* JANGAN sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak
suka. Kalau tertidur lain cerita.
* JANGAN masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori
seluruh rumah kita.
* JANGAN makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan.
* JANGAN biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.
* JANGAN tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu
membuka pintu berkat).
* JANGAN makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.
* JANGAN keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan.
* JANGAN pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi
kepapaan.
* JANGAN biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
* JANGAN bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
* JANGAN menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
* JANGAN ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.
* JANGAN mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia.
* JANGAN lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila
berjaya. Kalau gagal kecewa pula.
* JANGAN bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
* JANGAN banyak ketawa. Nanti mati jiwa.
* JANGAN biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita.
* JANGAN suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat
dimakbulkan ALLAH.
* JANGAN terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal
selamanya.
* JANGAN mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.
Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk ciptaanNya...
No comments:
Post a Comment