Thursday, January 3, 2013

my new biz


assalamualaikum

    haaa ni lah biz aku ..alah bukan bisness sgt pon ikot aku lah kan rajin buat ke dak.al maklum lah keja tapi fenomena la ni durian creep memang permintaan untuk menda alah ni tinggi ada ja orang nak order tapi aku tak leh nak buat selalu sebab stock durian tak berapa nak ada musim ujan n nak buat menda alah creep ni renyah yer jgn ingat senang....ponat taw heheheh ok lah takat ni jer daaaa

Friday, December 14, 2012

Dugaan Dugaan

assalamualaikum


  I always love my Hubby,my family n my In law family,,chewahhh speakang plak dahhh heheheheh...ok ok,,,tajuk pun semacam ja kan mcm teruk sgt dah pa aku alami ni tapi tak dak pon...baru baru ni en hubby kesayangan aku jatuh sakit..hurmm memang dugaan aku lah menjaganye..sedih sgt tgk keadaan nya..saban malam aku berjaga ..saban hari juga aku menangis tgk keadaannya yg teruk tu...bini mana tak sedih kalau tgk si suami yg dulunya ceria happy n suka sakat bini dia tetibe berubah jadi pendiam..n sentiasa menahan sakit,makan apa muntah...hurmm tambah tambah kami bersendirian d sini jauh dari keluarga..lagi lah terasanya..aku cuba rahsiakan dr mama aku..tapi tak boleh ..satu malam tu mama aku 3G terus nampak menantu dia ..pastu terus aku kena marah tak bg tahu...mama aku terus kata "nanti nak suruh abah amik cuti kami nak p sana,sementara tu yana tnya kekawan tempat berubat k?"...mother in law aku minta aku cari daun delima..aku pun phone laah kawan aku yg ada d sini minta kot kot umah dia ada daun delima..pastu dia tnya aku balik
"mu nak buat mende daun tu yana?" (kecek klante ok)
"nak buat ubat sakit kayap suami ambo ni ha "
"huishhh..tokse buat gitu..gapo tak royak kat ambo ni..meh mari sini esok ambo bawa g jumpa org berubat..kekgi jadi lg teruk.."
"ha ok ok"
 ha itu lahh yg di ckp kan..tetibe allah hantar sesorang untuk bantu aku dan suami di saat aku buntu sgt...esoknya aku siapkan suami aku terus pergi umah dia.dari umah dia kami cari dari satu rumah ke satu rumah semuanya takda..memasing balik kampung lah,pergi umah menantu lah..time tu hanya Allah saja yang tahu apa aku rasakan...hampir  nak putus asa dah..kemudia kami habis ikhtiar pergi rumah seorang hamba allah ni..dia ni tok mudim Di Raja...pergi saja..dia tak da lah nak berasap mcm tok moh tu..cuma dia baca ayat quran kat air mineral aku bawa n bedak sejuk...pastu balik tu aku lumur lah dgn selawat ke tempat suami aku sakit,Alhamdulilah.sekali lumur n berbedak sejuk..hilang sikit sakitnya..n nampak kecut luka luka tu...aku bersyukur sgttt..tetibe mama aku call "yana,lusa kami sampai ok?abah amik cuti seminggu..yana jaga wan elok elok taw..pahala bila isteri menjaga suami dia tanpa merungut..memang penat tapi mama taw yana seorang penyayang..dulu yana jaga mama masa sakit dulu mcm mana?mama taw mcm tu juga yana jga wan..insyallah yana sabar ok nanti mama sampai mama tolong ",...
   Sedih dgr mama aku ckp dalam masa sama rasa seronok sebb aku mmg sunyi di sini..mama aku nak dtg aku ckup bersyukur..aku mmg sabar layan kerenah org sakit..memang letih sebab aku bekerja dalam masa sama kena balik masak.n g kerja balik bawa g berubat.tapi aku tak pernah rasa penat..aku cuma berharap org yg aku sayang cepat pulih..selepas 2 hari suami aku kian pulih...lukanya kian kecut..dia pun dah boleh berckp ,bersembang mcm dulu.dan boleh makan dgn seleranya.aku org pertama paling happy tgk keadaanya..sesampai ja mama aku kat sini.terkejut mama aku tgk my hubby makin ok..dan cepat kebah org kata heheheh...mama aku kata ..aku bawa my hubby jumpa org yang betul..yg pandai berubat..
    Mesti semua pelik apa lahh sakit my hubby ni kan.sebenarnya my hubby kena kayap..dia naik kat muka n kepala..memang teramat sakit kalau kayap naik kat situ.dan bahaya..sebab kayap ni mengangu urat saraf manusia..dan dia akan memusnahkan antibodi kita...dalam masa 2 hari ja dia boleh merebak dgn cepat.selalunya penyakit ni lambat sembuh...bergantung cara kita mencegahnya.tapi bagi aku alhamdulilah ,tak sampai seminggu my hubby kembali pulih..ok di sini aku nak kongsi cara merawat org kena sakit kayap ni

Cara merawat sakit KAYAP

-Ambil daun cili (bukan cili na) campur dgn bedak sejuk lumur kat tempat kena kayap.
-Pantang makan,selalunya pesakit tak boleh makan daging ,telur dan benda gatal.tak boleh goreng goreng dalam umah n tak boleh makan berminyak...sepanjang my hubby sakit aku cuma bagi makan ikan plata jer...ikan yg mahai tu hahahahha....
-minum banyak air kosong
-rajin tuam ngan air panas kat tempat luka tu.
-ambil daun delima lumur di luka ..
-selalu bersihkan tempat kayap tu..
-makan lah antibiotik doktor bagi yer...bg habis taw


ha itu jer....anyway walau aku ni tak secantik perempuan perempuan di luar sana,body tak lawa mcm org di luar sana...dan tak sesempurna sgt mcm setiap org nak..tapi cukuplah aku ni sempurna di mata suami aku..cukuplah rezeki Allah SWT beri padaku...rupa paras.dan fizikal ni semua duniawi n nafsu sahaja..tapi tapi tapi seorang wanita yang bergelar isteri harus lah menjaga..imej,gaya,kecantikan dalaman dan luaran ..untuk suami..lagi sekali untuk suami yerrr bukan untuk org luar...i always love my hubby foreva ....may allah bless our journey as a husband n wife..

