Thursday, September 22, 2011

Dup dap dup dap

assalamualaikum...

     Hurm skarang niasa jantung bergerak laju jer..sebab hari ehem ehem nak dekat dah adussssss x cited pun ada,nerbes pon ada...akot pon ada.....perasaan ni makin menjadi jadi bila ada org tolong peringat lak ....yg tu tak tahan lg tuh......tapi apa pun aku harap hari tu akan di lalui dgn tenang n sempurna n menurut cara islam...lepas hari tu selesai aku ngan si dia akan bz untuk setel hal hal penting baik dari pihak si dian atawpun aku tapi aku asa byk pun site die lah...mcm tak caya pun ada tapi tu lah my mum also said....u must believe that you 25 years old already..n u must believe that u will be someone wife soon....hah lepas kena spekang ngan my mama aku diam jer n aku pun cakap ..."i know ,n i just follow what my parents whant the best for me........"

the end    -barakkallah-

Wednesday, September 14, 2011

soal jawap

Soalan yg paling byk ditanye...Bila nk KAWEN? ni jwpnye...
Kenapa Lambat?
✔ Kerna Allah tahu masa yg tbaik utk ku.
... Dah Berpunya?
✔ Ya. Kerna setiap org tlh ditetapkan jodoh masing2.
... Siapa?
✔ Nanti Allah akan perkenalkan kpd ku.
Bila?
✔ Bila kami dah dipertemukan. InsyaAllah jemput dtg ke walimatul urusku nanti.

P/S: Jgnlah selalu btanya bila org tu nak kawen. Krn semua RAHSIA itu, tletak DI TANGAN ALLAH. Sampai masa Allah akan membongkarkannya. InsyaAllah
dan aku telak ketemui jodoh aku...moga semua akan di lansungkan dgn selamat tanpa sebarang ganguan...amin:)

Elak Kesilapan Menjelang Pernikahan


"Berapa hantarannya?"
"Kenduri bila?"
"Honey moon di mana?"

Demikian antara persoalan yang sering timbul apabila hari pernikahan semakin hampir. Menjelang kenduri kahwin, semakin sibuk ibu bapa, keluarga serta bakal pengantin sendiri menghabiskan masa untuk memastikan persediaan sempurna dan tiada apa yang kurang.

Malah hari ini sudah menjadi perkara biasa untuk kaum keluarga dan adik-beradik memakai pakaian sedondon, sesuai dengan warna tema sesebuah majlis kenduri kahwin. Andaikata warna temanya biru, semua adik-beradik dan kaum keluarga akan berpakaian seragam biru. Khemah pun disusun rapi dan bereben biru sehinggakan door gift untuk tetamu pun mesti bertema serupa!

Namun adalah satu kesilapan bagi bakal pengantin lelaki dan wanita untuk terlalu fokus dengan persediaan fizikal di atas. Terlalu banyak tenaga, wang ringgit dan masa dicurahkan untuk persediaan kenduri, wang hantaran dan sebagainya.

Adalah lebih wajar 80 peratus daripada tenaga dan masa digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengatasi konflik yang pasti menanti anda sebaik saja bergelar suami/ isteri. Sebaik-baiknya anda yang bakal mendirikan rumahtangga melengkapkan diri untuk menghadapi realiti alam perkahwinan jangka panjang.

LARI DARI MASALAH
Ada lelaki/ wanita memikirkan, perkahwinan menyelesaikan masalah hidup. Sesetengah lelaki/ wanita menyangka, sesudah berkahwin sudah tentu akan bahagia selamanya.
Umpamanya wanita yang terasa dikongkong oleh ibu bapa, mungkin menyangka dengan berkahwin, akan menjadi bebas. Atau ada lelaki menyangka bila sudah kahwin, makanan, pakaian dan kediaman akan terurus.
Mereka kurang memahami bahawa perkahwinan adalah suatu alam istimewa dan amat mencabar di mana kemahiran tertentu amat perlu untuk mengendalikan khususnya tiga perkara : JANGKAAN & HARAPAN, KOMUNIKASI dan PENYELESAIAN KONFLIK.
Inilah antara punca banyaknya berlaku perceraian tidak kira apa juga bangsa dan agama sekalipun.

