "Ceritakan...aku nak tahu.."

Pesakit: "Aku wujud sebelum kaum jin diciptakan lagi... Sebelum banyak puak kami di binasakan Allah kerana kesalahan kami sendiri.."

Kemudian dia menangis teresak-esak..

Pesakit: "Puak kami dah kurang dari 1000.. Mungkin kerana kesalahan yang kami lakukan, kami tidak diizinkan Allah untuk melahirkan zuriat kami.."..

Terduduk saya mendengar cerita si Mizari... Baru saya teringat akan sebuah buku yang dibaca karangan Isa Dawud.. Cerita yang diberitahu menepati penerangan yang diberitahu dalam buku tersebut..

Saya: " Kalau begitu, betul kah nama golongan kamu ini adalah Al-Hin?"

Seraya itu dia mengangguk..

Pesakit: "Al-Hin adalah nama makhluk.. Kami hidup berpuak-puak.. Aku dari puak Poppy.. Ada lagi musuh puak aku iaitu Neondertal. Nama puak lain banyak, tapi aku dah lupa...."

Saya: " Apa yang puak kamu buat sampai Allah murka?"

Dia terdiam sejenak..

Pesakit: "Apa yang kamu tengok kemaksiatan dan kerosakan manusia hari ini, itulah yang kami buat dulu.. Tapi hari ini aku tengok, kerosakan manusia lagi hebat dari apa yang kami lakukan dulu..."

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku tiada kuasa untuk lakukan apa pun pada kamu kecuali dengan izin Allah.. Tapi boleh aku tanya, kenapa aku tak dapat ' scan ' kau tadi? Mana kau menyorok?"

Pesakit: "Aku tak pergi mana-mana. Memang dari tadi aku dalam badan ni. Jangan kau kecil hati pulak.. Setakat ini, dengan izin Allah, puak aku belum dapat di scan mana-mana perawat pun ketika mereka berubat. Mungkin kerana ada sebab yang kau dan aku sendiri belum tahu kecuali Allah..."

Saya: "Dah tu, sekarang ni kamu boleh bercakap dengan aku..macam mana pulak tu?"

Pesakit: "Itu kerana aku sendiri yang nak bercakap dengan kamu.. Bukan semua tau aku suka manusia...Aku nak duduk dengan kamu boleh? Kalau kamu izin kan la.."

Saya: "Tak payah la...aku selesa dengan sesama manusia.. kamu tak marah kan ..?"

Pesakit: "Tak la..buat apa aku nak marah.. Kamu ada hak atas diri kamu.."

Saya: "Erm..boleh kamu bagi sebab..kenapa kamu duduk dengan budak ni?"

Pesakit: "Sebab dia kasi aku duduk dengan dia.."

Dari badan pesakit tersebut, Mizari menceritakan penemuannya dengan budak tersebut ketika dia berjumpa di sebuah pusat rekreasi di Selatan tanahair. Katanya lagi, budak tu tak takut dengan dia..

Cerita tersebut disahkan bapanya. Memang anaknya ada mengikuti kursus kadet di tempat tersebut..

Saya: "Wahai makhluk Allah, aku bukanlah dikalangan orang alim untuk mendakwah kamu. Tapi sudi tak kalau kau masuk Islam?"

Pesakit: "Maaf ya..Aku masih yakin dengan agama ku. La ikra hafiddin kan ...?"

Saya: "Memang lah..tapi agama akhir zaman kan Islam..Kalau kamu menyembah Allah, kenapa tidak kamu ikuti agama akhir zaman ni..?Agama yang disuruh dan dijamin Allah..."

Pesakit: "Aku tahu...tapi aku bukan dari Jin dan Manusia.. Tiada satu pun nama kaum aku dalam Al-Quran..."

Lalu di bacakan ayat surah Adz-Dzariyaat:56

Maksudnya:
'Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku. '

Pesakit: "Jadi, aku yakin dengan pegangan aku sekarang.. Aku tidak pernah menduakan Allah.."

*Tidak ada apa yang mampu saya katakan padanya. Kelu saya bila mendengar hujahnya..

Saya: "Kalau begitulah kata kamu, tiada apa yang mampu aku katakan lagi.. Tapi, dengan nama Allah, boleh tak kamu keluar dari badan anak ini? Kesian aku tengok mak bapak budak ni.. Kamu tak rasa kesian ker..?"