Saturday, December 8, 2012

Benteng Terakhir dan Kejatuhan Andalusia







Cordova yang masyhur di dalam Bahasa Arab sebagai al-Qurtubah merupakan bandar terakhir di bawah penguasaan Islam sebelum Andalusia jatuh sepenuhnya ke atas tangan golongan Kristian. Kedaifan dalam mempertahan pemerintahan Islam di Andalusia amat menyedihkan. Ia berlaku pada zaman pemerintahan terakhir Islam di bawah Bani al-Ahmar yang menguasai wilayah terakhir Andalusia iaitu Granada dari tahun 620 – 897H. Penyerahan wilayah terakhir ini terpaksa dilakukan demi menyelamat maruah pemerintah Islam di bawah pimpinan Abu Abdullah daripada diguling dengan lebih teruk.

Penyerahan dalam bentuk perjanjian yang ditandantangani oleh pihak Islam dan Kristian itu dilakukan dan penyerahannya kepada Raja Kristian Sepanyol iaitu Ferdinand dan Isabella. Perjanjian yang dikatakan mempunyai 67 perkara itu antara lain menjamin keselamatan orang Islam untuk tinggal di Sepanyol dan juga jaminan keselamatan sekiranya mereka ingin keluar dari Sepanyol menuju ke daerah lain, terutama untuk kembali ke daerah Afrika Utara. Namun perjanjian yang tidak pernah ditunaikan oleh pihak Kristian itu nampaknya menjadi senjata yang menikam umat Islam terus menerus sehingga mereka tidak lagi mampu bertahan apatah lagi untuk merampas kembali Andalusia ini.

Kesan-kesan peninggalan umat Islam, ketamadunan yang dibina dan seumpamanya telah banyak dimusnahkan.

Penulis ketika menjejaki kaki ke Andalusia seketika dahulu melihat sendiri bagaimana kota yang dibina oleh pemerintahan Islam kelihatan dihancurkan dan hampir tidak ditemui oleh para sejarawan dan ahli arkeologi. Dalam kes ini, lebih jelas jika dilihat bagaimana kota Madinah al- Zahra ditemui dalam keadaan yang sangat menyedihkan dengan runtuhan kota itu seolah tidak dapat untuk diselamatkan. Walaupun kota ini dikhabarkan musnah akibat pergolakan dan peperangan saudara pada tahun 1010M, namun ia keunggulan kota ini terus malap apabila Andalusia jatuh ke tangan bukan Islam.

Ketika Bani Ahmar memerintah Andalusia, wilayah pemerintahan mereka sudah menguncup, tidak lagi sepertimana pada zaman kegemilangan pemerintahan Abdul Rahman III. Secara khusus, pemerintahan mereka hanya melibatkan wilayah Granada sahaja yang menjadi daerah terletaknya istana yang masyhur iaitu istana Al-Hamra’ atau dalam bahasa Sepanyol hari ini lebih dikenali sebagai al-Hambra.

Oleh kerana berlaku perselisihan keluarga dalam hal mewarisi kepimpinan, akhirnya telah menyebabkan pergolakan anak-beranak berlaku dan seterusnya melemahkan lagi pemerintahan Islam di Granada ini. Disebabkan Abu Abdullah tidak berpuas hati dengan pewarisan takhta yang ditunjukkan oleh bapanya, iaitu kepada saudaranya yang lain, lalu beliau memberontak sehingga dalam pemberontakan tersebut telah mengorbankan nyawa bapanya. Namun, takhta pemerintahan tidak menyebelahi Abu Abdullah, tetapi ia beralih kepada Muhammad ibn Sa’ad. Lalu perancangan dibuat dalam bentuk kerjasama antara Raja Ferdinand dan Abu Abdullah untuk merampas kembali takhta pemerintahan.

Rampasan itu berjaya, ringkasnya Abu Abdullah dapat menduduki takhta tetapi bagi jangkamasa yang pendek disebabkan tekanan dari Ferdinand untuk mendapatkan habuan. Habuannya tidak lain tidak bukan ialah penyerahan wilayah Granada ini kepada beliau, lantas masyhurlah Ferdinand yang beristerikan Isabella sebagai raja yang berjaya menumbangkan kerajaan terakhir Islam di Andalusia.

