Tuesday, April 12, 2011

Membongkar Mesteri Dajjal


Kira-kira 3500 tahun yang lalu, di kawasan desa yang terpencil bernama Samirah di negara Palestin (yang sudah hampir tidak wujud, yang wujud sekarang ialah negara Zionis), lahirlah seorang bayi manusia yang ditakdirkan oleh Allah SWT akan membawa bencana atau fitnah kepada seluruh manusia samada muslim atau bukan muslim, fitnah atau bencana yang dibawanya itu adalah suatu bencana atau fitnah yang "maha dahsyat". Suatu fitnah atau bencana yang belum terjadi di sepanjang zaman manusia sejak dari zaman Nabi Adam a.s sehinggalah terbitnya matahari di ufuk barat.

Tidak seorang pun para Nabi yang tidak memberi amaran akan kelahiran bayi manusia ini, mereka para Anbia yang seramai 124,000 orang itu dengan serius memberi amaran akan fitnah atau bencana yg akan menimpa manusia itu. Bahkan termasuklah Nabi Nuh a.s, seperti maksud dari sebuah hadis rasulallah s.a.w :

"Sungguh aku benar - benar akan memperingatkan kamu akan bahayanya (Dajjal) tidak ada suatu nabi pun kecuali ia memperingatkan kaumnya (akan fitnahnya) dan NUH juga telah memperingatkan kaumnya, akan tetapi aku akan mengatakan kepada kamu suatu perkataan yg belum pernah dikatakan oleh nabi-nabi sebelum aku terhadap kaum mereka, sesungguhnya dia bermata sebelah dan Allah bukanlah bermata sebelah (bermata satu ) "

Hadith Rasulullah SAW yang lain yang mengambarkan tentang fitnah Dajjal bermaksud,

"Semenjak Adam diciptakan sampai berdirinya kiamat, tidak ada hal (fitnah) yang lebih besar dari Dajjal "

Diriwayatkan oleh Muslim di dalam sahihnya
Dajjal lahir 100 tahun lebih awal daripada Nabi Musa a.s. Dajjal adalah dikalangan manusia atau makhluk Allah yang dipanjangkan umurnya, ia termasuk dikalangan Al MUNTAZIRIN . Selain Dajjal, Nabi Isa a.s , Iblis, Nabi Khidir a.s , Imam Mahdi r.a juga termasuk dikalangan Al MUNTAZIRIN .
Seperti maksud firman Allah SWT

"Ia berkata ; Tangguhkan ajalku sampai hari ketika mereka dibangkitkan "Tuhan manjawab ; "Sesungguhnya kamu termasuk yang ditangguhlkan (ajalnya)"

Surah A'raf ayat ke 14

* Dailog yang terdapat di dalam ayat di atas adalah di antara Iblis dengan Allah SWT setelah dihalau keluar daripada Hadrat Allah SWT
* Iblis berjanji akan memesongkan manusia dan jin yang beriman sehingga menjadi pengikutnya lalu diizinkan oleh Allah SWT
* Hasutan itu kebal kepada orang yang beriman yang ikhlas dikalangan hamba Allah SWT
* Al Muntazirin adalah bermaksud jamak atau banyak tidak bermaksud mufrad atau satu, oleh itu selain daripada Iblis ada lagi makhluk Allah yang diberi tangguh akan ajalnya ke suatu masa yang telah ditetapkan. wallah a'lam...


Menurut kajian oleh beberapa pengkaji Yahudi dan Dajjal The AntiChrist, ada yang berpendapat bahawa Dajjal berasal daripada keturunan Yahudi Ashkenazi. Ia juga dikatakan mempunyai kaitan dengan penguasaan dunia kini oleh Yahudi dari suku Ashkenazi. Antara tokoh-tokoh terkemuka dunia yang berasal dari suku Ashkenazi ialah Baron Rothschild, John D. Rockefeller, Karl Marx, Albert Einstein, Henry Kensigger dan Adolf Hitler.

Dajjal Keturunan Suku Yahudi Ashkenazi?

Ibu-bapa Dajjal adalah daripada keturunan Bangsa Yahudi. Ada yang berpendapat Dajjal adalah dari suku Ashkenazi. Teori Dajjal dari keturunan Ashkenazi ini disokong oleh fakta realiti masa kini, yang mana suku bangsa Yahudi yang menguasai dunia pada hari ini berasal dari suku ini di antaranya ialah Albert Eistein, Karl Marx, Henry Kensigger, keluarga Rothschild, keluarga Rockefeller dan Adolf Hitler.
Hipotesis

“Dajjal Adalah Dari Suku Ashkenazi”

Di atas adalah pernyataan teori saya tentang asal usul Dajjal. Hipotesis ini dilakukan secara ringkas sahaja melalui maklumat-maklumat dari buku, jurnal dan internet. Di bawah ini saya ingin menjelaskan mengapa saya beranggapan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi.

Apa itu Ashkenazi?

Ashkenazi ialah nama suku (tribe) dari salah satu cabang dari bangsa Yahudi. Manakala Yahudi itu pula ialah berasal dari suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri Nabi Ibrahim a.s. Semua anak keturunan dari perut Siti Sarah adalah digelar Bani Israel.

Bani Israel ialah gelaran kepada Nabi Yaakob a.s. yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud, Nabi Sulaiman sehinggalah Nabi Musa dan Nabi Isa adalah berketurunan Yahudi yang digelar Bani Israel.

Populasi Suku Ashkenazi?

Populasi terbanyak adalah di Amerika Syarikat dimana dianggarkan seramai 5-6 juta orang menetap di sana. Diikuti pula oleh negara Israel, dianggarkan seramai 3-4 juta orang menetap di Israel.

Adakah Dajjal berketurunan Yahudi?

Tiada hadith khusus menyebut Dajjal dari keturunan Yahudi. Saya berpegang kepada atas 2 fakta sahih di bawah:

1 – Berdasarkan riwayat Ahmad dan Muslim dari Anas.

“Dajjal akan diikuti oleh 70,000 orang Yahudi Isfahan yang memakai toga.”

Orang-orang Yahudi mempunyai sifat semulajadi iaitu hanya mempercayai orang sebangsa dengan mereka. Ini disebabkan semenjak zaman Nabi Ibrahim lagi umat Yahudi berpegang bahawa mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah.

Yahudi Isfahan (Isfahan ialah sebuah kota di Iran dimana terletaknya loji nuklear Republik tersebut) mengikut arahan Dajjal kerana mereka tahu pemimpin mereka adalah berbangsa Yahudi seperti mereka

2 – Berdasarkan realiti dunia hari ini yang dikuasai golongan Yahudi.

Saya telah menerangkan dalam artikel-artikel sebelum ini betapa Yahudi sejak 300 tahun dahulu telah pun menguasai dunia dari pelbagai aspek seperti:

* Politik Antarabangsa
* Ekonomi Dunia
* Hiburan dan Perfileman


Di atas dua fakta di atas saya amat berkeyainan Dajjal berketurunan Yahudi. Cuma dalam artikel ini saya ingin mengkhusus akan suku-suku Yahudi itu.

3– Berdasarkan pendapat Janet Moser
Janet Moser seorang pengkaji konspirasi Yahudi berpendapat bahawa Dajjal (AntiChrist) adalah dari bangsa Yahudi.

Dalam artikelnya yang bertajuk “THE EARLY JEWISH & CHRISTIAN VIEW OF THE IDENTITY OF THE ANTICHRIST”, Moser mengambil fakta dari kitab Injil dalam bab 11 (Daniel) ayat ke-37, yang berbunyi:

“Neither shall he regard the God of his fathers . . .nor regard any god: for he shall magnify himself above all.”

Sama ada ayat-ayat dari Injil benar atau tidak bukanlah tugas kita, ia adalah tugas cendekiawan-cendekiawan Islam untuk memperbetulkannya, misalnya Syeikh Ahmed Deedat, Syeikh Dr. Zakir Nair dan Muhammad Isa Dawud. Namun apa yang hendak ditegaskan di sini ialah umat Kristian sendiri mempercayai bahawa Dajjal itu adalah berketurunan Yahudi.

Permasalahan Suku Bangsa Asal Dajjal

Cuma yang boleh kita perhalusi ialah dari suku manakah Dajjal itu berasal kerana Yahudi mempunyai pelbagai cabang suku antaranya ialah:

* Mizrahi
* Khazar
* Sephardi
* Askhenazi
* Samaritan

Tetapi dalam suku-suku di atas saya berkeyakinan (InsyaAllah) Dajjal itu adalah dari suku Ashkenazi di atas beberapa fakta.

Fakta 1 : Tokoh-Tokoh Suku Ashkenazi

Ada beberapa sebab tertentu mengapa saya cenderong untuk mengatakan Dajjal berasal dari suku Ashkenazi. Fakta-fakta tersebut ialah…

* Kebanyakan tokoh-tokoh perang dunia berasal dari suku Ashkenazi.
* Tokoh-tokoh sains Eropah adalah dari bangsa Yahudi
* Tokoh-tokoh ekonomi dunia sekarang adalah berasal dari Yahudi suku Ashkenazi
* Kesemua tokoh berpengaruh dunia adalah berbangsa Yahudi Ashkenazi


Beberapa Latar Belakang Tokoh Ashkenazi yang perlu diketahui, (gambar : dari kiri : Baron Rothschild, John D. Rockefeller, Karl Marx dan Albert Einstein.

1.
Albert Eistein, merupakan Yahudi suku Ashkenazi, beliau adalah saintis terulung yang diagung-agungkan oleh Barat sehingga wataknya dimasukkan dalam program Microsoft Office bahagian ‘Office Assistant”. Padanlah begitu, Bill Gates juga berbangsa Yahudi.
2.
Karl Marx, juga berbangsa Yahudi suku Ashkenazi. Beliau menulis beberapa buku dan juga pengasas fahaman Nazi yang selepas itu didokong oleh Adolf Hitler (juga seorang Yahudi, sebelah ibunya).
3.
Henry Kensigger, bekas setiausaha kerajaan Amerika Syarikat juga dari suku Ashkenazi. Sekarang ini menjadi salah seorang pemimpin kumpulan sulit bernama The Bilderberg Group.
4.
Keluarga Rothschild. Merupakan keluarga yang terkaya di dunia dan 50% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya. Keluarga Rothschild adalah penyebab bagi segala peperangan dunia dari 1800-an ahingga sekarang.
5.
Keluarga Rockefeller, juga penguasa ekonomi dunia, dikatakan 40% kekayaan dunia sekarang adalah miliknya termasuk semua mesin-mesin carigali minyak dismua negara Arab. Rockefeller adalah pengasas kepada Trilateral Commission malah mempunyai universiti sendiri. Sesetengah pengkaji konspirasi meramalkan dia adalah orang yang boleh berhubung terus dengan AntiChrist (Dajjal)


Di atas hanya beberapa tokoh sahaja dari suku Yahudi Ashkenazi. Yahudi dari suku lain juga mungkin menguasai pelbagai dimensi sosial dunia. Cuma Dajjal berkemungkinan lebih cenderung untuk menaikkan saudara mara sukunya pada peringkat teratas.