Pesakit: "Kesian jugak.. Banyak jugak la duit diorang habis pergi berubat.. Demi Allah, aku memang nak keluar, tapi, belum masanya lagi..."

Saya: "Dah tu, bila agak-agak kamu masa tu sampai..?"

Pesakit: "Sekarang..tapi dengan syarat.."

Saya: "Apa syaratnya? Kalau boleh mensyirikkan, aku tak nak la.."

Pesakit: "Aku nak salam kedua mak bapak budak ni..Aku nak mintak maaf sebab susahkan diorang. Lepas tu, aku nak kau doakan agar Allah pendekkan nyawa aku...boleh?"

Saya: "Syarat yang pertama tu insyaallah, boleh (kedua ibu bapa pesakit mengangguk sama).. Tapi, pelik la dengan syarat kedua tu..Kenapa?"

Pesakit: " Ada tak bapak budak ni cerita perangai pelik anak nya ni masa sakit tadi?"

Saya: "Yang mana? Yang suka tengok bulan mengambang tu ker?"

Pesakit: "Yelah...kamu tak nak tahu kenapa aku suka tengok bulan?"

Saya: "A ' ah...kenapa?"

Pesakit: "Aku tengah kira umur aku la tu...Kiraan masa aku sama macam kalendar Islam.. Puak kami mana pakai Kalendar masihi..."

Saya: "Oooo..tapi kau tak jawab lagi soalan kedua tu.."

Pesakit: "Sabar lah..maksud aku, aku kira umur untuk tahu hayat aku.. Dah lama sangat aku hidup.. Sunyi betul hidup aku...Aku nak kamu doakan agar Allah pendekkan hidup aku sebab aku dah hidup lama sangat..."

Saya: "Ooo...macam tu..Berapa dah umur kamu?"

Pesakit: "Sikit jer...baru 4 juta 130 ribu tahun.."

Saya: "Mak aiiii...lama nya kau hidup.."

Pesakit: "Betul..sebab tu aku nak kau doakan aku.."

Saya: "Insyaallah, kalau itu yang kau nak...Tapi, aku nak tanya soalan terakhir ni..Boleh?"

Pesakit: "Tadi kata suruh aku keluar...? Ni makin banyak tanya pulak ni..Hah..apa dia?"

Saya: "Boleh tak aku tengok kamu...Rasa nak tengok jer diri kamu tu..."

Pesakit: "Boleh dengan izin Allah...kau baca Surah Al-Kautsar 1000 kali sebelum tidur...Mintak pada Allah nak tengok aku.. Bukan aku yang izin..Allah yang izin.. Sekarang, boleh aku keluar..?"

Saya: "Dipersilakan wahai hamba Allah..Moga kamu tergolong dalam orang-orang yang beriman.."

Sebelum dia keluar, dia mencium tangan kedua ibu bapa pesakit dan meminta maaf pada mereka.. Sekitar 5 minit selepas itu, pesakit tersedar.. Kelihatan penat dan lelah yang dialami akibat tenaga tubuh yang diguna oleh makhkluk lain..

Hanya sebagai syarat asas rawatan, saya bekalkan air dan limau rukyah untuk dibuat mandi dan minuman di rumah.. Pesakit pulang selepas itu..

--------------------------------------------------

3 hari kemudian, bapa pesakit menelefon saya dan mengatakan anaknya sihat sepenuhnya.. Dia mengajak saya ke jamuan doa selamat di rumahnya sebagai tanda kesyukuran dan nazar yang diniatkan..

--------------------------------------------------

Saya juga telah mengamalkan apa yang dikatakan oleh Mizari.. Alhamdulillah, saya dapat melihat parasnya..

Badannya berbulu putih, berwajah manusia yang tampan dan bersayap... Wallahu ' alam.. Mungkin itu mainan mimpi....