Kejatuhan Andalusia rupanya adalah kelemahan pemerintahan yang sanggup menggadai prinsip mereka demi mendapat bantuan sokongan untuk menduduki takhta yang hanya buat sementara sahaja. Selain itu, ia turut disebabkan beberapa faktor, iaitu:

i. Usaha agresif puak Kristian untuk menakluk kembali wilayah yang ditadbir oleh kaum Muslimin sehingga menyebabkan pertahanan mereka terus rapuh dan tidak mampu bertahan atas serangan fikri dan askari yang dilakukan tentera musuh.Gerakan ini lebih dikenali sebagai Reconquista. Tidak dinafikan ia mempunyai kaitan dengan usaha pihak Kristian untuk menakluk wilayah yang telah jatuh ke tangan umat Islam di seluruh dunia di mana ia seolah turut terkesan dengan pergerakan tentera Salib yang menumpukan perhatian di wilayah umat Islam di Asia Barat.
ii. Ketiadaan sokongan dari pemerintah Islam di wilayah luar Andalus, melainkan sokongan yang sering diterima hanyalah dari Afrika Utara sahaja.

iii. Tiada mekanisma dalam mencari pengganti yang layak (succession plan) untuk meneruskan pemerintahan di mana kebanyakkan mereka mewariskan kepimpinan kepada anak beranak atau ahli keluarga.

iv. Tiada kesepakatan (wehdatul fikri dan wehdatul amal) dalam mentadbir wilayah yang dikuasai sehingga wujud perbezaan pemerintahan antara satuwilayah dengan wilayah yang lain. Perbezaan fikrah yang wujud dikalangan mereka banyak membawa keruntuhan dan kurang usaha untuk bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.

Kesan daripada kejatuhan inilah umat Islam dihina dan dihalau keluar dari Andalusia. Ia turut terpalit kepada kaum Yahudi, di mana tiada kuasa yang boleh melindungi mereka setelah kerajaan Islam menjadi lemah seterunya runtuh. Kehinaan yang diterima sepertimana berdasarkan perintah yang dikeluarkan pada tahun 1492M iaitu setiap orang Yahudi yang enggan dibaptis, mereka perlulah keluar dari Andalusia dalam tempoh 3 bulan. Ia dikuti perintah yang dikeluarkan 10 tahun selepas itu kepada mereka yang tidak mahu dibaptiskan, iaitu perintah pada Februari 1502 di mana pihak Kristian mengusir golongan pendatang yakni orang Islam dari Seville dan sekitarnya.21 Jelas, kejatuhan pemerintahan yang berlaku bukan sekadar peralihan kuasa politik, tetapi ia turut memberi kesan kehinaan kepada umat Islam, malah ada di antara mereka yang diperangi ketika sudah bersedia keluar dari Andalusia.

Iktibar Sejarah Andalusia: Teladan dan Sempadan

Jika diteliti dari sudut perkembangan dan kemajuan Islam di Andalusia, jelas menunjukkan bahawa pemerintahan Islam telah mementingkan kemajuan intelektual dan keilmuan di samping perkembangan industri dan pertanian.

Namun, disebabkan beberapa masalah dalaman yang berlaku, pemerintahan Islam akhirnya tidak dapat bertahan dan terpaksa menyerahkan penguasaan mereka selama hampir 8 abad itu kembali kepada Kristian.

Antara punca yang dilihat melemahkan umat Islam ketika itu dan boleh dijadikan iktibar kini ialah:

Perebutan kuasa dikalangan pemimpin yang mentadbir wilayah.
Ini dapat dilihat pada peringkat awal pemerintahan Andalusia di mana para pemimpin sering berselisih dalam hal ehwal pentadbiran. Gangguan dari dalam ini telah menyebabkan ketidakseimbangan berlaku. Di antara pergolakan itu berupa perselisihan di antara elite penguasa, terutama akibat perbezaan ras dan etnik. Disamping itu, terdapat perbezaan pandangan antara khalifah di Damsyik dan gabenor Afrika Utara yang berpusat di Kairawan. Masing-masing mengaku bahawa merekalah yang paling berhak menguasai Andalusia ini. Oleh kerana itu, tidak hairanlah penggantian pemerintah atau wali (gabenor) berlaku lebih daripada dua puluh kali dalam jangka waktu yang amat singkat. Perbezaan pandangan politik itu menyebabkan seringnya terjadi perang saudara sesama mereka lalu merencatkan pembangunan tamadun umat di sana.

1. Tidak mempunyai sifat ketaatan kepada kepimpinan sehingga mereka tidak mahu mengikut nasihat khalifah. Akhirnya, anasir-anasir tidak puas hati itu membawa kepada perancangan untuk merampas kekuasaan dikalangan umat Islam, sedihnya dengan melibatkan kerjasama dengan pihak musuh.

2. Wujudnya golongan yang ingin menghancurkan mereka dari dalam seperti golongan yang ingin bekerjasama dengan musuh tanpa mengambil kira untuk memperkuatkan ikatan dalaman sesama mereka.

Manakala kejayaan mereka yang boleh dijadikan iktibar ialah:

1. Andalusia telah membuka ruang untuk memastikan supaya sekiranya kita ingin sentiasa maju ke hadapan, kita harus bersikap terbuka kepada pemikiran-pemikiran kreatif dan idea-idea yang inovatif. Mereka telah mencapai kejayaan dari segi sains dan teknologi kerana menggalakkan suasana intelek dan tidak rigid dengan kemasukan ilmu-ilmu moden.

2. kecemerlangan Andalusia dalam bidang pertanian dan industri memungkinkan kita untuk mempertingkatkan kemajuan dalam bidang ini dengan bantuan teknologi maklumat, dan mengambil nikmat bioteknologi untuk dikembangkan dalam sektor ini agar pertanian tidak lagi dipandang enteng.

3. Lahirnya ilmuwan seperti Ibn Bajjah (1082 – 1138M), Ibn Zuhr (1091 – 1162M) dan lain-lain menuntut kita melahirkan cendikiawan Muslim yang versatile, mahir dari segi ilmu turath dan juga ilmu moden yang mampu untuk
meninggalkan jejaknya yang tersendiri di dunia ini. Generasi ilmuwan moden ini harus dibina jati diri mantap agar memberi manfaat kepada pembangunan negara.