“Yakni Dajjal mahukan tokoh-tokoh dari sukunya iaitu Ashkenazi menjadi pemimpin bagi semua tokoh-tokoh dari suku Yahudi yang lainnya”

Fakta 2 : Misteri Angka 13

Terdapat fakta lain yang lebih menyakinakn saya tentang suku Ashkenazi ini. Fakta itu ialah tentang malapetaka penyakit yang ditimpakan Allah ke atas suku ini.

Angka tiga belas (13) amat menarik untuk dikaji dan dijadikan hujah kukuh. Allah telah menimpakan 13 jenis penyakit “wajib” atas suku ini. Maksud perkataan wajib itu ialah setiap 25 hingga 40 orang dari suku Ashkenazi akan terkena salah satu penyakit genetik ini. Sumber adalah berdasarkan statistik dari Jewish Genetics Centre.

Sesungguhnya penyakit genetik Ashekanazi ini mempunyai 13 jenis:
1. Bloom’s Syndrome
2. Canavan Disease
3. Cystic Fibrosis
4. Factor XI Deficiency
5. Familial Dysautonomia (Riley-Day syndrome)
6. Fanconi Anemia
7. Gaucher Disease
8. Mucolipidosis IV
9. Niemann-Pick Disease
10. Non-Classical Adrenal Hyperplasia
11. Nonsyndromic Hearing Loss
12. Tay-Sachs Disease
13. Torsion Dystonia
(Sumber : www.jewishgeneticscentre.org)

Penyakit ini sebanyak 90% melanda masyarakat Yahudi Ashkenazi di Israel. Kadang kala ia dihidapi juga oleh orang-orang Yahudi di Amerika dan Eropah. Namun ia tetap menyerang golongan Yahudi suku Ashkenazi walau di mana mereka berada.

Dan saya percaya ibu bapa Dajjal mengidap salah satu penyakit di atas dan saya juga percaya Dajjal salah satu penyakit di atas.

Fritz Springmeier (pengkaji konspirasi Yahudi) menyatakan Dajjal berasal dari salah satu 13 keturunan pilihan. 13 keturunan itu ialah:

1. Keluarga Astor
2. Keluarga Bundy
3. Keluarga Collins
4. Keluarga DuPont
5. Keluarga Freeman
6. Keluarga Kennedy
7. Keluarga Lee
8. Keluarga Onassis
9. Keluarga Reynolds
10. Keluarga Rockefeller
11. Keluarga Rothschild
12. Keluarga Russell
13. Keluarga Van Duyn

Fakta 4 : Ujian Kecerdasan IQ

Walaupun suku Ashkenazi dimudharatkan dengan 13 jenis penyakit mutasi, namun Allah berkehendak ke atas mereka untuk menjadi suku bangsa paling bijak dari suku-suku lain.

Muhamad Isa Dawud pula sering menggunakan perkataan-perkataan ini untuk membahaskan tentang Dajjal, iaitu

“anak genius itu….” atau “….yang genius itu”

Pada mulanya saya hanya beranggapan Muhammad Isa Dawud sengaja menggunakan perkataan “genius” untuk membezakan Dajjal dan manusia biasa. Tetapi gelaran yang diberikan Muhammad Isa Dawud memang benar.

Menurut Danial A. Segal, seorang pakar antropologi, kajian ke atas tahap IQ bangsa Yahudi Ashkenazi mendapati mereka mengatasi suku-suku bangsa lain di dunia. Mereka mencatat 7 – 12 mata dan ke atas bagi setiap kajian.

Berikut adalah Ujian IQ ke atas sampel Yahudi Ashkenazi berdasarkan dari 6 sumber.
Source

Sample sizes. Number of Ashkenazi Jews tested.

Average IQ Ashkenazi Jews in USA and/or UK
Backman 1972
1236

107.8 verbal IQ
Backman in present study
150

107.5 crystallized IQ
Lynn
Estimated

103.5 Ashkenazi Jews in Israel
Storfer
Suggested IQ

112
Bachman 1970
Lesser than 100

112.8
Herrnstein/Murray 1994
59

112.6
Atau lihat buku-buku berikut:

Daniel A. Segal ‘The European’: Allegories of Racial Purity, Anthropology Today, Vol. 7, No. 5 (1991), muka surat. 7-9

Barnett, Susan M. and Williams, Wendy (2004). “National Intelligence and the Emperor’s New Clothes”. Contemporary Psychology: APA Review of Books 49 (4): muka surat 389-396.

Kaitan Ashkenazi dan Dajjal : persoalan-persoalan yang timbul

* Sekiranya Dajjal bukan perancang bagi segala kemusnahan dunia mengapa semua kekayaan dunia dan pemerintahan dimiliki oleh golongan elit Yahudi Ashkenazi?
* Mengapa suku Ashkenazi amat berpengaruh dan sedang meluaskan pengaruhnya dari tahun 1800 hingga sekarang?
* Mengapa Dajjal memilih suku ini dari suku-suku lain untuk memimpin kumpulan-kumpulan sulit Yahudi seperti Bilderberg, Skull and Bones, Illuminati, Trilateral Commission, Freemason dan Council on Foreign Relationship?
* Mengapa hanya keturunan keluarga Rothschild dan Rockefeller sahaja yang dipilih untuk menguasai ekonomi dunia sejak 300 tahun dahulu?
* Mengapa konspirator-konspirator Yahudi dari suku lain (misalnya Mizrahi dan Sephardi) tidak membantah penguasaan Rothschild dan Rockefeller?
* Adakah mereka semua telah ketahui bahawa Rothschild dan Rockefeleer adalah keluarga terpilih oleh Raja mereka?
* Ataupun adakah suku-suku Yahudi lain telah pun mengetahui bahawa Dajjal berasal dari suku ini?


Oleh kerana persoalan-persoalan inilah yang membuatkan penulis amat yakin suku Ashkenazi adalah suku asal Dajjal. Dan Dajjal sudah tentu mempunyai sebab-sebab tertentu untuk memilih sukunya sendiri.

Kesimpulan

Umum mengetahui bahawa dunia hari ini dikuasai oleh bangsa Yahudi dari segala aspek bermula dari politik hinggalah ke dunia hiburan serta pendidikan.

Tetapi masyarakat dunia (khususnya umat Islam), tidak mengetahui bahawa kebanyakan Yahudi yang menguasai dunia hari ini adalah dari suku Ashkenazi. Dan ramai juga yang tidak tahu, mengapa?


Dajjal Adalah Manusia
Perkataan Dajjal sudah termaktub dalam minda setiap muslim bahawa ia berkaitan dengan kejahatan dan manusia akhir zaman. Bahkan bila seseorang itu marah, lantas ia bisa menyebut terus perkataan “Dajjal” itu. Dan kejahatan Dajjal ini tidak disukai juga oleh orang yang engkar arahan Allah.
Cuba anda panggil seorang yang tidak pernah sembahyang dengan gelaran Dajjal, pasti orang termasuk akan marah. Yakni, umat Islam yang kufur juga menganggap Dajjal adalah seteruk-teruk manusia.
Persoalannya, siapa Dajjal itu? di mana ia tinggal? atau wujudkah dia?. Saya akan menjawab soalan ketiga iaitu, dia adalah makhluk yang memang wujud, serta kewujudan adalah sebagai makhluk yang bernama manusia bukannya gelaran bagi sesuatu kelompok manusia atau pertubuhan atau fahaman. Ya, ianya memang seorang manusia.
Apa buktinya? Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia, ada dua perkara yang perlu kita baca, kaji dan fahami. Saya ulang sekali lagi, BACA, KAJI dan FAHAMI. Pertama sekali kita perlu baca hadith-hadith yang berkaitan. Setiap hadith membolehkan kita membuat dua tanggapan tentang Dajjal, iaitu tanggapan Dajjal itu sebagai manusia dan kedua tanggapan Dajjal itu sebagai sebuah fahaman atau sikap. Dan ini adalah perkara biasa, sememangnya hadith itu mengandungi makna tersirat yang perlu dibahas oleh umat Islam.

Menganggap Dajjal adalah Sebuah Konsep, Pertubuhan atau Pemikiran Adalah Salah
Bagi sebahagian orang Muslim, mereka beranggapan perkataan Dajjal yang selalu Rasulullah sebutkan adalah merujuk kepada sebuah sistem, gaya pemikiran, ideologi, konsep pemerintahan, jenis pertubuhan dan sebagainya. Anggapan seperti ini adalah salah sama sekali. Kita ambil contoh sebuah hipotesis, Dajjal adalah sebuah sistem pemerintahan. Saya tidak bersetuju sama sekali tetapi jika dikatakan Dajjal mencipta sebuah sistem pemerintahan, saya bersetuju.
Dan saya juga bersetuju Dajjal tidak menggunakan nama Dajjal untuk hidup di tengah-tengah manusia, kerana dia sendiri tahu nama Dajjal itu sudah popular dikalangan umat Islam. Dajjal sudah pasti, dan memang PASTI akan menggunakan nama lain untuk mengkaburi mata masyarakat dunia.
Jika Dajjal muncul dengan menggunakan nama asalnya iaitu DAJJAL, tidak perlulah Rasululllah bersabda panjang lebar dalam pelbagai hadith, cukup sekadar satu hadith saja. Rasulullah bersabda tentang Dajjal dengan banyaknya disamping memberikan ciri-ciri fizikal sekali kerana Dajjal itu sukar dikenali. Maka gunanya hadith-hadith yang banyak itu ialah untuk mengenal ia dengan tepat.

Hipotesis 1 : Dajjal sebagai konsep atau sistem
Jika benar Dajjal bukan seorang manusia, dan dia adalah simbolik kepada suatu konsep atau sistem, cuba kita baca hadith di bawah. Saya percaya, orang yang menganggap Dajjal sebagai suatu konsep tidak mampu mentafsir hadith ini. Dan tiada nabi, sahabat, ulama atau imam mengatakan Dajjal itu sebuah sistem.

Hadith Panjang Yang Membatalkan Hujah Hipotesis 1

(Di sini saya hanya ambil sebahagian potongan hadith panjang itu) . Perkataan yang diwarnakan BIRU adalah hadith, manakala perkataan berwarna MERAH adalah dialog yang ditutur oleh Dajjal dalam hadith Rasulullah.
Fatimah r.a berkata, “…..maka aku pergi ke masjid dan menunaikan solat bersama Rasulullah sallallahu ‘alaihi wassalam pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu. Setelah menyelesaikan solatnya, Rasulullah SAW duduk di mimbar. Sambil tersenyum baginda bersabda; “Hendaklah setiap orang tinggal di tempat solatnya. Selanjutnya beliau bersabda, “Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu?”
Mereka menjawab, “Hanya Allah dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui.”
Baginda bersabda, “Sesungguhnya aku tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan atau ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu semua oleh sebab Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang berbai’at untuk masuk Islam. Ia menceritakan kepada ku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Ia menceritakan kepada bahawa ia mengendarani sebuah kapal bersama tiga puluh orang dari Lakham dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan di laut. Lantas mereka berlabuh di suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka duduk-duduk di pantai dekat perahu.”
“Lalu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya, yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakang. Mereka berkata;
“Celaka kamu, apakah kamu ini?”
Binatang itu menjawab; “Aku adalah mata-mata.”
Mereka bertanya, “Mata-mata apa?”
kemudian ia menjawab, “Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kerana ia merindukan berita dari kamu.”
Tamim ad-Dari berkata, “Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin ia adalah syaitan perempuan.”
Selanjutnya ia berkata, “Lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi hingga ke dua mata kakinya. Kami katakan,…”
“Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini?”
Ia menjawab, “Kamu semua telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini?”
(saya ringkaskan hadith ini)
“…..maka kami pun bersegera menjumpai mu. Kami takut pada binatang itu, dan kam tidak tenang, jangan-jangan ia adalah syaitan betina.”
Orang itu (Dajjal) berkata, “Beritahukan kepada ku tentang kurma Baisan?”
“Tentang apakah yang ingin engkau tanyakan?”
“Aku bertanya kepada kamu, apakah kurma itu hampir tidak akan berbuah?”
“Ya…”
Lalu ia berkata lagi, “Beritahukan kepadaku tentang Tasik Tabriyah.”
“Tentang apakah yang hendak engkau tanyakan?”,
“Apakah tasik itu masih berair?”