JANGKAAN & HARAPAN
Sebenarnya, perkahwinan hanya akan berpotensi untuk berjaya jika kita benar-benar berusaha ke arah itu. Jika jangkaan kita tidak realistik, inilah salah satu sebab berlakunya ketegangan serius yang mengakibatkan perceraian.
Renung dan insaf diri sendiri. Setiap kita ada banyak kelemahan dan kekuatan. Banyak yang perlu diperbaiki. Begitu juga bakal suami/ isteri. Jangan harapkan pasangan yang sempurna kerana hanya Allah sahaja yang sempurna.
Walau sesuci manapun niat kita dalam mendirikan rumah tangga, pastinya ada kekurangan di pihak kita dan suami/ isteri kita.
Apa kata kalau calon suami/ isteri ada sesuatu tabiat yang kita tidak suka umpamanya merokok atau kaki perempuan atau kaki judi? Di sinilah silapnya sesetengah wanita mengandaikan: kerana dia cintakan aku, dia akan berubah.
Kita tidak boleh mengubah diri seseorang. Kalau dia berubah kerana kita sekalipun, kemungkinan itu hanya bersifat sementara dan selang beberapa lama, tabiat itu akan diulangi. Lainlah ceritanya jika dia berubah kerana benar-benar taubat dan insaf.