4. Ketamadunan yang dibina telah meninggikan Eropah yang pada waktu tersebut berada pada zaman kegelapan. Bandar Cordova di Andalusia dilihat sebagai Bandar yang terulung dikalangan Negara-negara Eropah yang lain dan mereka telah memajukan intelektualisme dari aspek falsafah, senibina, matematik, teologi, perubatan dan banyak lagi sehingga Islam gambarkan begitu kehadapan dalam soal ini. Mereka dapat measimilisasikan Islam dengan falsafah dan pusat kecemerlangan Greek sehingga ia menyumbang kepada keseluruhan negara Barat yang didominasi kaum Kristian.

Kejayaan mereka membina tamadun dalam keadaan mereka mempunyai kepelbagaian bangsa dan penganut agama samawi juga sesuatu yang unik. Sudah pasti ia ada kaitan dengan kefahaman terhadap ajaran Islam yang dipraktikkan dalam bentuk siyasi. Rujukan tentunya terhadap contoh-contoh awal yang ditunjukkan oleh Khalifah Islam dalam memberi dan menjamin hak asasi setiap penganut agama yang mana mereka boleh hidup aman damai di bawah pemerintahan Islam.

Contoh-contoh jaminan ini terus dilaksanakan sehingga ke wilayah pemerintahan Andalusia. Oleh sebab itu kita dapat menyaksikan sejarah di mana umat Islam, Kristian dan Yahudi saling membantu mewujudkan suasana keilmuan yang baik terutama di Cordova. Ini kelihatan begitu relevan dengan negara kita sekarang yang mempunyai kepelbagaian latar bangsa dan penganut agama. Oleh itu, demi mencapai puncak kemajuan, kerjasama antara kaum ini harus diberi tumpuan yang wajar bagi meningkatkan kerjasama dan kefahaman dikalangan rakyat yang ada.

Penutup

Kecemerlangan Tamadun Islam Andalusia berakhir tanpa dapat dipertahankan oleh umat Islam. Ia jatuh di bawah pemerintahan kerajaan Sepanyol dan kekal sehingga hari ini. Kesan peninggalan itu masih boleh dibanggakan walaupun hakikatnya tiada apa yang dapat diperolehi oleh umat Islam hasil peninggalan tersebut. Kejatuhan Andalusia kelihatan tidak memungkinkan ia kembali ditadbir oleh umat Islam.

Pengalaman pahit ini harus dipelajari agar umat zaman kini tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan pada ketika dahulu. Sejarah Andalusia itu sudah tidak dapat diperbaiki untuk manfaat wilayah itu, namun pastinya pengalaman atau pengajaran dapat diperolehi bagi manfaat generasi kini. Walau bagaimanapun, kesediaan Eropah membuka kembali pintu pada abad moden ini dan memberi peluang kepada bangsa-bangsa lain berada di wilayah mereka telah sedikit sebanyak menyaksikan kemunculan kembali umat Islam di Eropah, termasuk di Andalusia.

cameron highlands part -2

assalamualaikum

  Lama hold tentang cameron ni kan hehehehe banyak kije...letih kot..byk kursus n nak menguruskan mcm mcm ok sambung yer...last update pasal pasar malam berinchang...mmg best p sana...mau tak best mcm mcm aku beli kan hehehehehe penat hubby aku bawa barang :)

  selesai shoping hari tu esoknya last aku di cameron so sepanjang hari kami jejalan tempat yg aku nak p sgt ialah tempat ombak rindu di filemkan hehehehe ...sepanjang perjalanan nak p tu dua dua memanjang nyanyi lagu ombak rindu ambil feel jap....ok sebab naik bukit ni lah my baby tercalar skirting dia adoiiyaiiii takpe yg tu small matter je( for my hubby lah ) :( ok jom kita layan gambar ..ehhh jap jap sebelum sampai tu kami brenti singgah pasar besar saja nak beli sayur untuk anak buah hubby aku dia pesan...
                                                  muka letih tgk barang banyakkkkk


                       
                                                         my hubby geram tgk cactus


                                                               my favourite fridge magnet :)

ok dah dah le pasal pasar ni jom ke ombak rindu places :)



                                       cantik kan gambar di atas ni ha ni lah tempatnya soo peacefull




okay setakat ni lah kot dah ngantuk sgt sgt..ha sebelum tu saja lah nak g tahu kalau nak g cameron ni elok g waktu biasa bukan cuti sekolah..sebabnyaaaa hurmmmm jem n sesak n serabut n pening n banyak lg lah n n n kan huhuhu tp aku happy sgt dpt g ngan org aku sayang..at least ni timenya kami kurangkan stress kerja..i always love u my hubby :)


Sunday, November 18, 2012

cuti cuti Cameron CHAPTER 1

 CHAPTER 1



berhati hati ya anda sedang d perhatikan untuk entry ini hehehehehe (perhatian entry kali ini agak panjang so jgn salahkan saya jika mencuri banyak masa anda yerrr :P


    Assalamualaikum cuti awal muharam baru ni dgn tiada perancangan n last last minit my en suami ajak g cameron ..yihaaa!   tapi sehari jer lah,die bz keje sekarang ni cuti pun habis dah,kesian kot kat bini dia ni selalu kena tinggai dok umah sowang sowang huhhuhu..memula kami plan nak g Johor melawat adik ipar aku..tapi last last dia kata cuti habis dah n ada plan tu lah ni lah sal keje hurmmm tensen jugak lah aku kan tapi aku diam jer...dah keje dia gitu nak buat mcm nerr..so bermula lah perjalanan kami selepas jer subuh tu..kami bertolak ikut Gua Musang...n sepanjang jalan ni apa pun takder R&R pun takder huhuhu so bila R&R takda TOL pun takda  lah hahahahahaah Sep dah duit kot situ kan kan kan ...