(Saya berhentikan hadith ini di sini sahaja untuk penelitian)
Nah, bagi mereka-mereka yang beranggapan Dajjal adalah seperti Hipotesis 1, sila tafsirkan hadith ini dengan kaedah “mengandaikan” Dajjal sebagai suatu sistem. Bolehkah anda tafsirkan ia? Mana mungkin anda boleh. Jika benar Dajjal itu tidak wujud dan bukan manusia, habis! dengan siapa Tamim ad-Dari bercakap? Adakah Tamim ad-Dari bercakap dengan sebuah SISTEM? Mungkin orang yang berpegang dengan Hipotesis 1 akan berkata begini?
“Tamim ad-Dari pergi ke suatu kawasan dan hidup di kawasan itu dengan pemerintahnya menjalankan sistem diktator….bla…bla.. kemudian Tamim ad-Dari kembali ke Madinah dan menceritakan peristiwa hidupnya di kawasan ‘itu’ dengan menggunakan gaya bahasa KIASAN kerana orang zaman dahulu suka bersyair dan bermadah.”
Jika ini jawapan dari kelompok pendokong Hipotesis 1, ini bermakna Rasulullah juga berbahasa kiasan dalam menceritakan hal ehwal Dajjal. Jika Rasulullah bersabda secara kiasan tentang Dajjal, mengapa hadith lain tentang Iblis tidak dianggap kiasan? Mengapa kita percaya Iblis itu ada walaupun kita tidak nampak? sedangkan Dajjal pula kita tidak percaya ia wujud?
Adalah kekuasaan Allah untuk melakukan sesuatu perkara yang di luar jangkaan manusia. Sekiranya ada makhluk berumur panjang seperti jin dan syaitan boleh dicipta adalah tidak mustahil Dajjal juga mampu dicipta Allah.

Hipotesis 2 : Dajjal Adalah Manusia Berumur Panjang?
Hujahnya adalah mudah. Semua hadith menceritakan Dajjal sebagai seorang manusia. Cuma apa yang tidak digambarkan ialah Dajjal sebagai bapa konspirasi (konspirasi atau fitnah Dajjal tidak disabdakan dengan teliti oleh Rasulullah dengan tujuan untuk kita berfikir tentangnya). Untuk membuktikan Dajjal adalah manusia dan memang wujud hidup sehingga sekarang. Ianya boleh dibuktikan dengan 2 perkara.

Pertama : Hadith-hadith Rasulullah
Kedua : Sejarah dunia.
Bukti melalui hadith tidak perlu saya huraikan panjang lebar kerana anda boleh baca sendiri di kebanyakan blog-blog di internet tentang Dajjal.

Abu Hurayrah meriwayatkan bahwa Nabi saw. bersabda: "Hari Kiamat tidak akan datang hingga 30 Dajjal (pendusta) muncul, mereka semua berdusta tentang Allah dan Rasul-Nya. "

Rasanya ramai yang mengenali Sai Baba yang kononnya dikatakan sebagai jelmaan Dajjal. Beberapa pembaca dan pengembara tanpa segan silu telah membenarkan kata masing-masing tanpa merujuk dahulu hadith-hadith sahih dan situasi masa kini. Oleh itu, tidak hairanlah bahawa Sai Baba yang terdapat hanya 30 peratus ciri-ciri fizikal Dajjal telah dianggap sebagai Dajjal.

Siapakah Sai Baba?
Sebelum melangkah lebih jauh, kita lihat dahulu siapakah sebenarnya Sai Baba. Nama sebenar beliau ialah Sathyanarayana Raju telah dilahirkan pada 23 November 1927. Sai Baba berasal dari Selatan India, sebuah kampung yang bernama Puttaparthi yang terletak dalam daerah Anantapur. Semenjak kecil lagi beliau dilihat sebagai budak yang keramat dan amat alim dalam agamanya.
Keajaiban Sai Baba dikatakan bermula sebelum ibunya mengandungkannya. Menurut cerita, sebelum mengandungkannya ibunya telah bermimpi melihat tuhan Hindu yang bernama Sathyanarayana. Easwarrama memberitahu suaminya telah dia telah mengandung selepas bermimpi melihat tuhan. Dia (ibu Sai Baba) juga mendakwa semasa mimpikan Tuhannya, dia telah melihat suatu cahaya biru datang ke arahnya dan bersatu dengan badannya. Maka disebabkan itu, dia menyimpulkan bahawa itu adalah roh pemberian tuhan Hindu ke dalam kandungannya. Selepas kelahirannya juga, orang-orang kampug mendakwa telah melihat beberapa ekor ular tedung (binatang suci orang Hindu) berkeliaran di luar rumah Sai Baba.
Ciri-Ciri Persamaan Sai Baba Dengan Dajjal

* Berambut kerinting
* Berbadan besar
* Berupaya menghidupkan yang mati.(Sai Baba tak berjaya menghidupkan semula adik bongsunya yang mati pada 18 Oktober 2003)

Ciri-Ciri Yang Tiada Pada Sai Baba Tetapi Ada Dalam Hadith

* Ibunya berbadan besar dan rendah manakala bapanya tinggi lampai dan hidung seperti paruh burung.
* Kulit mukanya putih kemerah-merahan.
* Berketurunan Yahudi
* Berasal dari suatu tempat antara Syam dan Iraq
* Hanya mata sebelah kiri yang dapat melihat, mata sebelah kanan buta dan agak terhapus termasuk wajah sebelah kanan.
* Memaksa orang awam mengakuinya sebagai tuhan sedangkan Sai Baba tidak menyatakan hal demekian cuma orang ramai yang beranggapan ia berkuasa sperti tuhan. Namun begitu, tiada orang Hindu yang anggap ia tuhan.

Penafian Bahawa Sai Baba adalah Dajjal
Penafian bahawa Sai Baba bukan Dajjal dapat dilihat pada ibu bapa dan keturunannya sendiri. Ibu bapa Sai Baba tidak kelihatan seperti dalam gambaran hadith malah bukan pula berketurunan Yahudi. Ibu bapa Dajjal yang sebenar telah pun mati sejak sebelum kelahiran Nabi Musa lagi. Selain itu, Sai Baba juga kelihatan semakin tua dan tidak bermaya walaupun ia mendakwa mempunyai kuasa seperti tuhan.
Masyarakat Hindu mungkin mempercayainya sebagai anak tuhan namun ada seorang ahli silap mata terkenal India iaitu Basava Premanand mendakwa Sai Baba menipu dalam ajarannya. Premanand juga memberitahu beliau telah lama mengkaji dan memerhati tindak tanduk Sai Baba sejak tahun 1968 lagi. Laporan berkenaan dakwaan Premanand ini telah dihuraikan panjang lebar dalam majalah “Indian Today” yang diterbitkan pada Disember tahun 2000.
Seperkara yang paling tidak menampakkan ciri-ciri Dajjal ialah Sai Baba tidak berdakwah kepada orang-orang Islam di India. Sedangkan itulah matlamat Dajjal dalam dakwahnya. Dajjal seluruh hidupnya menjadikan Islam sebagai satu target utama untuk dimusnahkan kerana dari kalangan masyarakat Islam akan timbul musuh Dajjal yang utama iaitu Nabi Isa dan Imam Mahdi.
Bukan itu sahaja yang menjadi penafian terhadap Sai Baba sebagai Dajjal ialah Sai Baba memuji pula agama-agama lain dalam laman web rasminya. Sai Baba bersikap bertolak ansur dan tidak memaksa dan tidak pula merendah-rendahkan agama lain. Adakah Dajjal akan bersikap demikian?

“Let the different faiths exist, let them flourish, and let the glory of God be sung in all the languages and in a variety of tunes. That should be the Ideal. Respect the differences between the faiths and recognize them as valid as long as they do not extinguish the flame of unity.”

(Sathiya Sai Baba)
Kesimpulan
Kesimpulannya, Sai Baba bukanlah Dajjal dan Dajjal bukanlah Sai Baba. Penulis langsung tidak bersetuju Dajjal adalah Sai Baba kerana Sai Baba tidak menunjukkan kehebatannya dalam menerbitkan matahari dari Barat. Sai Baba juga hidup lebih dari 70 tahun sedangkan hadith mengatakan Dajjal hanya hidup dikalangan masyarakat setelah ia keluar sekadar 40 hari sahaja. Namun begitu, penulis boleh menerima pendapat sekiranya ada yang mengatakan Sai Baba adlaah bahan ujian Dajjal.
Pendapat itu lebih logik dan penulis sendiri agak terdorong dengan pendapat itu. Dajjal masih melakukan kajian-kajian untuk mencari pilihan terbaik tempat, situasi dan imej untuk dia muncul di tengah-tengah masyarakat. Penulis percaya Sai Baba adalah suatu subjek kajian Dajjal untuk melihat sejauh mana penampilan orang India dalam mempengaruhi masyarakat dunia. Maka tidak hairanlah Sai Baba mempunyai pertubuhan seluruh dunia termasuk Russia dan Eropah. Hairannya di Malaysia tidak ada.
Nampaknya Dajjal tidak akan muncul dikalangan masyarakat India kerana Sai Baba kurang dikenali malah berimej selekeh yang tidak disenangi oleh kebanyakan orang-orang Eropah dan Amerika.