Thursday, July 14, 2011

cantiknya org beruniform ni tawen :)

assalamualaikum,

   (PERHATIAN GAMBAR AKU UPLOAD NI AKU COLEK DR MR GOOGLE:p),

Cerita sal org keje beruniform ni teringat masa aku kecik kecik dulu...mama ngan abah suka tanya "yana sok besaq nak jadi apa??/" aku dgn ala ala comel pon jawap hehehehe"nak jadi polis"...abah lak jawap "amboi napa nak jadi polis??" aku jawap lik "leh tembak org" hahahahahah standard lah jawapan aku time umur 5tahun kan huhuhu bila usia makin meningkat aku mint lak polis trafic sebab asa smart n leh bawa moto besar hohohohoho...pastu lama lama nak jadi tentera udara lak sebab nak bawa jet pejuang.....semua aku minat tapi tak dapat pon...dulu dah isi form keje polis n polis trafic dah dpt interview mama tak bg p hahahaha dia takot aku yg sedia ganas lg ganas...mgkin lah kot mama aku pk g tew...huhuhuhu tapi tak pa lah at last aku keje kajaan gak kan so dok diam diam suda ada ramai lg kat luar tu tak da keje aku dah cukup alhamdulilah....MySpace

   ok la aku nak cerita sal org kije beruniform ni kawen...bila aku p ja kenduri diorang ni aku musti jeles hahhahaah pastu mata tgkkkkk aja pengantin tu mcm nak makan hahaha gila ganas gak aku ni....mau tak nya baru ni kawan aku kenduri tak dan nak snap gmbr sebab sesak giler dewan tu sedisssss MySpace hubby dia koperal polis...so ada lah kawen bawah pedang...yg bestttnya masa tu aku tak taw lak hubby dia pakai baju istiadat time tu ..yer la sbelum masuk dewan ada la yg bg arahan mau tak tercekik tulang ayam aku di buat nya dia berdiri blakang aku ja kot...then dgr muzik ala ala aper ntah yg mcm beg tu heheheh then masuk lah pasangan mempelai....pergghhhhhhhh!!!1 lawa n kemas betul,n sungguh teliti cara jalan depa nasib la tak da menda halang laluan tu if not hah pakat jatuh habis huhuhuhu
                                       cantikkan huhuhuhu...



    Aku dr tadi dok sedap mamam trus stop..tgk ja depa tu...adoiii nampak kemas kot yg best masa p kat kek hehehehehe sweet ja aku nengok (aku jeless dah ni huhuhuhu),pastu pas semua setel abg abg polis tadi dpt lah angpow dr parents mempelai ...time tu kawan aku mai ngan hubby dia kat aku...wahh sedih tol ingt tak nampak aku (walaupon aku sehat n comel tak semestinya nampak kay..tempat sesak time tuh huhuhuhu),lepas dah mai kat aku selamber ja cakap ha yana zam suh hang pilih sorang antara 8 org tu ...yang mana hang kenan semua single hahahaha gelak jahat lak pangatin tu huduh aku tgk.....aku kata lah"ada keja lak ang nak rekemen kat aku?dok diam diam sat tak pa kalau ada sendri mai lah huhuhuhu"hubby dia senyum ja ..."alah hang jual mahai pa???alah yana moh le moh le"dia dok pujuk.tak dan aku cubit dia hubby dia cubut hahahah amik hang padan muka.....biarlah jodoh tu dtg endri kalau cari pun aku yg frust buat pa huhuhuhu....