                                          Cantik ciptaan Allah SWT  tenang jer :)


                                         Sepanjang perjalanan Hijau jer :)
                                   

So sampai ja d sana 1st thing my en suami g jumper kawan lama dia kat ipk brinchang...bila kawan lama berjumpa panjang lah citer diorang kan..kawan dr my en suami FRU lg ...lepas jer sembang trus dia ajak kami g Hotel yg dia dah Booking kat kami..nasib ada dia kalau idak takda Hotel lah kami so kami check in di HOTEL TITIWANGSA....
                                          ok ni view hotel tersebut
                                        Ni bilik kami

Bg aku rate aku boleh bagi kat hotel ni ada 2 bintang dari 5 bintang huhuhuhu sebab reception dia sombong..n tilam dia keras,water hitter tak panas.. byk la tak puas hati tapi nak complain byk byk pun malas sebb dok sehari ja kami check in pukul 4 check out pukul 8 pg hah sat ja pun bilik ni takder aircon yer kawan kawan huhuhu ada apanyer kan dah mmg sejuk dah kat sane...kami dpt tgkat tinggi mmg sejuk sgt lah.....tapi satu ja best hotel ni dekat dgn pasar malam brinchang..n pasar malam brinchang berdepan dgn IPK brinchang so bila nak g sana for sure mmg parking takder...my en suami dgn slamber park dalam IPK tu...senang mmg takder org tanya lah..dah kenal dah..so sepanjang kat Pasar malam Brinchang tu mmg lahhhh teramat ramainya manusia ,AMARAN kalau nak percutian yg tenang jgn p waktu cuti sekolah.p waktu cuti biasa yerrrrr.....

                                ok gambar ni di ambil oleh en suami sepanjang d sana dia lah phothographer

                                               Benda WAJIB untuk aku hihihihih :p
                                                    Cactus comel :)
                                          Sampai malam aku dok sana hehehehe

Ok aku nak stop kat sini dulu banyak lg nak sambung tapi dalam chapter 2 yer nak stop sebb byk keje nak d bereskan...dadada :)







Saturday, November 10, 2012

Rezeki allah

Assalamualaikum,

  Comel kan gambar baby ni aku suka tgk :)...tapi aku sedikit frust n kecewa ngan mulut org sekeliling,,,selalunya lah kan byk byk soalan macm ni

Time single,
Bila nak berteman takkan nak membujang sampai ke tua..

Bila dah ada teman,
Bila nak kawen ??dok tgu lama lama buat apa .tak elok lah..

Bila nak kahwin,
Haish dah habis pk ka nak kawen ni tak terlalu muda sgt ka??jgn tersalah pilihan lah ye

Bila dah Kahwin,
Bila nak ada anak?awat lambat sgt??

Haaaaaaaaa ni lah aku nak marah n geram sama....rezeki bukan d tangan kita okayyy kalau d tangan aku boleh ja aku bila masa nak ada anak nak jadi jutawan nak BMW  nak banglo semua aku nak sebb rezeki d tangan aku..kan !
tapi kita ni org islam rezeki di tentukan Allah SWT...kita ni sebagai umatnya hanya merancang...aku ngan en suami dah merancang tapi rezeki belum lagi berpihak pada kami...mungkin ada tertulis untuk kami..buat yg suka dok push n menanya tak henti henti tu please lah stop it..tekanan kot.....korang tak rasa lah aku ni lg lah rasa..mak mentua aku n mama aku pun tak kalut diorang paham...so tak yah lah sibok ..yg penting doakan yg terbaik ja....aku selalu dan hari hari mendoakan semoga Allah SWT memberi rezeki pada kami dgn segera ...aku nak melengkapkan keluarga aku ni....aku nak jadi seorang wanita sempurna....

Ya Allah,
Hanya pada mu aku meminta,
Hanya padamu aku mengadu,
kau berilah zuriat soleh dan solehah buat kami,
kau lengkapilah keluarga ku,
kau tenangkanlah hati ku,
hanya padamu aku berharap,
amin ya robhal alamin .....

Friday, November 9, 2012

assalamualaikum

salam,
dek kerana sibok  dgn menguruskan macam macam hal tambah lagi bertambah kije aku sebagai isteri kepada em suami aku tersayang......alhamdulilah aku dah berpindaah awal october 2012 baru ni ,berpindah dan tinggal bersama suami ku tersayang,dalam hati sedih kerana terpaksa tinggal kan keluarga tersayang aku...hurmmmmmm....sabar jer lah...tapi walau jauh hari hari leh tgk family aku secara live hahahahah kan la ni internet n mcm mcm kemudahan ada...so gunakan semuanya ...ada skype ada 3g semua ada so kurang lah skit kesunyian aku :)....ok start from today aku akan selalu mengupdate blog aku ni sebb internet sentiasa 24 jam ada ngan aku...thanks to en suami yg tolong pasang line streamyx untuk wife dia ni yg selalu nak mengoogle n bla bla bla ...huhuhhuhhu sayonara  :) eh eh jap jap ada tambahan ada internet ni bermakna en suami saya leh tgk naruto hari hari ishhhhh tensennnn!!!!