Friday, April 8, 2011

bisikan ku

Aku bukan putus asa dgn CINTA,cuma aku takut...bila terjadi apa pergaduhan aku akan mula takut dan mula mendiamkan diri..ya betul memang dalam kepala aku mcm mcm d fikirkan..tapi biarlah untuk diriku sahaja...sebab aku tak nak memulakan pergaduhan lg...biar aku diam n fikir dgn sendri...tak semua akan terima apa yang akan aku ckp kan tapi yg aku mampu hanya berdoa sampai aku rasa bebetul tiba saat nya,aku tak larat nak hadapi mcm mcm dugaan aku tak penah salah kan takdir Allah ke atas diriku selama ni...memang aku kerap kali terjatuh dan gagal memang aku tak boleh terima pada awalnya ..memang benar perumpaaan ini "pengalaman akan mengajar kita untuk tabah"..ya bila di fikirkan balik aku rasa ada betulnya...dan aku selalu motivate pada diri aku ..:"allah akan uji kita dengan pelbagai dugaan dan kekecewaan sebelum kita kecapi bahagia"...bila bahagia itu muncul kita secara tak lansung kita amat menghargainya...tujuan aku tulis ni bukan beerti aku gagal untuk percintaan kali ni..tidak sama sekali..aku hanya serah pada masa..takdir dan diri aku sendri...ya memang bila teringat ya saat bercinta semua akan senyum n pk indahnya....begitu juga aku tapi atas apa yg dah terjadi di samping aku suka n seronok terselit perasaan takut n tak boleh nak menerima kenyataan ....kadang aku terfikir mcm aku ni tak layak nak bercinta n dapat sesuatu kebahgian...sebab aku selalu fikir yang aku ni tak elok ..tak sempurna ...tak cantik..aku sentiasa rasa rendah diri pada diri aku...hurmm aku lebih selesa luah apa masalah aku ni dgn cara berdoa dan coretan...hari hari aku kini lg tenang lepas aku banyak rapatkan diri pada Allah
SWT...dan aku seperti dapat kekuatan untuk tidak mengalah...sebenarnya ketenangan yang kita cari itu ada tapi kita tak sedar...bila kita sujud pada yg esa meluahkan semuanya..tak lupakan Allah sentiasa letakkan D hati kita ke mana kita pergi ..pasti ketenangan tu ada...sebab hanya kita yg tahu diri kita mcm mana n hanya kta yg akan menerima diri kita seadanya....

this song have meaningfull lyric :)



Ku mengatur langkahku
Berjalan tanpa bayang-bayangMu
Langit dan bumi setia, menemaniku
Matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui
Ku takkan pernah cuba berhenti
Langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
Kan ku terus cari sampai hujung dunia

Kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
Dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

Kulihat semua gembira
Bila mengenali erti Cinta
Senyuman ku beri hanya duka
Bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
Mataku kabur mencari
Hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi bila langkahku cuba
Untuk mengejar diriMu

Wednesday, April 6, 2011

hurmmmmmmm

haaaa tadi my uncle from syria call nak balik dalam hati ni allah ja taw dok melompat mcm na hehehehehehe pastu tetibe perbualan kami ada di selit dgn pertanyaan peribadi tentang aku...hurmm aku taw dia sayang aku n nak yg terbaik dia pun cerita pasal sesorang ni nama nya hafiz abdullah org timur tengah now keje kat poland n ibu dia lak stay n keje d amerika anak tunggal dah kematian ayahnya ..umur 27tahun...hurm dia kenal aku dr my uncle..kat umah pakcik aku mmg byk gambo aku maklumlah dia tak dak anak n anggap aku mcm anak die..dr percakapan pakcik aku pasal dia ni .my pakcik ni kenal ngan die masa depa naik satu flight ke mana ntah then pakcik aku pelawa mai umah dia pon mai dr situ depa ni rapat.dia nak stay kat malaysia n buka bussines kat sini..then my pakcik ni pon g taw yang dia ada hajat then aku tempis aku kata "mamu mai sini dulu yer baru kita sembg yana pening sgt ni byk bende nak ngadu.."then dia terdiam dan dia kata"mamu tak dtg sorang taw sayang mamu akan dtg dgn hafiz dia nk tgk bussiness apa dia nak bukak kat sana,mamu dah g taw abah pasal ni,ni baru mamu g taw ana"......aku diam lama gak lah then aku kata "ok"...ya takala aku ngah jiwa kacau lg jiwa kacau jadinya hehehehehehe antara semua semua pakcik aku ni jer aku dgr ckp dia lebih sket kali ni aku tak taw lah...then pakcik aku kate"mamu taw masalah yana family ada g taw,sabar yer sayang,..dugaan semua tuh mgkin ada yang terbaik dok menunggu kita hanya merancang allah yang tentukan...ana just jaga diri ana...jaga batas..jaga agama..jaga tradisi kita ..jgn lupa!!"then aku asa terkejut n terdiam byk aku lupa fuhhhh la baru dok recall balik semua adoiii!!!! byk kesilapan aku dah buat niii...hurm takpa semua tak seteruk mana ..aku hanya iya n iya ja then terputus panggilan mmg susah bila dr sana nak kol ke malaysia susah n line mmg teruk...so kita tgu lah na apa akan jadi after my mamu ni mai...then bermula lah speaking london terabur aku nanti mai hahahhahhaha kena bawa kamus...pape pon miz u so much ..........

i like this song



Bersungguhkah
Engkau dalam percintaan
Beranikah
Menempuh dugaan
Kerana ku bimbang
kau tak mampu untuk bersama
Menghadapi rintangan
Di hari muka

Bukan mudah
Untuk menguji hatimu
Bukan maksud
Menolak cintamu terhadapku
Harap kau bertahan
Bukan hanya dipermulaan
Ku tak ingin lagi
Mengejar bayang(an)

Entah kah
Apa gerangan
Jiwaku
Rasa tertekan
Setelh lama ditinggalkan sunyi tak berteman

Peritnya
Kenangan silam
Ku harap
Tidak(kan) berulang
Tak ingin lagi aku dilukai
Memang banyak dugaan
terpaksa ku pertaruhkan
Terhadapmu (untuk itu)...maafkanlah aku

Kekasihku
Dugaan datang menguji
Tiada erti
tanpa kesungguhan yang kau beri
Kan terbenam nanti
Dan yang rapuh gagal berdiri
Andai kita mungkir
Berpegang janji

Thudia perang meletus dahhhh!!!

hehehehehehehe salam morning,

1ST LY TAJOK d atas tak dak keje mengena lansung ngan aku hahahaahah ni sal member aku sowang ni...gadoh ngan boy dia sebenrnya boy n gurl ni my frens lah heheheh yg lawak semalam aku dah elok landing dah kawan aku yg pompuan ni phone
"yana ,hang kat na???"
soalan paling sempoi d tanya tak kala pukul 1.18pg...nak marah pon ada nak gelak pon ada ..aku pon jawap
"ha aku ada kat opis ni bz sket ler asal????"
trus dia gelak bunyi mcm nangis pon ada
"hurmmm tolong kuar sat leh???depan pintu umah hang aja plzzzz mai kuar"
terus aku diam n bukak lampu untuk confirm lik kul brapa??takot pon ada asal suh aku kuar dah la kampung aku la ni mcm mc cita dok ada..pastu dgr mama aku kata yana ada org kat luar lah..so aku pon
"ha tgu sat aku kuar,sat g aku kuar mcm ni hang terkejut lah ngan rambut ngerbang (ish bila nak potong rambot ntah ??)
aku kuar ja trus member nangis perhhhh aku yg terkejut tgk muka dia ngan celak..maskara mana hala dah muka dah serupa gothic aku tgk...
"weh lek la hang nangis sini kaco my parents lah isssh awat ni sakit ka???nak p klinik???"
dia dokk nangis lg ishhh,aku geram aku masuk p pakai tudung then ajak dia kuar...dah la keta dia manual hahahahah tak pa lah buat p lah pandai sat aku drive so sampai gurney kawan aku lg sowang phone (marka dia lah)
"yana...ila ada ngan hang ka???wehh ampa kat mana???aku nak p kat ampa"
aku tgk kawan aku lg kuat teriak dia aku pon kate
"lek lu bro...hang p mana mana lu biaq aku ngan dia dalam stengah jam hang mai kami kat gurney...kalau tak jumpa try cari kat kapitan gurney..."
then aku off phone ..dah mulut aku sakit naik ulser hurmm gagah ckp gak...
"hang awat?????dok tak dok???kacau lahh ampa dua ni gado kalau msti kacau aku,cuba aku gado lak kaco ampa leh????"nada aku a bit marah la sebab aku tdo kot dia p kejot huh.
"sorry lah yana...aku tak taw nak cari sapa lahhh.aku tak tahan dah ngan dia...dia buat aku ni mcm apa ja"
aku tanya lah
"dia wat pa kat hang???hang g taw sat mau aku karate dia kat flying kit ka???cer citer cer citer"
dia gelak jap n citer
"kami gaduh dekat seminggu dah.aku tak tahan ngan mulut dia...mcm $%%^&%*%^*(tak boleh di taip bahayo heheheh),pastu kira nak aku paham dia ja,bila mai time aku lansong tak paham...pastu buat apa tak reti nak habaq habih aku ni apa??tunggula??"
haa lupa nak g taw depa dua ni dah tunang..so aku pon kata
"lahhhhhhhh! pasal ni ja ka hang teriak terok terok?????"

"bukan sal ni ja lah yana,aku cuba wat biasa n aku sebenarnya nak jumpa dia rini saja nak beli hantaran then dia pon kata ok..bila aku tgu dia tak mai mai aku phone dia tak angkat hurmmm aku pon tak pa lah aku p lah dulu tmpat aku nak p..alih alih elok dok lepakk ngan member dia huh kemain gelak g then aku nampak handphone dia ataih meja depa tu aja.kalo hang tak angin ka???berapa kali dah dia buat..then bila aku p dia kata apa..relak lah jgn konkong sgt i jumpa kawan i ja pon u ni control ngat lah"
terus kawan aku nagis heheheheeh dia ni murah ayaq mata kit
then aku kata
"hurmmm kalau aku jadi hang pon aku marah ila...tapi marah aku lebih byk berdiam dr p serang kalo nak serang heheheh yg tu kira last jumpa lah...mmg dia tak patot wat mcm tu n bg aku dia tak patot kata kat hang lagu tu sebab ampa dah ada ikatan dah.."
then kawan aku diammm ja tak nak ckp pa so aku blanja dia minum suh charge lik air yg habis dia kuarkan tuh hehehehehe dalam tu km sembg biasa biasa aku suh dia sabar ni semua dugaan,then kawan aku lg sowang mai...bukan dia yg marah tapi aku lak marah member pulak mai dok seblah aku time tu lak aku dok pegang paper..panggggg aku bg kat lengan dia...
"awat hang mai??kawan hang mana p???p blah la ikot depa...amboiiii pandai kata org control bistu hang dok kontrol dia hang tak nampak????suka hati ja ckp lepas kat dia,,bila kena batang idong hang taw pulak nak sentap n sentut??kawan pon kawan la tak dak masalah.tapi hang jaga lah hati dia..dia ni bakal bini hang kot??dia nanti dok sampai mati ngan hang taw...mulut hang pun berubah lah sket.."
then member muka mcm cekodok5 kupang pon ckp
"aku mana taw dia ti nangis mcm ni dia pon tak habaq dia tak suka apa yg aku buat dia diam aja...aku mcm biasalah yana..ni tup tup tadi aku punya dok kol tak angkat then tup tup aku nampak keta dia p blah umah hang aku phone hang lah"

"aku tak mau masuk campoq hal ampa tapi jgn jadi mcm aku dah la ampa lg 2 bulan nak kenduri sabaq lah..jgn sekali kali pk sal putus ila...jgn!selagi leh tego hang tego lah aku kenai ampa dua...sakit putus tunang tu aku takot hang tak leh hadapi ja..ni gado pon habis dah punya terok dok mai...hang ada ckp td sal putus.i hope hang tak pk serious bout that...dia ok cuma hang tego jer lah tu aja...jgn gado lama lama...time ni lah dugaan dok mai berat...tapi dia tak dak pompuan lain kan??so hang tak perlu nak pk sampai ke arah putus...sabarja aku mintak la ni..."
sambil dok tonyoh mata aku ngan spec tak pakai lagi blur jadi...
then kawan aku yg pompuan tu kata
"sowey lah yana aku bukan nak kaco hang tapi mmg betoi pa hang kata tuh...hurmmm aku tak taw lah cuma aku a bit terasa cara dia sejak sejak ni...aku dok g taw hang kot msg dah kan??aku kan mcm hang da masalah diammmm ja..aku tak diam aku nanti nangis"
then aku gelak aku kata
"habis hang ingat aku tak pernah nagis kalo aku nagis ampa terkejut kot hahahaahaha.pompuan ati lembot kit...walaupon luaq mcm ganaih...ha.hang tak reti reti nak pujok lg???dah ila dok bg respons p la ckp ni dok diam mcm anak dara mana mai lak..ha pujok pujok jgn dok buat aksi terlarang depan aku kang aku karate dua dua"
hurm then p lah romeo n juliet tu dok sok sek sok sek so a bit ok lah then depa pon anto aku kelik...taw tak habis lg cita depa ni..tapi biasa lah take time..so balik tu aku tak leh nak tidoq layan movie sat dok tak dok dah subuh mandi siap n mai koje huhuhuhuh..ni untuk kawan aku ila aku taw hang baca blog aku ni untuk hang...