      .tapi cerita kawan aku ni best sket dia kenal hubby dia tu masa roadblock,kawan aku ni penakot sket pantang nampak polis nak melatah,ketaq mcm buat salah pape jer...time tu lak kawan aku ni naik moto sebab kete dia rosak tak salah aku...then dia lalu kot satu kawasan ni kira selekoh lekoh la jalan dia then satu selekoh ni tetibe ada polis buat roadblock mau tak terkejot kawan aku ni tak dan bread dia p langgar keta polis...MySpace apa punya turrr!!,kawan aku ni ihat sihat mcm aku la heheheehe ..then terjatuh la dalam keadaan yg sungguh comel habis terbalik buah rambutan dia beli hahahaha aku dok tergelak sebenarnya ni sebab pas x cident dia mai umah aku hehehe so aku taw lah...bila dah langgar keta polis tu dia tak sedar lg dia langgat keta pa then masa dia bangun ja dia nampak keta polis trus nangis,yg kaki dok darah tak nampak hehehe pastu mai lah sorang polis ni.."adik ok ka???tu luka tu"dia pusing ja tgk polis lg lah dia asa nk pengsan (aku sebenaqnya heran penyakit kawan aku ni ..takot ngat kat polis),pastu polis tu tlg angkat moto dia n brg yg berterabur tadi then cek moto dia..."awat yang bawak kalut sgt?nak p mana???saya tak dan tahan lagi awak dah terbabas dah mai lesen nak tgk tak dak lesen pa?"...pas polis tu kata mcm tu ....cehhh leh lak dia marah "apa ingt saya lesen terbang ka???ada ja ic mau tak?"hahahahah berani lak dia then polis tu senyum ja...pas dah cek kawan aku dgn ketaq tanya "encik keta kemek sket ni mcm na???"saya nak kena buat ka??,bg taw berapa tp tak maw tangkap saya na?" hehehehehhe ..then si polis tu pun jawap ngan machonya "owh hat ni tak pa tak pa saya uruskan....jom ikut saya p klinik kaki awak teruk dah tu darahnya kuar tak henti moto naik lori kami hantar kat umah"..kawan aku time tu mmg dah tak leh jalan kaki dia teruk sgt dah dia pun dok pening dah sebab darah kuar banyak...dia pas alamat so depa anto la moto kat umah dia,umah dia depan sket ja dr road block tuh hahahaaha...then pas p klinik yg dkt ngan umah aku dia mintak polis tu anto kat umah aku ja tak yah anta umah dia sebab dah lewat n umah dia tu kawasan gelap sket,,,so aku yang tak taw pa tetibe ada keta polis depan umah aku lak asa nak lari hahahahaha dok pk aku buat salah pa???adik aku buat salah pape ka??last last kawan aku yg kuar ngan muka pucat n tak larat .."maaf ye cik,ni kawan awak kan?dia x cidnt td kaki dia luka leh tlg pimpin tak???"ckp polis tu...owh boleh bole..aku pun kuar p amik dia....aku dan tanya lg awat tak hantaq dia spital besaq biar depa tahan dia wad sebab nmpak teruk:...."dia tak nak..saya dah ckp tadi.ok yer saya pergi dulu "....so bila masuk umah dia cita lah semuaaaaaa aku dr gelak sampai muka keian sebab dia jatuh teruk gak kaki dia terseret urmmm n besar gak lah luka tu....pas cerita dia tdo sebab ubat depa kasi kot....polis tu adalah hubby dia la ni lah hehehe cinta berputik dah time x cident tu,then hubby dia p umah cr jumpa parents truih..gila gentlmen hahahah luah perasaan kat parents kawan aku ni kata dia nak kenal n kawan so depa kawan 3 bulan then tunang 5 bulan then kawen hah thudia tak sampai setahun...kawan aku time tu pun baru putus tunang..alhamdulilah jodoh dia sampai jua...jodoh dgn org dia takot lak tu adoiii tak larat aku nak gelak...harap fobia dia ilang dah lepas niMySpace

CINTA

  ..Assalamualaikum,




Pada korang lah kan apa maksud CINTA pada diri korang???kebanyakan rata rata aku tgklah kan ntah lah memasing ada pendapat kan ,tapi ni pendapat aku ..kebayakan semua berdasarkan nafsu....susah sekali nak jumpa yg benar benar ikhlas untuk terima keadaan diri kita n terus melamar...kebanyakan kena couple dulu then ikut lah next next n next step...mgkin byk dah aku lalui buat aku takot untuk hadapi semua ni tapi kita takkan sedar bila allah akan buka hati kita lg...kadang aku bukan tak cemburu tgk org berkepit sana berkepit sini....tapi kadang aku pikir gak bila berkepit ngan bukan muhrim mcm mcm leh jadi ....setan sentiasa ada untuk membuat setiap pasangan yg haram bersentuhan menjadi lagi berani mencuba dgn setiap hasutannya....aku bukan lah nak jadi ustazah ataw apa kan????pengalaman mengajar aku paal semua ni...cukup lah apa yg aku hadapi ...aku pun tak lari dr melakukan dosa...tapi semua ada peluang untuk bertaubat dan kembali...bg aku kadang tak salah bila kita ikut cara yg islam ajar untuk kita memilih pasangan hidup walaupun ada yang kata "SKEMA" OR "ALAHHH BAIK SANGAT LAH KONON"...HEHEHEHE.. tapi apa korang cakap ada aku kesah???hehehehe bg aku ada kepuasan jika kita ikut cara itu dalam masa sama diri kita selamat dan sentiasa dalam perlindungan darI ALLAH...dalam masa sama ALLAH akan berikan kita seseorang yg terbaik...dan yg kita tak sangka kan....cukuplah dgn bermacam macam manusia yg bernama "lelaki" yg aku kenal...kebanyakan semua yg aku kenal tu memula memang lah pada mulanya baik tapi last skali hah! mula lah tunjuk belang hahahahah time tu bye bye lah jawapnya....kadang bila aku pikir lik nak tergelak pon ada mgkin kadang diorang ni tgk cara aku kot memula kenal ...hah! jap jap nak g solat jap jap bila cakap selit hadis tu hadis ni walau ada yg silap aku hanya senyummmm jer...dan bila saja aku cube cerita masalah aku n just nak minta pendapat leh lak diorang kata gini "alah tak da pa sgt tu saya kene lg terok"hehehe aku tak marah lansung padahal nak tergelak jerr,mcm mcm ragam org aku kenal....