KOMUNIKASI & PENYELESAIAN KONFLIK
Dua isu ini berkait rapat jadi eloklah dikupas bersama di sini.
Tanya diri sendiri: Adakah aku ada kemahiran komunikasi yang baik? Umpamanya jika berselisih faham dengan kawan atau adik-beradik, tidak puas hati dengan rakan sepejabat, bagaimanakah anda menyelesaikannya?
Adakah anda pandai menyampaikan ketidakpuasan hati anda ini dengan cara yang efektif? Atau anda lebih suka memendam rasa?
Kalau marah, adakah kebiasaan anda untuk tunggu dan tunggu sampai tidak tahan sehingga ia meledak keluar? Adakah anda seorang pendengar yang baik?
Ini penting kerana dalam perkahwinan, seringkali akan timbul perselisihan pendapat. Jika anda tidak cekap berkomunikasi, lambat laun perasaan ini akan terkumpul sehingga suatu hari nanti menjadi punca pergaduhan yang besar.
Pokoknya, jika tahu anda kurang cekap berkomunikasi, adalah menjadi tanggungjawab anda untuk memperbaiki keadaan ini. Maknanya WAJIB anda belajar mengatasi keadaan ini.
Contoh: Sesetengah wanita kuat merajuk, suka bermasam muka dan membatu apabila marah. Sebab sudah terbiasa dari kecil berkelakuan begini, tiada sesiapa yang cuba memperbetulkannya.
Apabila sudah berkahwin, marah dengan suami, dia akan bermasam muka dan mendiamkan diri berhari-hari. Suami pula menjadi serba salah, terpinga-pinga, tidak tahu apa silapnya.
Apabila sudah sering berlaku begini, tentunya akan mencetuskan rasa kurang senang antara kedua belah pihak.
Perlu diingat, sebaik-baik perkahwinan adalah di mana suami dan isteri saling lengkap melengkapi antara satu sama lain. Namun tanpa kemahiran komunikasi yang efektif, sukar untuk mencapai keadaan ini.
REALITI KONFLIK
Sebenarnya konflik boleh menjadi sesuatu yang positif atau negatif, bergantung pada reaksi anda terhadap konflik tersebut. Ia positif bila anda menggunakannya sebagai suatu batu loncatan untuk lebih memahami suami/ isteri anda.
Beberapa punca konflik rumahtangga termasuk:
  1. Cara kita dibesarkan berbeza antara satu sama lain. Ada wanita dididik bahawa Rasulullah S.A.W menjahit baju sendiri, buat kerja rumah. Bermakna menyumbang bukan sahaja wang ringgit, tapi masa dan tenaga. Kahwin pula dengan lelaki yang tak pernah buat kerja-kerja ini; tak pernah tengok bapanya buat kerja-kerja begini. Perkara sebegini pun boleh menimbulkan konflik juga.
  2. Pengendalian wang – belajar untuk bajet.
  3. Mertua (termasuk ipar duai) – beri masa untuk mereka menyesuaikan diri dengan kehadiran anda. Untuk ibu dan bapa mertua khususnya, sukar untuk 'let go' atau melepaskan anak.
  4. Seimbangkan keperluan anda dengan mertua dan keluarganya.
  5. Luangkan masa untuk mengenali lebih dekat mertua dan ipar duai tapi jangan masuk campur perkara yang tidak membabitkan anda.
  6. Ada sesetengah suami mewajibkan isteri untuk menziarahi keluarganya setiap minggu. Adakah ini wajar? Jika sudah tahu demikian, sudahkah diberitahu sebelum berkahwin?
TIPS BONUS
  1. Banyak lagi syarat-syarat yang diperlukan untuk menjayakan sesebuah mahligai perkahwinan selain kasih sayang – sokongan, toleransi, kesabaran, kejujuran, hormat-menghormati, merendah diri, humour (maknanya mudah berjenaka dan jangan terlalu serius sentiasa).
  2. Bayangkan bila sudah berkahwin. Bangun tidur orang pertama yang kita nampak ialah suami/ isteri. Jika ada masalah, dialah yang menjadi tempat kita mengadu. Pendek kata suami atau isteri adalah orang paling rapat dalam hidup kita. Itulah sebabnya seelok-eloknya kita persiapkan diri kita untuk menghadapi alam perkahwinan sesempurna yang boleh.
  3. Perkahwinan ibarat menanam pokok. Selagi kita siram air, cukup cahaya matahari, baja, sihatlah dia. Jika diabaikan dan tersilap baja, pastinya layu dan suram tidak bermaya.
  4. Berhati-hati apabila berkata-kata. Jadilah kawan yang paling istimewa untuk suami/ isteri anda. Terlalu ramai suami/ isteri yang tinggal sebumbung tetapi tidak berkongsi lebih dari itu. Cuba cari sekurang-kurangnya satu hobi atau projek yang boleh diusahakan bersama. Umpamanya kalau suka membantu anak yatim, usahakan ke arah itu. Atau minat kelas agama, mungkin boleh sama-sama aturkan satu program untuk surau berdekatan.
  5. Mudah meminta maaf jika timbul ketegangan. Meskipun kita rasa bukan salah kita. Minta maaf dulu sebab seringkali kita tak nampak apa kesilapan kita (kecuali keadaan tertentu yang sudah nyata seperti suami mendera isteri).
  6. Menghargai suami/ isteri. Jangan 'take for granted' perkara-perkara yang dibuat oleh pasangan anda, meskipun ia kecil.
  7. Memahami lelaki dan wanita berbeza. Umpamanya lelaki, cari mentega dalam peti sejuk pun tak jumpa. Wanita pula sering sesat di jalanraya dan sukar membaca peta. Ini perkara biasa dan tak perlulah diperbesarkan!
  8. Berilah masa untuk suami/ isteri masa bersendirian. Ada kala dia perlu masa untuk berehat, memikirkan masalah di luar yang tiada kena mengena dengan kita.
  9. Jangan tidur dengan perasaan marah antara satu sama lain. Perlu diselesaikan segera.
Mudah-mudahan tips di atas menjadi sumber ilham kepada anda untuk lebih bersedia melangkah ke alam perkahwinan dan memilih cara-cara terbaik demi perkahwinan yang bahagia dan berjaya yang diberkati oleh Allah. Wallahua'lam.