___________________________________________________________________________________


Dah adat bila bertunang mesti mcm mcm nanti jadi..tapi semua tu dugaan sebab bila dah kawen lg mcm dugaan nanti mai..tapi ampa dua ok sebenarnya tak dak masalah selagi boleh bercakap n tego buatlah....hang ja aku asa aku cita sal probs aku yg lampau yang aku ingt hang ngan mama n abah aku ja taw sal ni..so hang taw kan mcm na aku face it??n mcm na aku nya fobia?aku lain...probz aku berat kit...tapi tolonglahhh jgn salah buat keputusan nanti hang nyesal tak sudah....aku yg sememangnya patut buat keputusan tu pon aku sedih sampai la ni...ni kan hang takat menda tu sabarlah ila..dia tu sayang hang tu ampa kenai pon 6tahun takkan tak kenal lg???sebelum ang nak tunang pon ang tanya pendapat aku.ingat???ya dia mmg ok cuma mulut n kekawan dia aja..tu leh tego...n dia still respect hang ngan family hang kan??dia stil paham hang kan bila hang bercerita??n dia still pujuk hang kan bila hang keliru??so apa hang pening??jgn jadi mcm kisah aku sudah.....aku taw hang ni manja sebab hang anak tunggal tapi hang kena kuat sama sebab nanti kawen hang kena jadi bini n ibu dah time tu hang sowang tak dak sapa dah nak support melainkan ur husband...haa hang tanya aku sebab apa aku tak pk pape lg sal kawen..sebab ni lah aku takot cerita lama berulang tak mudah nak buat pilihan bila berkahwin...n kita tak boleh patah balik dah lepas kawin sebab hampa dah ada ikatan kuat..ikatan tu boleh terputus dgn CERAI..tapi jgnlah semua tu akan keruhkan lg keadaan dan tambah lg kesengsaraan..aku until now terlalu takot ila..takot aku ni sampai selalu aku ngigau..hah!hehehe lg lah...dgn family aku mula campur tgn dalam pilihan jodoh aku...lg lah menjadi masalah..sekarang aku cuma pk jer ila..aku akan pilih yg terbaik dan isthiqharah ja jawapan aku...sebab pemilihan..hang aku nasihatkan agar bersabar n berdoa agar semua kembali pulih...hope u married will be the happenning event soon...:)

Tuesday, April 5, 2011

things i crazzyy to have huhuhhuhu

haaaa tgah bowink bowink ni ni dia senarai barang yang aku idamkan tapi tak kesampaian lg huhuuuhuhuhuhuhuhu.........

1st
jeng jeng jenggggggg



heheheh aku sangat n tersangat suka lah bergambar heheh n suka ngat ngat ngan kamera ni..tapi tak dpt g huhuhuhuh bila lah nak pat niiiii n ramai org kiata canon bagus n murah lg huhuhu pa pon aku lebih biasa ngan canon sebab tu bila pinjam kamera kawan aku ..aku a bit gagap huhuhuhuhuh

2nd
ha ni my fav brand huhuhuhuhuhu yaaaa i like this one n dior dua dua brand ni fave aku n dior aku just suka perfume n lipstick dia yang dah habis setahun lepas huhuhuhuhuhuhu

3rd n seterusnyaaaa rahsieeee tak leh nak g taw g

Sunday, April 3, 2011

nak kena diet hehehehehe

fuhh!! badan makin bam bam dah kena tego ngan my family members hohoho ,mula lah dok search nak cari ubat kuruih hehehehehehehehe tapi apa yg bagus ada yg kata bg amik pil ada sign effect huh takot lak dah..tapi bg aku yg tu yg berkesan plak....hehehehe nowdays mcm mcm pil ada duramin ada actacil ada yg ni semua ubat doktor...ubat lain lak mcm jus mate 5,RX lite n mcm mcm lg,...tapi semua ni ada kesan..n apa kesan nyan wallahualam...tapi ada yg membunuh yer mcm duramin kalau kita amik kita akan jadi aktif semacam...n susah tdo n jantg akan berdegup kencg darah pon akan naik tinggi so semua ni bahaya,,tapi if ada org nak jangka masa cepat untuk kurus mmg dia akan amik duramin...dalam sebulan 25kg leh trun hah sempoi kan???pastu tgu lah sakit apa nanti mai...silap silap sakit jantung pon ada....soo memang bahaya..so ramai nasihat amik cara biasa control nasi.n makanan berlemak so akan trun lah KG tu so ntah berjaya or not tgu lah kan dalam masa 2 bulan hahahah tu lah masa aku bg untuk diri aku untuk diet n capai berat ideal,,,harap harap jadi kenyataan lah kan....n kena tekad lah beb jgn main cakap jew heheheheh,so it will began by tommorrow n tgu after 2 month what will happens hua hua hua

Wednesday, March 30, 2011

wahhhhhh hari ini hari yg paling bizi


huh hari ni mai koje pon tak semangat dah pasal esok huhuhuhuhu tapi keje berlambak n bersepah kena mai gak lah...bg setel semua then kul 12 satg nak lik dah coz nak get ready p kursus kat LHDN lak adoiiiiii bg la aku rest esok nak p jejalan lg hihihihihihihi p mana erk???tunguuuuuuuu......pastu malam nak p dating ngan my bessssssttttttt frens lak nak story mory sket ngan dia....n pinjam sesuatu dr dia....hehehehehe...n malam ni nak berkemas kemas n buat mcm mcm buat mr P ur kueh pau i tak leh buat flavour coklat brg tak sempat g bli i buat savouri flavour jerk janji pau kan???hehehehehehe so ini malam bizi lah kito ngan mcm mcm nak kene buat jangan dok buat lena dah kang apa pon tak jadi.....pastu ti kena marah lak ngan someone.......wink wink
(dia pnh marah aku ker???tak pun bg sakit ati ada lah kot hihihihihihi)....hah sebelum terlupa mcm na aku nak p kenduru kawan aku tunang erk????ngan mr p koje,ngan aku ada taklimat huh!!!! how???inai pon tak lukis
aku kena set date g jumpa gak buat inai gak la mcm na pon janji mmg nak sponsor dah kene tunaikan ni......kene pk kene pk........think think......ok lh jam dah 11.50 aku nak kena chow chin chow lu.....kirenya luse kot baru aku update blog ni..tgk kalau rajin online tgah nak g jejalan pon ok gak kan dah dah lg byk aku taip lg merepek jadinya...sooo assalamualaikummmm

Monday, March 28, 2011

today schedule n nyampah + tekanan jiwa hehehehehehe

today masuk keje 7.30pg- mai koje ngan muka nantok...(tido kui 2 semalam hahahaha tgk gambar hantu)
8.30-kuar p beli roti tlur kat astaka mesjid terapong ngan milo ais kaw nyom nyom nyom
9.40-ada cikgu tuttt amik kunci makmal pastuh tak reti nak pulangkan huh!last aku send sms "saya nak kuar ni tak reti pulangkan barang saya lik ker????"ni kira msg bebai n dah lama sabaq la......ada pasai aku dok bebai ngan minah ni..
10.30-naik pejabat tgk tgk langkah kiri silap byn aku naik huh!! tetibe kena suh jana opis dari kui 1 sampei 2.30 memula kene sampei kul 3 aku kata nak kuar stengah jam di tolak cehhhhhhhhhhh nyesalllll aku naik...
11.30-sms my Mr p yg mgkin tgah dok rehat rehat,hehehehe tersilap lak p marah my darling ni bukan nak marah kat awak pon tersilap lerrr,,,n i think mr P majokz sat....takpo tak po satg nak jumpa hehehehe
1.10-dok copy surat geran n bla bla bla untuk p dating ngan abg polisi satg huhuhuhu p ngan Mr P....heheheeheh jumpa gakz satg...takpa kita gado satg nahihihihihihi
1.33- dok update blog la ape lagi apa rahhhh heheheheheehhe....n one more thgs i miss my fren soooooo much huhuhuhuhuhu:(

Friday, March 25, 2011

Aku GERAMMMM!!!!!!

Aku elok kuar rehat balik umah tadi kul 12 ,mama kata ada surat aku buka tgk surat PERINGATAN NOTIS SAMAN CAWANGAN TRAFIK,so aku ngan rilek baca n tak terkejut lagi then aku cek kot sms tetibe darah aki asa naik n mendidih jerr dah la tgah sakit pala ni...aku ada saman 12 beb!!!! harga RM1360.00....woii!!! aku baru ja pakai keta ni kot bulan lepas bulan 12 kot mana saman ni tempek plak??pada pada lah kalau nak saman pon cek dulu baru hantaq surat siap saman ni semua ataih nama n ic aku lak tu......ni aku cek lengkap kot email mari kita tgk kebodohan yg melampau lampau


Friday, 25 March 2011 14:54:57
POLIS: PDM137 12 saman berjumlah RM 1360.00
...
From:
"copsbaman@rmp.gov.my"
...
Add to Contacts
To: ana_geminiez87@yahoo.com.my
BERIKUT ADALAH SENARAI SAMAN SEHINGGA 25/03/2011

POLIS: PDM137 Saman 1 04/10/1999 05:10:00 PM KUBANG PASU(JITRA) PANDU LAJU RM 100 1-L282234

aku baru tingkatan 2 time ni tahun 1999 dasat gak aku melilau nya jauh!
POLIS: PDM137 Saman 2 05/07/1999 09:48:00 AM KUALA MUDA PANDU LAJU RM 100 1-K537139

sama gak tingkatan 2
POLIS: PDM137 Saman 3 28/03/2000 09:44:00 AM TIMUR LAUT(G'TOWN) UNDUR BELAKANG-KEMALANGAN RM 300 1-K646775

Ha MASA AKU PMR ....DASATTTTTT!!
POLIS: PDM137 Saman 4 19/05/1999 10:25:00 AM BARAT DAYA(B/PULAU) LARANG LETAK KENDERAAN RM 30 1-G914947

HA NI BACK TO FUTURE LIK AKU FORM 2!
POLIS: PDM137 Saman 5 24/06/1999 09:30:00 AM SPU(BUTTERWORTH) PANDU LAJU RM 100 1-K202622

FORM 2 GAK!
POLIS: PDM137 Saman 6 28/08/1999 02:37:00 PM SPT(B/MERTAJAM) PANDU LAJU RM 110 1-K067707

FORM 2 LAGI OTAI OTAI AKU NI!!
POLIS: PDM137 Saman 7 08/10/1999 04:54:00 PM SPT(B/MERTAJAM) PANDU LAJU RM 100 1-L486535
POLIS: PDM137 Saman 8 11/09/1999 10:44:00 AM KERIAN PANDU LAJU RM 100 1-K733567

HA LG FORM 2
POLIS: PDM137 Saman 9 21/08/1999 04:30:00 PM KERIAN PANDU LAJU RM 110 1-K765738

BLA BLA BLA SAMA GAK!
POLIS: PDM137 Saman 10 10/07/2000 05:01:00 PM GOMBAK(SELAYANG) PANDU LAJU RM 110 1-M398335

SAME!
POLIS: PDM137 Saman 11 09/09/2000 05:54:00 PM KERIAN PANDU LAJU RM 100 1-M358414

SAMA GAK!!!!1
POLIS: PDM137 Saman 12 14/12/2010 04:10:00 PM TIMUR LAUT(G'TOWN) ABAI ISYARAT LALULINTAS RM 100 1-DF647503

OK YANG NI AKU LEH ACCEPT GAKKK!TAHUN 2010 TAPI STILL KENA CEK!


