assalamualaikum
  
  Qaisara dah 5 month plus..tapi sekarang makin kerap dia nyusu mcm tak puas je n tak kenyang...dalam hati mula lah gatal mikir utk suapkan qaisara somethng,tapi No No No elok jgn lagi sebab kena biarkan usus dia matang sikit lg..baru leh bg makan.itu pun bukan semua boleh hentam yer,elok bg fruit puree dulu yer kawan kawan..yg d blend dgn sehalus halusnya,
   Tapi yang sedihnya ada juga mommies d luar sana yg bg makan anak sebelum waktunya ..alasan yg selalu d bagi
-Anak aku lapaq la tu aku bg makan awai hang taw apa? (mcm lah anak dia pandai cakap kan n bole g tahu plak)
-bibir anak dok mencicip bila tgk makanan (alasan lg)
-kalau aku bg makan anak aku tidoq lena skit (kena kat hangpa hahaha)
kita jangan bg makan ikut kita je ye kena fikir gak keaadaan bayi
elok kita baca ni untuk sikit pengetahuan am dalam pemakanan bayi yer kawan kawan
1. Sistem Penghadaman Yang Belum Matang
Sistem
 penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia
 untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum 
menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di 
dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan 
pertama.
Tubuh
 bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih
 belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, 
daging dan susu lembu. (protein di dalam susu ibu adalah berbeza.)
Uolss
 tak kesian ke dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk
 menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya??? 
2. Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Pernah
 tak uols terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga 
pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat
 penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah 
pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of 
Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian 
makanan terlalu awal. Tidakkah uols menyayangi anak uols dan masa 
depannya???
3. Masalah Dalam Penyusuan
Bayi
 yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini 
akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu 
menyusu lebih banyak. Fikir2kanlah tentang masa depan anak2 kita. Ada 
sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah 
SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena air kencing bayi 
laki2 di bawah usia 2 tahun yang hanya meminum susu ibunya sahaja. Ada
 mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama 
Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 
tahun. Sayangilah masa depan anak2 kita. Jangan terlalu ghairah untuk 
melihat bayi kita 'cepat besar' dan memberinya sesuatu yang dia belum 
bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu 
usaha untuk memastikan anak2 kita membesar dengan sihat dan terjaga 
kesihatannya. 
 TANDA2 BABY SUDAH BERSEDIA DIBERI SOLID FOODS IALAH:
1. Baby sudah boleh DUDUK
 - Tidak kiralah sama ada baby itu sudah duduk sendiri ataupun sudah 
stabil apabila didudukkan. Ini kerana esofagus berada dekat dengan 
tulang baby...so, kalau baby duduk maknanya makanan akan masuk dengan 
selamat ke dalam perut mereka. Dinasihatkan juga ibu2 jangan beri solid 
food dengan cara baring. Bahaya!!! sebab takut tersedak.
2. Baby dah boleh MENGGELENGKAN KEPALA -
 Apabila baby dah mampu untuk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh
 untuk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnya 
sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala,
 mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah 
kenyang.
Kesimpulannya
 selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu 
diperkenalkan dengan makanan pejal (bukan makanan pelengkap) yang 
bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau 
baby menolak, just sabar dan jangan memaksa baby untuk makan sebab baby 
belum betul bersedia. 
Pesanan:
Kalau
 boleh janganlah beri baby kita makanan di dalam botol atau tin 
ye...sebab makanan tersebut mempunyai bahan pengawet. Yang paling 
penting... beri mereka makanan semulajadi, tanpa bahan perisa. Beras 
perang juga amat bagus untuk baby.    
 
 
No comments:
Post a Comment