SURAH AL-KAUTSAR

 
 
 
Surah  Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya  mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah
dan bermaksud sungai di syurga.  Kolam sungai ini diperbuat daripadabatu
permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih  putih daripada
susu   dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.
kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang
dikasihi  iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita  amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan  berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.
makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika  sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah  dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir  itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita  akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya,  hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika   menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya  sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak  bersalah
tetapi   dizalimi.

Perkara yg baik  kita amalkan slalu. Sebar2kan kepada kekawan, terima kasih.  

Zikir Murah Rezeki Dari Imam Ghazali

 hari ni aku nak kongsi zikir untuk di gunakan seharian.....






Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeza sebanyak 1000 kali.


Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”, artinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”

Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”

Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”, artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.

Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi”, artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”

Hari Jumaat baca “Ya Allah “

Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”


Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup

Thursday, September 8, 2011

allergic ker????


assalamualaikum,

lepas lepas sakit masa ramadhan tu aku kerap jer gatal gatal badan..nak kata allergic tak juga..sebab aku bukan selalu pun makan seafood....tapi tak taw lah kan kot aku sendri tak mau ngaku lak selepas dah termakan hahahahaa...gatalnya kulit badan aku adoiiiiiii aku ja lah yg taw sebab badan aku kan....tergaru sana tergaru sini...n kesimpulanya bila sedap garu sampai tak ingat dunia apa lagi kulit pun luka lah....habis bercalar sana sini...tak leh control kot ..huhuhuhu soo tadi masa aku kuar lunch aku singgah la watson...hajat nak cari lotion sebab dah habis..lepas tu terpk nak cari untuk hilang parut...so aku guna lah yg mcm d cadangkan phamacist sana iaitu...Bio-oil


so habis lah duit aku jap ...menda alah ni pun bukan murah...ha lah dah la byk parut luka eiiiii malu sgt ai pompuan ada parut byk byk macm buas jer..padahal allergic...sooo bermulalah kesah aku ngan bio oil ni start hari ni...keputusan or testimoni akan di beritahu lepas aku dah mmg puas hati ngan hasil dia...kalo aku diam tu kira aku tak puas hati lah yerrrrr.....harap ilanggg lah semua parut ni phufffffff jampi sket hua hua hua ok wasslaammm

Tuesday, September 6, 2011

selamatttt harriii rayaaaaa!!!!





aku ngah bersiap n gambar aku n family si dieeeeee :)n my lovely family (ada yg tak cukup corum yerr)