Tuesday, June 26, 2012


10 Laluan Yang Bakal Di Lalui Manusia Dari Dunia Sampai Ke Akhirat

Bagaimana memudahkannya???
LALUAN MENUJU KE KUBUR
a. Jauhkan dari perbuatan mengumpat dan mengeji
b. Hindarkan perasaan iri hati (benci)
c. Jangan terpengaruh dengan harta dunia
d. Sucikan kadha’ hajat dgn istibra (berdehem selepas buang air kecil!)
LALUAN UNTUK BERJUMPA IZRAIL
a. Bersihkan diri dengan bertaubat
b. Gembirakan hati orang Mu’min
c. Bayar semula kadha’ (solat dan puasa) yang tertinggal
d. Kasih sepenuh hati kepada ALLAH Ta`ala
LALUAN UNTUK BERTEMU MUNGKAR NANGKIR
a. Mengucap dua kalimah syahadat
b. Suka memberi sedekah
c. Berkata benar
d. Bersihkan dan perbaiki hati

LALUAN UNTUK MEMBERATKAN TIMBANGAN
a. Belajar atau mengajar ilmu yang bermanafaat
b. Sucikan perkataan dan pakaian
c. Bersyukur dengan yang sedikit
d. Suka dan redha dengan yang didatangkan oleh ALLAH

LALUAN MEMANTAPKAN AMALAN
a. Jauhkan perkataan yang sia-sia
b. Pendekkan cita-cita dunia
c. Banyakkan puji-pujian kepada ALLAH
d. Banyakkan sedekah dan khairat

LALUAN MELALUI TITIAN SIRAT AL-MUSTAQIM
a. Kasihilah aulia ALLAH Ta’ala
b. Berbaktilah kepada kedua ibubapa
c. Berpegang teguh dengan hukum syara’
d. Bercakap perkataan yang baik sesama makhluk

LALUAN MENJAUHKAN DIRI DARI NERAKA
a. Banyakkan membaca al-Quran
b. Banyakkan menangis kerana dosa-dosa yang lalu
c. Tinggalkan perkara yang maksiat
d. Jauhkan segala yang haram

LALUAN UNTUK MEMASUKI SYURGA
a. Membuat kebajikan seberapa banyak yang boleh
b. Kasihi orang yang soleh
c. Kerjakan segala suruh-suruhan ALLAH
d. Merendahkan diri di antara semua makhluk ALLAH

LALUAN BERJUMPA DENGAN NABI MUHAMMAD
a. Kasihilah Nabi ALLAH
b. Kasihilah Rasulluah
c. Tuntutilah yang difardhukan oleh ALLAH
d. Banyakkan selawat Nabi S. A. W.

LALUAN UNTUK BERTEMU ALLAH
a. Serahkan seluruh jiwa raga kepada ALLAH
b. Hindarkan diri dari menderhaka kepada ALLAH
c. Betulkan dan baikkan i’tiqad kepada ALLAH
d. Bencikan segala yang diharamkan-Nya

Pengubat Hati Sedih
TAHUKAH KITA? Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…


Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda:


“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.”
(H.R. Bukhari dan Muslim)


Jangan sedih bila orang lain tidak memahami anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak mau memahami orang lain.


Jangan sedih bila orang lain tidak mempercayai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak percaya diri sendiri.


Jangan sedih bila orang lain tidak memberi kesempatan kepada anda..
Tapi sedihlah karena anda belum buat persiapan.


Jangan sedih bila orang lain tidak menghargai anda..
Tapi sedihlah karena anda tidak bisa menghargai orang lain.


Jangan sedih bila orang lain menghina anda..
Tapi sedihlah karena anda membuat hina diri sendiri.


Jangan sedih bila orang lain memaki anda..
Tapi sedihlah karena anda bermulut jahat pada orang lain.


Jangan sedih orang selalu mengritik kita..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah mau perbaiki diri.


Jangan sedih karena anda selalu jatuh..
Tapi sedihlah karena anda tak mau bangkit kembali.


Jangan sedih karena perjalanan hidup anda pahit getir..
Tapi sedihlah karena anda tak pernah belajar dari pengalaman.


INGATLAH..

Kunci masalah selalu ada dalam diri, bukan di luar.


# Memetik kata-kata sahabat Pakar Cinta (Pakar Diari Hati)


Orang kata , semakin banyak kau beriman..
”Kau akn diuji terus bertubi-tubi..”


Orang kata , semakin banyak kau berbuat baik..
”Kau akn terus berdepan dengan masalah..”


Ini semua benar.. Menjadi org yg baik bukan senang..
Sebab itu.. ia terus ” Diuji supaya menjadi baik..”
” la yukallifullahu nafsan illa wus’aha!”

Thursday, June 21, 2012


Jangan Terlalu Sombong



"Jangan Terlalu Sombong" kebanyakkan kita hanya fokus sombong pada manusia,bagi yang bersifat ramah dan mesra semestinya dia tidak sombong pada rakan-rakan yang lain dan dia menyangkakan dia terlepas daripada ungkapan ini, tapi sedarkah kita kebanyakkan manusia pada hari ini banyak yang sombong pada Allah Ta'ala, salah satunya kita sengaja lupakan diri untuk belajar ilmu agama yang wajib bagi semua umat islam, rasa-rasanya kita layak tak masuk syurga Allah Ta'ala.
Jangan kerana pangkat, rupa dan harta yang kita punya saat ini menjadikan kita insan yang leka tentang tujuan hidup yang sebenar. Teruskan istiqamah dalam segala hal. InsyaAllah, DIA sayang dan kasih pada hamba-hamba-Nya yang tidak meninggi diri, apatah lagi yg tidak takbur. Kerana hidup di dunia hanya sementara. Mulalah merancang untuk hidup di 'sana' pula dengan terus mengingati mati...

Monday, June 18, 2012

perkahwinan jarak jauh (PJJ)


assalamualaikum..