OK  DARI LAPORAN N SINOPSIS YANG AKU LEH BUAT DI SINI...SALAH TAK AKU NAK KATA DEPA NI CUAI???DAN TAK PERIKSA BEBETOL KEJE DEPA???HELLO SAMAN DI KELUARKAN ATAS NAMA N IC AKU KAY!SIAP NAK KENE SENARAI ITAM LAGI..WHAT THE **** ...IC SAYA TAHUN 1987 OKAY KETIKA DI SAMAN SAYA NI MASIH BERSEKOLAH YANG PELIK TAK DAK LAK SAMAN MEMANDU BAWAH UMUR????MANA P SAMAN TU KALAU AKU KENA SAMAN TIME TUH! KALAU SURAT NI TAK DAK ATAS NAMA IC AKU LEN LAH CERITAA! NI TERANG TERANG NAMA N IC AKU ATAIH SEKALI MCM PENJENAYAH! KESIAN AKU MEMUDA DAH KENA TUDUH,THEN DOK TAK DOK DEPA TAW LAK AKU KEJE TIME APA TAW LAK NAK SAMAN TAHUN NI....BAGOI!...DASAT GAK AKU FORM 2 IAITU UMUR 14TAHUN BAWAK KETA SAMPAI KL NUH SIAP LANGGAR KETA ORG LAGI!!!!!SEBELUM NAK BAGI SURAT KAT ORANG PON PK N CEK LAH DULU TAHUN TU LOGIK KA DGN UMOQ DIA?????NAYA JA NAMA AKU NAK KENA BLACK LIST!!!!!! AKU DAH LA MALASSSS NAK P BALAI ,MCM MCM SOALAN DEPA TI TANYA AKU NANTI BORING SILAP SILAP TIDOQ TROIH,AKU PON KAKITANGAN AWAM GAK AKU WAT KEJE KENE CEK BERPULUH KALI BARU AKU SUBMIT...SIAP SOH KAWAN AKU CEK LG TAKOT SATG MASALAH LEN NI DGN CONFIDENT BOH IC AKU SIAP BOLD LG N NAMA AKU N SENARAIHITAMKAN WAHHHHH!!!!!!!......


dok cari foudation yg bagos!

pompuan...pompuan gak lah kan,heheheh ganaih mcm na pon benda ni semua dia jaga gak...aku dok carik foundation la apa yg bagus ntah la....ramai kata natiractor tu bagos....ya ka??eh sejak bila aku suka makeup erk???hahaha sejak dok tgk muka org len dok comel comel huhuhu mcm anak patong teringin lak slama ni makeup pon aku tak reti yg aku taw basic ja,celak,lip bloss n pemerah pipi then the end hahahahaha senang n cepat....ha ni contoh sorang akak yg sapu naturactor n jual naturactor dia...cantik n gebuzzzz



basic die dulu see seee shempoii




ni lepas dah make up hehehehe background lagu dirty bit hahahah siap ngan dukong anak g,yg anak dok perati"apa lah mama aku dok buat?"hehehheeh

asa mcm nak try lahhh tapi aku tak reti makeup lah boleh ka satg men tonyoh tonyoh jadi tepong gomak lak muka aku heheheh satg ada lah org nak tegur,naik jerawat sebijik pon dia tego dah siap perli lakzzzzzzz huh kijam punya olang!

lama tak updates blog???

alooo,sowey la lama tak mengupdate blog ni maklumlah bz tahap dewa melanda (bz ke malas ???hahahaha)....ha sepanjang koje ni mcm mcm kene buat keje tak sepatotnya tak kene pon tapi d paksa buat boleh ka mcm tu??????hurm tu lah nasib keje staff biasa biasa ni...nak tgu jadi bos bila tahun pon tak taw lg :p,nak komplen member suh sabaw...giler apa keje kerani technition ict kene buat pastu kursus bab kerani aku pon kene p ni leh timbulkan amarah ni!!! huh tapi kena sabawww gak...keje origami pon kene buat gak!!! not poligami kay mcm my cik abe dok silap ckp...huh!! tapi nasib aku ni suka seni so sku tak leh la nak marah hehehe...gila siot keje senang leh setel saja dok bg susah n rummit sapa tak bengang...tapi bengang aku sempoi sket bila keje ni...aku suka kurungkan diri aku dalam bilik aku...n tak jumpa sapa pon...then tetibe aku p punch out org ti tego "aik hang mai ke rini cik liyana?napa tak nampak pon??ngan kete tak nampak??",ha sempoi tak bukan aku ja kene sembunyi ngan my love(car) pon kene sembunyi hahahahahha...aku takkan jawap pa aku senyum n blah...aku kat tempat keje mmg jarang ckp sgt pon suke keje sendri bukan eksen..tapi tak dan nak sembg membang semua tuh aku tak berapa suka...kalau topik best baru aku jalannnn hahahahah,

hurmm,lagi cita lawak tadi pagi,aku bangun nak p mandi tadi, elok aku keluar bilik sambil mengeliat manja ahakz! aku terkejut ada jejaka mana ntah kalut aku masuk bilik balik capai tudung,then dgr jejaka tersebut gelak,aku kuar lik sambil dok perati lama lama (rabun sket hahaah gatai tak mau pakai spek..)''kak yana oiii!!! ifan lah hahahahah"...haaaa thudia lah sampai adik sendri pon aku tak kenai
wahhhhh makin hensem lak aku tgk adik aku ni ngan jambang dia hahahah ngan muka ala mamak tersambaq hahaaha..."bila fan lik??awak tak phone kak p amik kat terminal bas??smalam soh kak amik kan?".....sambil dok p tarik n cubit dia(hobi aku hahahaha cubit org),"abah amik tadi abah kata kak tido lewat dia tak mau kaco..aik semakin sehat nampak??dalam hati ada bungan kah opss kumbang hahahah"...keloloh gak adik aku ni...umur dah 20tahun...tapi ngan aku manja toksah dok kata lahhhhhh aku kira bank bergerak dia gak lah hehehe...my kitten kuar bilik dok tgk adik aku dok perati ala ala takot sebab tak pnh tgk hahahahaha hachiko n hachitam lawak ampa ni...satg aku p dating ngan adik aku kot dia taw lak gaji aku bila cehhhh!

Monday, March 14, 2011

KEBURUKAN MEE SEGERA!

Mee segera merupakan mee separa masak yang dikeringkan dan dicampur dengan minyak, biasanya di makan setelah dimasak atau direndam dengan air panas selama beberapa minit. Makanan ini amat “popular” di kalangan orang bujang mahupun golongan yang sedang “kekeringan” poket..

Namun begitu tahukah anda, di sebalik kesedapan dan keenakan mee segera yang mempunyai pelbagai perisa itu sebenarnya kurang sihat sekiranya dimakan dalam kuantiti yang banyak dan secara berterusan. Bayangkan kandungan di dalam bahan perencah mee tersebut mengandungi kadar MSG yang tinggi dan garam yang tinggi. Bahan perisa ini mempunyai pelbagai kesan negatif kepada kesihatan terutama terhadap fungsi buah pinggang. Terdapat kajian yang mengatakan bahawa individu yang alah kepada MSG mengalami panas dada, perubahan warna wajah kepada sedikit merah atau sakit kepala yang melampau setelah mengambil produk yang mengandungi MSG yang tinggi.

Selain itu, kandungan dioxin dan plasticizers yang terkandung dalam pek pembungkusan (biasanya dalam bentuk mangkuk atau cawan) juga dikatakan mampu mempertingkatkan risiko serangan kanser di kalangan pengguna. Bahan kimia yang terlarut dalam air panas akan menjadi bahaya sekiranya di makan dari mangkuk secara terus.

Jangan lupakan juga teknik memasak mee segera anda. Tahukah anda, kandungan wax yang menyelaputi mee segera mengambil masa selama 4-5 hari untuk mencernanya. Bagaimana pula dengan kesan terhadap ibu mengandung dan kanak-kanak?

Kanak2 yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin. Jadi, anda para wanita, cubalah elakkan mengidam mee segera ya.. Cuba gantikan dengan makanan lain yang lebih berkhasiat.

136 bahan penambah kebanyakannya bahan kimia dibenarkan ditambah di dalam mi segera oleh Codex, piawaian makanan WHO/FAO. Gambar di atas menunjukkan bahan ramuan itu.Daripada 136 bahan penambah itu, 24 daripadanya adalah garam natrium, di samping garam makan juga turut ditambah. Disebabkan itulah kenapa mi segera mengandungi natrium yang tinggi.

Satu paket mi segera sahaja boleh mengandungi kira-kira maksimum pengambilan harian yang dibenarkan 2,400 mg natrium.Di samping banyak bahan penambah dan paras natrium yang tinggi, mi segera juga mengandungi jumlah lemak yang tinggi. Kebanyakan mi segera digoreng dalam proses pembuatannya. Menurut Majlis Pengguna Hong Kong (HKCC) dan Pusat Keselamatan Makanan (CFS), sampel 3 cawan mi segera didapati mengandungi lebih daripada 30g daripada jumlah lemak bagi setiap pakej, yang merupakan lebih daripada 50% daripada had pengambilan harian bagi jumlah lemak untuk diet 2,000-kcal.Huraian lanjut, sila dapatkan akhbar Utusan Pengguna keluaran Nov-Dis 2010.

10 Ramuan Melampau Dalam Mi Segera:

Adakah mi segera makanan sebenar atau makanan palsu?
Apakah bahan penambah ini sebenarnya dan sejauh manakah ia selamat?

Berikut beberapa ramuan yang mungkin anda mengambilnya bersama dengan mi segera anda.

1) Kalsium Sulfat: Kapur Paris.

2) Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen.

3) Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga.

4) Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api).

5) BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal.

6) Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma.

7) Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit; juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air.

8) Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang.

9) Polydimethylsiloxane:
Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas.

10) Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak; mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran, kerosakan saraf; mungkin menjadi penyebab kanser.



JANGAN JANGAN DAN JANGAN

* JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak
suka. Kalau tertidur lain cerita.

* JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori
seluruh rumah kita.

* JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.

* JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

* JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu
membuka pintu berkat).

* JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

* JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.

* JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi
kepapaan.

* JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

* JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

* JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

* JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

* JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.

* JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila
berjaya. Kalau gagal kecewa pula.

* JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

* JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

* JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.

* JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.

* JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal
selamanya.

* JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.


Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya...

Saturday, March 12, 2011

astagfirllahuazimm


tsunami di jepun dan gemoa bumi,sekarang makin menjadi macam macam bencana alam.adakah petanda kiamat???wallahualam.ya allah selamatkanlah org muslim yg berada di sana...lindungilah mereka...dgr kata malaysia juga ada tersenarai dalam negara mgkin berbahaya kene tempias,aku tgk CNN lah semalam....ya allah lindungilah kami dr sebarang malapetaka...aminnn

Tuesday, March 8, 2011

letih huhuhu

Ngntokz,Letihhh,mata asa mcm nak sakit huhuhu hangat sangt kot....tadi kat tempat keje mcm ner leh terlelap..habis muka berbirat kene pembaris ,dah mcm kena pukoi lak heheh padahal best punya dok landing.tadi org yg aku dok gram sgt tadi kene marah cian gak tapi tak pa dia kena taw gak aku ,,gila punya sabar ngan kerenah dia mai satu tahap meletus lahh..dah meletop trus asa batery lowww gila nak tito lahhh tak larat nak taip dahhhhh evil kapel sowey ha tak dapat melayan komen kalian kerna daku sungguh kebizian,kegeraman dan keletihan...by d way take care both of u.....

hurmmmmmmmm

aku agak geram gak about somethg today....hurmmmm mcm tak dak perasaan toll!!! semua main harap kat aku ja if tak sunyi terus....ckp ja seribu kali ayat tu tapi tak penah tunjuk pun!!!!!tak pa just ikut rentak tuh aja senang nak tgk takat mana.....aku pun takkan take any action...sonang fair n square....one more thingsss SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA HUHUHUHUHUHUHUHU AKU NI WANITA HEHEHEH DOK RASA REMAJA LG ERK HUHUHUHUHU.....

Monday, March 7, 2011

tensennnnnnnnnnnnnnnnnn

hari ni keje mcm apa ja aku tensen la ngan bos akuuu
yg angin tak tentu hala..macm ke hapa tak habis cerita dah dok buat hangin yg aku tensen aku tak ckp ngan dia pon aku ckp ngan org lain dia yg mai mencelah pastu ckp ngan muka muka(mcm cutez la sgt)nasib la aku sabar ja tadi if not mau ja aku kata"eh saya ckp dgn org lain di sini tapi org lain bg respon pesall?????"kalau la aku ckp fuhhhh mesti kes lg besar hahahahaha,dgn dia dok buat bebai..dah la berat sebelah..cakap tak jaga lansung hati staff main bedal jerr....ramai lah dok cerita kat aku sal dia tapi aku dgr ja lastly terkena batang idung sendri baru aku melompat...hari penoh stresssss ni lah keja mana tak da stresss

selingan



Friday, March 4, 2011

renung renugkanlah d sebalik lirik ni

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku


Kau tak bisa hapuskan amarah
Walaupun engkau tahu
Aku mahu kamu mahu
Aku tahu kamu tahu
Dan ku takkan tunjukkanku amarah
Kerana aku tahu segala yang berlaku
Tetap akan berlaku di mana kudratku
Dia yang menentu
Dia yang menentu

Wanita bukanlah perhiasan mata
Wanita adalah pelengkap di jiwa
Yang perlu kau corak dan bimbingi dia
Dan pasti bukan sekadar dengan kata-kata

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku


Hati wanita terlalu rapuh kau genggami
Yang ingin selalu dimanja dan disayangi
Ku bukan tagih janji yang kau hancuri

Manis mulut lidah kau berapi
Tanpa sedari hati kau sakiti
Ku menghargai segalanya
Namun mungkin kau yang lupa
Fikirkanlah dengarkanlah suaraku

i like all this song rite now



thakz asma

lagu ni dia dedicated kat aku huhuhuhu nasib lah hang dok jauh kalo dekat mau jer kita jumpa hari hari sembg n story mory anywayy miss u dear


menda kesayangan aku ...


hehehehe ni benda wajib aku lah kan kalau tak dak menda nii ishhh masalah besar bg aku wooo buat men men huhuhuhu




now aku dok sibok mentelaah this book best giler lg best sebab buku ni aku tak yah beli aku pinjam kat puan azlina dia baru jer beli tapi thankz sebab sudi bg pinjam dulu huhuhuhu



ni bukan menda kay ni menatang hehehehe ni comel my lovely cat...sayang giler aku ngan die sebab senang jaga n tak nyusahkan aku n tenang jer bila pelok dia.......

makna perkahwinan



Seronok aja tgk org sana sini kawen,tambah lak bila p kenduri tgk pelamin n baju diorang cantik semuanya...buat aku terasa tercucuk nak kawen tapi no no no kawen bukan seronok mcm tu jer kay...kahwin tu means tanggungjawap,samada kita ni bersedia ker tak n salah satu nafsu jugak,kalau dah tak leh control tu kena kawen lah jawapnya hehehehehe.sebab elak maksiat n benda tu halal if dah kawen...bg aku kahwin ni buat org yg bebetol bersedia n berkemampuan boleh lah...yer lah bersedia means dalam diri dia tu dah bersedia ker nak pikul tanggungjawap seorang ister???nak jaga makan minum hubby dier?pandai masak ker???hehehhe...kena redha jangan melawan ckp suami sebab perempuan if dah kawen dia perlu n tersgtlah wajibb dgr n patuh terhadap suaminya kerana syurga ada d sana if sebelum kawen kita ngan ibu kita but lepas kawen dah lain tu tak bermakna kita lupa our parents lak kan?kang org lupa parents aku fire diorang...si suami lak syurganya tetap ngan ibunya...so bg aku kahwin ni bukan lah benda memain..sebab nak hidup sampai mati ngan si suami tu,n kene berubah sikap lah kan mmg wajibb..n yg penting ada kah kita boleh sayanggg dia sepenuh hati kita??kita perlu kahwin dgn org yang benar benar kita SAYANG,CINTA,LOVE HEHEHEHE,coz dari itu gak kita akan setia,kekal ngan pasangan kita...jika kita kahwin coz terpaksa,kesian ngan org tuh,terpukau ngan duit dia yg berlambak lambak tuh...takkan kekal nyerrr percayalah ckp aku sebab tu jugak la byk kes cerai berai semua sebab kawin atas dasar lain...lg satu trend skarang ni kawen kalau si perempuan tu musti or wajib lah cari yang hensem..kaya...buttt tak pulak d cek amalan agamanya mcm ner??leh ker dia tu jadi ketua keluarga satu hari nanti???then bila dah kawin..mula lah nak nyesal i kenal u u kenal i ....podahhhh!!! dah terlewat..and if time dok gado sampai nak cerai tuh si pasangan tu dah ada zuriat diorang...ha mcm ner???tak kesian ker kat budak tu???alah aku ni tak layak pon ckp pasai ni just nak share pendapat jerrrr



bila dok gadoh gadoh mula lah tak si lelaki mintak cerai si perempuan akan mintak...la cerai ni leh men sms lak...sok ni ym pastu skype n bla bla bla biasalah dah cangih kan....semua jenis style tak reti ckp depan depan...aku heran org dolu dolu kebanyakan kekal sampai ke hari ni even more romatickz then young people...ada rahsie ker??jap nak p tanya opah aku..kalau dia mau cerita lah kan..kalau tak how to do silap silap ngan aku aku dia suh kunyah sireh aiyeerrrr buchukzzzzz...dgr yer semua kahwin tu bukan senang taw huhuhhu (bg aku lah)sebab ia memerlukan persedian yg sebetolnya untuk mmbuat keputusan seperti itu.kadang org tanya "hang tunggu apa lg yana?"..hah aku tunggu ni lah aku ngah dalam proses dok memperbaiki,bersedia.n bla bla bla untuk jadi seorang wife....n one more things aku kalau boleh nak bina kerjaya n nak menstabilkan dulu kewangan aku...kelak tak der masalah...zaman skrunk ni mcm mcm leh jadi kadan kala tak sempat nak terpk ngan akal logik kita ni..tuppppz benda dah jadiii.dah dah lg lama aku taip lg byk aku nanti merepekz so kalau boleh kenal habis habis dulu be4 wedd if not it will happens like thisssss

Thursday, March 3, 2011

selamilah

unsur aku

setelah d teliti ternyata betol lah aku ni unsur angin hehehehehe angin ni ada byk maksud angin yg sepoi sepoi tu or hanginnnnn heheheheheh bg aku dua dua ni mmg aku ada lahhh (ngaku sendri)

blog blog huhuhu

salam...semalam aku tak leh tido dah 3 hari dah..ckp phone ngan kawan aku dr subang jaya,ngan masalah kawan dia yg dia tlg setelkan but lastly aku ngan dia jadi perunding lak dah huhuhuhu,kawan aku ni namanya yussof dia ni penyabar gak org nya n suka tlg member sampai sanggup tak tido bila dia tak tido dia mai link ngan aku ha elok lahhhh bila tak tlg majok lakz huhuuhu lawak toi aku ngan mamat ni majok lebih....but mmg kesian lah ngan story kawan dia ni ...dah ada tunangan then tunangan ada org org lain,fuhhhhh! not org satu kay??org org means ramai lah tu...so si kawan i ni d lantik oleh kawan dia untuk menyamar n try tackle si pompuan nii....nak tgk dia ni jenis melayan or not...i one week ja aku ase pompuan ni dah cair n more concern kat kawan aku kire dia nak berjaya tackle lah tuh..perghh ayat mu mantop erk yus hehehehehehe apa apa ajer lah u ni...

semalam aku selisih faham sket...aku tak suka bila di tanya byk kali look like dia tak teliti apa yg aku ckp ngan dia..hurmmmm :-(....then dia mcm tak paham apa yg aku cube g tahu...tak pa lah mgkin cara aku tak kena kot???
la aku nak wat biase ja tak nak pk n cube buat benda bukan bukan....aku just nak ikut jerrr semua ni n takdir allah yg akan tentukan aku hanya akan berdoa jer...kire ni cara last aku fikir aku nak buat....n aku ni tak suke nak fikir benda alah byk byk cukup lah bg aku just pk jap then let it go what will happens we just wait n see lah hurmmmmmm...........

Monday, February 28, 2011

rahsia tarikh lahir aku

Bulan Kelahiran anda ialah JUN!

Berfikiran jauh & berwawasan.

Mudah ditawan kerana sikap baik.

Berperangai lemah lembut.

Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.

Idea yang terlalu banyak di kepala.

Bersikap sensitif.

Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).

Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

Bersikap suka menangguh-nangguh.

Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

Cepat marah & cepat sejuk.

Suka bercakap & berdebat.

Suka buat lawak & bergurau.

Otaknya cerdas berangan-angan.

Mudah berkawan & pandai berkawan.

orang yang sangat tertib.

Pandai mempamerkan sikap.

Mudah kecil hati.

Mudah kena selsema.

Suka berkemas.

Cepat rasa bosan.

Sikap terlalu memilih & cerewet.

Kurang mempamerkan perasaan.

Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.

Suka pada barang yang berjenama.

Mudah menjadi eksekutif.

Kedegilan yang tidak terkawal.

Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Sunday, February 27, 2011

waktu sesuai untuk berdoa




Anda sentiasa berdoa tapi masih tak dimakbul kan lagi? Kenapa? Mungkin juga sebab anda berdoa tak kena pada tempat @ masanya.