    Kebanyakan yg aku kenal semua family aku tahu n mana aku g semua mesti ada laporan ringkas aku hantar kat mama n abah hehehehe.....so selain dr aku selidiki dia my parents also lah kan....hurm,kadang aku mcm nk tnya terus jerr salah ker kalau sabar sat nafsu yg bukan bukan n nk ckp tak senonoh tu sampai dah jadi halal (kahwin),ni dak kire semua nya aku tgk nak try masa dok berkapel...then kalau perempuan mana yg tak leh nk kawal dri dia tu habisssss lah....kadang bila cuti aku akan keluar sesorang maklum lah kan huhuhuhuhu..saja g snap pic sana sini dah mcm phothographer lak hehehehe byk gak aku shoot termasuk macm mcm ragam kapel.....ada yg kiut,ada yg sejuk mata memandang n ada yg panasssss hehehehehe...aku yg mcm ni lg lah asa jeles kan...bila dah asa mcm tu aku berdoa lah moga dia pertemukan aku dgn seseorang yg lebih kurang mcm aku jiwa nyer hehehehehe........

     Ni untuk seseorang sekiranya dia dpt baca...dulu masa aku mula kenal dia mcm mcm dia janji n tak nak biar aku kecewa lagi n sunyi..tapi dia sendri yg buat..aku rasa aku baru leh terima dia ...tapi dia yg buat aku untuk pergi jauh dr dia...aku tak minta duit ringgit n kemewahan pun..biarlah berederhana...aku cuma mintak sedikit perhatian...mmg aku tahu dia bz...tapi buat apa org ciptakan telefon?email?sms???? tapi dia tak gunakan tu semua dia lebih suka diamkan diri....bukan diam untuk 2 ataw 3 hari tapi 2 ataw 3 minggu...kalau perempuan lain lah kat tempat aku apa korang rasa???aku bukan mintak full atention taw!! sikittttt jeerr.,tapi tak...bila tetibe jumpe hah time tu mula lah mcm mcm ayat....tapi hubungan mcm ni aku tak leh teruskan ..sampai bila aku ada masalah n perlu seseorang untuk d kongsi dgn dia boleh aku rasa tak nak kongsi mgkin sebab aku dah tak selesa dah mcm dulu...aku asa better aku pun diamkan diri terus n stop..sebab aku perempuan bila aku jumpa seseorang yg ada ciri ciri aku cari aku akan cepat tertawan jgn salahkan aku jika jadi begitu ebab aku tak da ikatan seperti tunangan org atw bini org aku bebas dan aku berhak memilih yg mana aku selesa dgn tanpa paksaan...aku nak seseorang yg mampu jaga aku n mampu jadi seorang imam dlm keluaga bukan seseorang yg keluh kesah dgn diri sendri tak berani dgn diri sendri dan mengharap bantuan dri wanita...wanita bukan kejam,sekiranya dia dh berumah tangga n sekiranya dia sudah bekerja dia tahu tanggungjawap dia...sekiranya si suami kesusahan insyallah si isteri takkan berdiam dri...itu caranya bukan meminta minta sebelum kahwin..bila jadi g tew hurmmm pk pk lah apa korang akan buat :)

Sunday, July 3, 2011

heheheheheh

 
ha ni kawan aku punya kije dia memang rajin terlebeh asma nadhirah ataw di kenali cikma yang hunjung sekali tu tudung kuning.....dia ni sebenarnya ng ah tensen tuh sal life die hehehehehe....penyabar orangya.....hurmmm nampak cantik lak gmbar ni hehehehe bukan puji diri sendri okess kalu puji pon apa salahnya kan hahahahahhaah chow!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...