   Hari ni nak sembang pasal PJJ..bukan pengajian jarak jauh yerrrr tapi PERKAHWINAN JARAK JAUH   ....huhuhuhu aku baru lg berkecimpung dlm alam ni....dr awal perkenalan hingga lahhhhh ker bertunang (jap jer pun kenalnyer :p   ) mmg jarang berjumpa seingat aku kami ni ada lah date 6 kali kot sebelum di ijabkabulkan.....hehehehehe ..dulu leh la berenggang lelama kan..lani rasanya lain sket ...tak leh nak berenggang jap jap my hubby akan 3g..jap jap akan sms..jap jap kol :) rinduuu sungguh lah dia kan hehehehe ..ceh!! buat mcm aku tak rindu aku ni dok kat umah ni jap jap tgk gmbr nikah kami jap jap tgk gmbr jap jap gambr tgk aku hihihihi dah mmg truk dah angau nyer,,,then my abah tanye my mama :)  "bila yana nak p kat wan?"
 "tak taw lah kat depa tapi bulan ni tak kot bulan depan asanya"
"takpa bulan depan kita p sekali lah abang risaw dia naik bas sendri ..la mcm mcm dgr ..lgpun leh kita p melawat menantu kat sana :)  "
  (ok di sini ada beberapa keratan ayat di skemakan oleh aku hihihihi)

  so aku dgn happy nya bg taw my hubby..si dia lg happy lah kan...dalam masa sama sedih campur rindu semua bercampur...sedih bila kekawan kata mcm ni
"kesiaannnn dah kawen pastu dok jejauhhh tak leh lah rasa hidup berkahwin ni mcm ner kann? "
"kalau dah tahu jejauh asal nak kawin dulu?tgu lah dia mai sini bari kawin"
n bla bla bla
ni semua komen yg boleh buat kan aku nak bom depa 50X berturut turut tp aku ignore jerrrrr
n mai lovely bff sentiasa bg semangat kat aku achik nana
"sabar yunk..jap jer terpisahnyer tu,nanti kasih sayang korang lg lama n lg  berbunger bunger...jgn isau allah takkan pisahkan pasangan suami isteri lelama..satu hari korang akan bersama juga aku sentiasa doakan korang..:)  "
aku sayanggg bangat sama dia nanti nak pujuk my hubby pergi ke selangor masa dia dah bersalin aku nk tgk baby dia n leh dating ngan bff aku ..hope my hubby baca yg ni hihihihihi :)

   Bg aku PJJ ni meng   uji banyak kesabaran setiap pasangan yang menghadapinya...kadang setan tu byk nk hasut bg gaduh la apa lah tp kita kena kuat menghadapinya n try to think positif,walau aku selalu pk negativ my hubby lah yg cuba positifkan aku bali...(thats y i soooo falll in love with him :)   ) aku hanya mampu berdoa setiap hari semoga di percepatkan pertukaran hubby aku ke sisi ku dan keluarga..aku nak jalankan tanggungjawap aku n nk jaga kebajikan hubby ku ....dok jejauh ni bukan boleh asyik makan kedai jerrr pastu asyik nak minum air sedapp jer (ayat hubby ku) kang tak sihat pulak heheheh banyak lak aku merepek hari ni ntah ke apa apa jerrr ..(winduuu niiiii :(   )  so kepada en bukit aman cecepat lah luluskan pertukaran en hubby kiterr k (mcmlah boleh tahu kan )    ..... :(

Thursday, June 14, 2012

im officially mrs ridzuan


 Assalamualaikum,

 huhuhu dulu en tunang la tak bole panggey dah :p en hubby tego..p la update blog tu boring lahhh asyik sama jaaa dah la kita dok jauh (kena dgn gambar tu :(  ) so cek kena kerap update la skrg ni sbb ada yg memerhati :p...dah dah dok merepek sket sket ....


  tanggal 25 mei aku sah bergelar isteri kepada ridzuan sanih dengan hanya sekali lafaz dgn TENANG....pasepa aku bg font besaq sebabbb aku pun tak perasan punya lah cepat n muka my hubby tu mmg lah rilekssss sesangat lah sangat.....perasaan aku plakkk :p  toksah kata lah sampai abg phothographer tu kata "yana jangalah buat muka ketatt  sgt senyum pun nampak fake gila " hohohohoho ...gabra gila kot time tuuuu hanya allah jer yang tahuu ...sampai tak senang duduk dia pusing sana dia pusing sini...sebelah aku mama aku dia tak lepas pegang tgn aku n sebelah lg pula my BFF time tu pening asa nak pengsan semua dok ada lahhh yg paling tak tahan masa sesi pesanan yg di baca oleh hubby n my abah...hubby aku baca aku boleh control lg perasaan..tapi bila abah aku baca...tetibe dalam dok baca tu abah aku terhenti mmbaca sebab dok tahan sebak time tu gak lah air mata aku menitis..berat sungguh abah ku mahu melepaskan tanggungjawapnya kepada hubby ku...dalam erti kata lain dia amat menyayangi aku...mama aku pula hehheh jgn tanya lah mmg dok mengalir air mata laju laju dahhh hahaha rosak ayat aku :p.... ni gmbr abah aku ms baca

ni plak aku masa dok dgr pesanan abah :'( nasib gambr bukan dr depan huhuhuhu

sedeyhhhh gila kot mama aku plak dia tk bg boh gambo die dlm fb dia kata tak cun hehehehehe sebb menagis sungguh :p....mmg perasaan masa akad nikah ni lain sgt sgt mmg sayuuu...sebb org amik kita dr jagaan mama n abah kita haaaa ni lg satu gmbr adik aku turut serta join d club :p


hurrrrrrmmmmmmmm aku nak taip apa lg erk nanti aku taip la bz plak nak urus keje yg tertangguh masa cuti kawin ritu..mmg byk aku nak post lepas ni sebb byk cerita hehehehehe anyway buat sesiapa yg hadir n mendoakan kami tq semua ....hanya dgn izin allah semua ini terjadi..n to my hubby..i always love youuuu sooo much walau dok jauh tp d hati sentiasa dekat n dun worry 3g kan ado :) cant wait to celebrate 1st ramadhan with u my hubby muacccchhhhxxxxx <3