  selamat ariiieeee rayerrrrr...aku ucapkan pada semua umat islam n sapa yg kenai aku ni hehhehe raya tahun ni sowey lah umah aku tak buat open house aku lik kampung n g jejalannn jer g jejalan ngan org tersayang juga heheheheehe...ok meh nak cita dari 1st jumpa huhuhu ...jgn marah yer my cik abang... ok katanyer lah dia akan balik cuti pada isnin malam (malam raya),tapi chief die bg lik awal lak ahad malam si dia dah bertolak ke kampung si die hehehehe penang lahh...then dia balik for sure dia tito dulu sebab letih n makan sahur hari tu dia kata mama dia bg mkn mcm mcm hehehe selalu sahur kurma n air jerrrrrr ciann sungguh org dok bujang nih...then tgahri isnin tu aku yg masih bekerja lagi...so kene keje n si dia nk dtg 1st time jumpe aku di tempat aku kije...heheheh yg lawak leh tersesat jap..mmg lokasi sekolah ni pon org susah taw mmg tak salah my cik abg lah kan....then sesampai ja si dia trus kami p cari brg dapur huhuhu 1st date kena beli brg dapur mcm org dah tawen ja...yo lah kan nk malam raya mama aku byk brg lupa beli so aku lah kine n then jumpa lah kami bertentangan mata chewaahhhhh....time jumpa tu aku tgk si dia ni mcm serius jer tapi tak pa aku buat otak aku jer then masa nak lik mama my cik abg lak phone kata suh beli beras hahahah sudah ini lah nasib anak sulung..kan kan kan my cik abg....so dah jumpa lah kami dua then raya 1st tak dan jumpa sebab memasing raya ngan family memasing dulu....so bergayut kot phone jer lah....then raya ke dua pun tak dan hehehehehe then raYA  ke -3 jeng jeng...time nak p braya umah chik aku seba dia buat makan aku pun ajak lah si dia sebab die nak jumpa mama n abah....so sebelum kami konvoi ngan abah aku ke umah chik aku si die di interview dgn abah aku ......aku nak tergelak jap aku berdiri depan dia nak tanya minum apa..dia tak tgk dah asyik tumpu kat my abah jer hehehehehe....then g umah chik aku paklong aku lak intw.....yer la aku kan cucu sulung depa nak double cek lah tu...then dah setel semua senang ja pak cik aku tanya "jgn lambat lambat yer"...aku pun tersenyap 5 saat my cik abang apa lg senyummmmmm jer...then kami g umah pakngah die lak..hah! kat sini lah my cik abang kena boh kaw kaw..hhahah semua pakat sakat dia..mau taknya apa yg depa tanya aku dia yg jawap...so kenalah...tapi masa dalam keta aku dah pesan dah aku ni malu kit jgn p mana mana dok seblah ja taw...mmg dia dok seblah aku ja tak p mana kecuali tgal aku jap die g solat heheheh lg lah ++ sayang,,family dia n family aku satu kepala rupanya so bleh masuk lah tapi aku still malu malu lg....then raya ke 4 aku g braya umah si die...aku buatkan coklat special...rupanya adik dia yg bongsu husna suka makan coklat sooo aku ada geng lah...hehehehe siap nk blaja lg..moleh jerrrr...tapi time p kesian mama my cik abang..die tak sihat muka pucat jer hurmmm tapi aku tetap selesa sembang ngan diorang n pekena spegeti special yg sedap teringat sampai rini kot :).pastu sabtu lak kami g kedah kenduri n reunion kawan aku wawa..jumpa lah classmate yg lain paling best jumpa asma huhuhu dia siap peluk lg adusssss nak nangis pun ada tapi control...sebab my cik abang dok tgk...pastu malam tu plak mamu aku buat big party kat umah dia sebelum sampai tu mercun punyalah hingaq aku mlawak ngan dia kata "depa sambut kita pa tuh?" die gelak jer...ok for information...my cik abang ni awal awal jer serius tapi at last tunjuk gak perangai dia....happy go lucky..tak leh dok diam...suka sakat....buas (family dia cerita sendri na huhuhu) n penyayang.....masa kat bbq tu punyalah ramai sepupu sepapan aku perkenal sampai dia phening hehehehe ...masa sampai jer mama suh amik makan dulu time tu kami lalu kat tempat org bakar2 then die tanya ape mende tu ..aku asa kalau org len mesti taw dah tapi saja dia tanya..aku kata kambing lah..then dia buat lah mata bulat bulat hehehe means dia mau lah tu...so mama aku yg tolong amikkan sebab kalau aku mintak lmbt lg lah mama aku gangster depa takotlah hahahah sepinggan penoh woooo...masa sampai tu die buat muka n kununya tak habis aku hilang jap alih alih habis dah..n dok senyum lak dan la aku makan satu dua huhuhu....then masa nak lik dia lak kene ngan mamu aku soalan yg di tanya pulak kene ngan die so sronok lah sat...amboiii!!soalan die tak leh d umumkan yer harap maklum....now kami hanya menunguu hari jer...harap allah permudahkan semua..n moga cepat pertukaran my cik abang ke mari.....wasalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...