Berikut ini saya kongsikan info mengenai 10 waktu yang paling sesuai atau waktu yang paling mustajab untuk kita berdoa.

Mudah-mudahan, bila kita berdoa waktu yang mustajab ini, doa kita akan mudah di makbul kan oleh Allah Ta’ala. InsyaAllah.

10 Waktu Mustajab Untuk Berdoa

1. Ketika hujan.

2. Hendak memulakan solat dan selepas solat.

3. Ketika menghadapi musuh dalam peperangan.

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

“Berdoalah saat doa itu diperkenankan Allah iaitu pada saat bertemu tentera-tentera (berperang), ketika hendak mendirikan sembahyang dan ketika turunnya hujan.”

(Hadis mursal yang diriwayatkan oleh Imam al-Nawawi dalam Kitab al-Azkar)

4. Antara azan dan iqamat.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Tidak ditolak doa yang dimohonkan antara azan dan iqamat.” (Riwayat al-Tirmizi)

5. Ketika iktidal yang akhir dalam solat.

6. Ketika sujud dalam solat.

7. Ketika khatam al-Quran (30 juzuk).

8. Sepanjang malam, terutamanya pada sepertiga yang akhir dan pada waktu sahur.

9. Sepanjang hari Jumaat.

Kerana mengharapkan bertemu dengan saat ijabah (saat diperkenankan doa) yang terletak antara terbit fajar hingga terbenam matahari pada hari Jumaat.

10. Antara waktu Zuhur dan Asar dan antara Asar dan Maghrib.

Saturday, February 26, 2011

im sooo crazy with alza

minat sungguh aku ngan kete ni???bila lahhh nak pakai???????????????

salam sabtu

salam

hari ni btah tetibe aku terdiam...terfikir....dan hurmmmmm...ada kata kata makcik aku ngan mak aku buat aku terpikir balik apa keputusan aku telah buat???salah aku ker??aku berebut ka??adakah aku perlukan masa lagi?????.....aku tak selesa sekarang ni....teramat tak selesa....berfikir mcm mcm ....jadi takot serba salah dan takot sakiti hati org lagi....aku rasa mcm nak membawa diri pula...rasa nak keluar dr penang...nak tenangkan minda dan diri aku....susah nak jumpa org yg jujur dgn diri aku....susah hidup dgn kuarga suka membuat perbandingan....ni lg sukar untuk aku membuat pilihan....aku perlukan masa lagi...aku tak patot terburu buru....kadang trasa n terpk gak bukan bukan nak dok sorang diri lah apa lah...naper aku sukar rasa heppy??aku byk terpikir bukan bukan ker??fobia???ada lg dalam diri aku ni...kalau lah aku ni komputer senang jer reformat jer balik ha habis semua yg lama terdelete habis tak ingat pa dah?aku maseh buntu lg ya allah???beri lah aku sesuatu yg boleh aku membuat keputusan

Friday, February 18, 2011

TAK MO TAK MO CELEBRATE HARI IBU

JANGAN SAMBUT HARI IBU

Hari ibu yang disambut pada 21 haribulan Mac setiap tahun telah diterima oleh semua penduduk dunia, tidak terkecuali negara-negara Islam sepertii Malaysia. Seperti "Hari Bapa" dan "Valentine", umat Islam, tanpa usul periksa menerima bulat-bulat apa yang diperkenal dan dianjurkan oleh dunia Barat. Maka berbagai ucapan dan ungkapan diluahkan kepada siibu yang kadang-kadang si anak hanya berkesempatan bertemu dengannya dua atau tiga kali setahun.
ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokong nya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Justeru, apakah justifikasi orang-orang Islam merayakan hari tersebut ?

Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikut boyfriend.
Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini..
Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.
Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Has him Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.
Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu sim bol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.
Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1. Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad
2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?
Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997, "Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian."
Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah sim bol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia.. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk permohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan .
Butir asal permohonan.. ...

Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.
Sebab yang dia beri, "Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam."
Perenggan 23: "Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik".
Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar agamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri.. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi..... . semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: "Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.
Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-peluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk. Menggelupur dia depan kedai tu.

Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga..

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan..

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah. Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si mina ci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya. Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya..

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ni, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.
Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. . Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. "Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam." Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun.

2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata " Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini." Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.

Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.
Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.
Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama... Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata, "Allah hu Ahad". Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata "Allah hu Ahad". Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.
Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu.

Apalah dosa a nak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani.. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluh terpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara.

Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita. Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri. Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? " "Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.." Sahabat bertanya lagi. "Mengapa begitu ya Rasullullah? " Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia".

Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, "Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap." Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah. Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya "International Jew" (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London ... Dia berkata: "Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam."

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492 . kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Mindanao .. Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu.
Macamana benda ni boleh terjadi?
Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.
Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?
Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah "garam dan ragi". Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. Maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu..
Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi". Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi Di rasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti, dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati... "Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang, kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati .

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini.. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.
Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini . Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong panjangkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

salam maulidur rasul

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.....
Segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam. Selawat dan Salam keatas Junjungan kami Saiyidina Muhammad dan keatas keluarganya dan sekalian para sahabatnya.

Alhamdulillah...Maha Suci Allah Yang Maha Penyayang yang masih memberi peluang kepada kita meminjam udaraNya untuk terus berjihad dibumi Allah seterusnya meneruskan perjuangan memegang amanah sebagai khalifah.

Berdirinya kita pada hari ini dengan ketentuan Allah Yang Maha Merancang dengan lahirnya Penghulu kita yang mulia selaku penyampai wahyu Allah dan sebagai pemimpin umat Islam iaitu Muhammad SAW, Rasul yang terakhir dan tiada lagi nabi sesudahnya.

Mari ikuti kisah kelahiran kekasih Allah ini.... ^_^

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan. Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas.

Irhas bermaksud satu perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:

1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau dipinda.

2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada orang alim melalui ilham dan sebagainya.

3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak lagi rahsia yang belum tersingkap. Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil. Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi. Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Muhammad Rasulullah

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa. Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria.Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.

Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda dilahirkan.Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan kedua tangannya mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.

Kemudian bondanya melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah seruan "Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik''.

Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya daripada semua makhluk.

Dikatakan juga pada malam kelahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.

Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, "Ketika aku sedang berada di Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, "telah lahir nabi pilihan yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha Mengetahui.''

Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan kerajaan tersebut.

Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang dianggap suci tenggelam ke dalam tanah.

Setelah baginda lahir, tembakan bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur, ketika baginda diasuh oleh ibu susunya iaitu Halimatus Sa'diah, ladang-ladang Halimah kembali menghijau setelah mengalami kemarau.

Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat termasuk juga pakaian baginda.
Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas kepala melindungi baginda daripada panas matahari.

Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat Jibril dan Mikail. Lalu membelah dada baginda dan mengeluarkan segumpal darah dan mencuci gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan semula di tempatnya.

Hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?

Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun nubuwwah, penutup segala nabi.

Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.

Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir.

~p/s: Jangan pernah kering bibir dari berzikir pada Allah dan berselawat pada Baginda Rasulullah SAW..semoga kita semua mendapat syafaat Baginda di akhirat kelak..amin ^_^

Apa yang aku cari??

assalamualaikum

aku kenal dgn 3 org semua berbeza sikap n diri
insan 1
aku kenal die melalui satu website ada sikap sikap dia yg buat aku ter pikir tapi dia ni seorang anak yatim piatu n seorang yang hurmmm senang ckp tiada masalah kewangan lah dia seorang senior engyneer d singapore dan punya syarikat contractor sendri tapi ada sikap dia buat aku takot dan bosan dia seorang pemarah,agak sombong,cakap kasar........

insan ke 2
die org se negeri dgnku umur 29tahun,keje kat kilang di sini gak hurmmmmm jawatan sama dgn ku heheheh tapi dia ada up depan sket senior huhuhu so ngan die ni aku ok semua ok dia pon org biasa tak senang n tak susah...tapi nampak gaya panas baran tu ada skett,,,

insan ke 3
die org kedah...umur 27tahun,seorang yg bg aku pandai n kejanya engyneer permotoran
dgn dia ni aku tak nak komen sgt lah bg aku sama ngan insan 2 jugak....

aku tak tahu sape pilihan aku..dan kadang aku rasa aku tak perlukan sesapa...sebab selalunya aku kesorangan...n sakit aku dtg balik....mgkin tekanan kot,family pon aku tak g tahu....aku kadang nak jugak sembg sal ni ngan someone tapi someone tu aku takder lg aku g buat checkup semua sorang jer....hehehe sampai doc tu kater awak ni takder someone ker yana ataw nak saya jadikan awak someone untuk sayer muahahaah ayat tak bleh blah,,,,ntah sampai bila aku tak taw....aku harap aku kuat lg....aku tak nak ibu bapa ku sedih,sebab aku tahu aku harapan keluarga.dan aku sulung,serta ibuku terlalu harapkan kelahiran ku tetapi sayang kembarku telah tiada....tapi aku telah ganti tempatnya supaya ibuku tak sedih huhuhuh (asal lak aku yg sedeh),....aku ni mgkin seorang perahsia gak sebab bg aku itu yg terbaik....kadang aku penah la mimpi pelik pelik kan kain kafan la apa la.tapi tu semua mainan syaitan jer hanya untuk menakotkan kita.ataw petanda jeng jeng jeng.....habis lah duit aku kali ni byk lg treatment heheeh tak pe tak pe asanya kena postpond sambung blaja ni......aku harap aku berjumpa ngan seseorang yg boleh terima aku seadanya,dan aku juga mcm perempuan lain need someone to be love''d hihihi.....tapi mgkin keistimewaan tu aku tak dpt tak pe aku redha jer dan truskan berdoaaa

hepie hepie

my best fren already found lover huhuhuhu tahniahhhhh.....sat jer...tapi dalam dok kenen lah kan....makan nasi minyak ler aku nanti....dia baik n gurl dia pon baik...aku doakan hang kekal hingga ke jinjang pelamin,ur both r swee couple.....sama padan n sama cute n satu lagi sama gelongz huhuhuhuhu.....so now aku tgk kawan aku dah ok n brubah byk dah n nampak die heppie.aku pon tumpang sekaki gak ler ...so dgn secara rasmi nya pula kawan aku bertambah lg bukan sowang tapi dua hehehe kawan gurl dia pon aku kenal jugak...so kot mana pon aku tua gak ler hehehe diorang kire junior la...hopefully ur both heppie...n dun 4 get me dah lerrr

Allow


Salam lama tak posting mosting ni huhuhuhu bz ngan koje yg tak habis habis......ha life makin ok n ok..bila dah terlebeh ok mula la masalah baru mai....now aku tak tahu mana pilihan yg betul untuk ku....semua mula cakap serius hurm dalam pada tu takot n fobia terselit lagi dalam diri aku...now aku rapat ngan someone dalam dok rapat ada sorang lg dtg,semua aku cakap sebgai kawan ajer tp ntahlah diorang leh terima ataw tidak....aku masih buntu dalam ni ntah la kekadang pk mungkin aku muda lg,bila dok sorang asa sunyi lak..adoi masalah masalah.bila tgk kekawan dah ada someone special timbul lak rase cemburu.biasa la aku pon manusia biasa,tak lari dari perasaan ni....aku buntu buntu buntu saper pilihan aku....apa yg harus aku lakukan???
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...