Wednesday, April 18, 2012

COUNTING DAYS

Assalamualaikum..

  tgk tajuk sendiri pun aku dah mai ketaq dah nak dekat masa dah dup dap dup dap dup dap huhuhhuhuhu adoiii nak jadi someone wife dah selalu bila my en tunang call aku mesti tanya camni "kita nak tawen dah..ker???" then dia nanti jawap "hurmmm kena tanya sayang ler....org sini mmg nak kawen dah pon huhuhuhu"......

     Sat jer masa berjalan dan dah mcm mcm aku lalui dan mcm mcm jenis org aku kenal dah .semua tu dugaan buat aku :)bila di cerita kan balik ada yang nak tergelak ada yg sakit hati ada yg tak masuk akal tapi biasa lah tu semua aku anggap  dugaan :)

    semua persiapan alhamdulilah berjalan dgn lancar my new boyfriend pun dah kuar n plate dia Penolong Kanan Nurliyana hahahahahahahha.....keta yg aku suka n dgn warna feveret aku....my en tunang dah start dok memikirkan dah nak ubah suai keta tu (hurmm dia mmg tak leh dok diam)...keta my en tunang pun dalam proses ubah suai jugak tapi semua di rahsiakan :( dia suh tgu dia balik nanti baru tgk huhuhuh boleh plak mcm tu......tapi apa pun dia buat bila kena sentuhan dia semua nya akan bertukar jd smart

   Kad jemputan semua dah siapkan mengikut design sendri :) nama pon semua dah tulis member member (tp kena check balik kot ada missout sesape) awal bulan mei aku start pos kad n my mama pun start memanggil dah for sure time tu aku lg nebesss ...tapi aku nak nebess apa sgt lah kan my en tunang patotnya nebes sebb dia yg akan jd tumpuan umum lg masa akad nikah....tp aku tgk dia cool jer (mcm lah bole tgk sgt kan hahahhaha)..hopefully segalanya berjalan dgn lancar dan segalanya di lakukan dan d rancang menjadi...n one more thigs..i always love my en tunang forever n ever n ever......

Monday, April 2, 2012

persiapan persiapan

asslamualaikum

  Hurmmmmm baru baru ni aku g my cousin engagement so happening okay :)...so lepas semua ja selesai duduk lah semua sedara semua borak borak mula lah soalan cepu emas semua di tuju pada aku
"yana lg sebulan lebih jer ni,mcm mana persiapan semua dah ok ker berapa percent dah siap??"
arrggghh  aku cukup tensen bila org tanya berapa % siap la main % % plak dahhhhhh......aku nak kata apa aku kata lah haaa boleh leeeeerrrrr sket sket awaiii lg...bila aku sebut awai lg haaaaa thudia semua berebut p amik kalendar n mai tlg kira hari kat aku..amboi amboiii saja dok buat ketaq..aku dok tgh sedaya upaya nak lupa depa peringat bg aku kalut balik...n soalan mama aku tanya "yana bila wan nak pos surat?"
haaaa yg ni yg penting so aku pun phone lah my en tunang
"salam b ..hurmm mama tanya bila surat nak siap ni ?"
"wasalam..adoiii b pun dok kol bukit aman tak dapat pape berita ni?"
"hurmmm habih mcm mana..?? abah nak kena bg kat wakil qariah sini dah ni :("
"sabar jap k sayang nanti b try tnya lg sekali b pun ada byk benda nak urus bla bla bla (siaran di tapis yer hahahaha) "

so la ni aku dok serabut yg tu jer..yg lain tak pa aku uruskan dah..hantaran semua biat sendri kira senang dah la..la dok pk nak buat mini pelamin untuk malam berinai di umah...hurmmm idea idea idea...yg lain semua di dewan :)...so mula lah dok survey survey kat pakcik google ni....pastu mula order order huhuhhu dlm masa sama dok happy tgu my new car (new baby)..hopefully will get this month :)

Thursday, March 22, 2012

siap suda

assalamualaikum

  akhirnya aku berjaya n ok lah bg pandangan aku kan (hehehe tak taw lah org lain plak kan) siap juga bunga kertas tisu yg aku try buat...tapi baru try dua jenis..ada byk lg jenis aku nak try buat lg tap pelan pelan na hehehehe skt jari dok kena gam panas..so layanzz pic yang ada ni ya

                                                    CUBAAN PERTAMA ,YELLOW ROSES

                                                 


                                              COBAAN KE DUA POM POM FLOWER (ADAKER :P )


                                              COBAAN KE TIGA PINK ROSES :) 


                                                  FINALLY ....TARAAAAAAAA JADI TAK JADI TAK ????



So dah siap semua ni masa nak bawa balik tu naik punch card ramai lah menegornyer ada yg mintak sebab geram tgk..aku pun dgn murah hati bg lah...hehehehe suka bila org apreciate apa benda kita buat sebab lepas aku bg jer kat sorang pembantu am ni dia amik trus letak dalam vase comel dia hihihiihi suka suka...balik umah my mama kata"haaaaaaa buat mcm ni byk byk leh bubuh atas pelamin yg kita nak buat tu sebb bunga ni ringan tak lah berat sgt nak gantung kan?"   haaaa good idea gak kan sat nak kena imagine dulu mcm mana baru leh buat :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...