Thursday, July 10, 2014

baby qaisara bole makan dahhhhhh

Assalamualaikum,

  buah hati aku boleh makan dah  opkos lah umie dia yg over xcited hehehe jom layan gambar 1st time fruit puree masuk mulut dia
Apa ni umie??ok nak rasa lah.om nom nom nom

buat muka pelik hahahahahaha

ok umie sedap lah nak lg nak lagi....


entri seterusnya aku akan share resepi n cara buat puree untuk permata hati kawan kawan yer...ok tata



lasagna daging

assalamualaikum

   cuti baru ni tekak omputeh ni (muntah  hijau ye kawan kawan bahahahahaha) tringin benor lah nak makan lasagna...pastu dgn keadaan mcm zombi lapaq tak makan seminggu aku p lah dapoq cek brg nak masak ada ka dak...cek cek n punya dok cek semua dok ada...ok so start lah aktiviti ...ok aku nak share cara buat spagheti versi aku...

ni bahan bahan yang mesti ada ya kawan kawan

bahan bahan:
-susu fresh
-Lasagna (aku guna brand sand premo)
-prego sos tin versi traditional
-bawang besar dan ubi yang di potong kiub
-capsicum (cili benggala) potong kiub
-cheseesss (campur je chese apa yg ada )
-daging cincang
-perencah /penambah perasa,oregano,lada hitam

ok mari kita masak masak plak no


Tumis bawang dan ubi...goreng sampai naik bau dan ubi lembut sikit,sebab kita potong ubi kecik kecik so cepatlah masak.

lepas tu masuk kan daging cincang dan goreng dalam masa yg sama rebus lasagna tu yer
cara betul nak rebus lasagna,panaskan air n masukkan beberapa titis minyak,masukan sekeping demi sekeping lasagna.jangan masak semua sekaligus sbb akan melekat...kalo tak caya try buat na.






kemudian masukkan sos prego,oregano dan capsicum masak masak n masak sampai kuah dia tu sebati n hampir kering,tambah la garam/penambah perasa ikut kesesuaian tekak yg nak menjamah yer
ok sekarang kena buat white sos plak,cara dia,,susu fresh dalam secawan + tepung sesudu+ any chese ,mcm aku guna chesedale aku letak 3 keping=kacau kacau sampai jd mcm gambar tu yer kawan kawan

ok bahagian ni aku paling suka,bahagian nak melapis
 lapisan bawah sekali letak lasagna yg dh di masak tadi,lepas tu daging yg di masak kemudian white sos,kemudian taburkan chese yang dah di parut .buat peringkat demi peringkat  yer
ok last akan jadi mcm ni kemudian bakar.



DONE!!!!! OK BOLE MAKAN....

lasagna ni takleh buat selalu sgt sbb chese banyak siot ini akan menambahkan lemaks lemak aku yg sedia ada .ok mari mencuba ya kawan kawan....






Sunday, June 22, 2014

persediaan sebelum bayi anda mula makan

assalamualaikum

  sekarang dok sibuk mengoogle pasal 1st baby solid food,dari barang yg perlu ada hingga ke menu ,alhamdulilah byk lah yg terkumpul dalam kepala ni hehehe,,selepas d survey ni lah hasilnya

Baby bullet(RM 130-170)



Dari review aku baby bullet ni ok lah sebab dia datang dgn pakej kan tempat simpan makanan bayi,spatula n resepi,tapi tapi tapi ada gak ramai complain kata banyak masalah n cepat rosak.ada yang kata bila blend lama akan bau hangit mcm terbakar...aiyoooo so cancel beli benda ni...


Philips avent steam blender.. (RM 250-300)


Haaa yg ni perfecto tapi harga dia boleh tahan lah yer mcm tak berbaloi plak kan so far review pasal philips avent ni ok takdak masalah..so boleh la masuk dalam wish list aku.


Hand blender(RM 100-300)





  Haaaa hand blender ni aku tgk ramai beno mommies d luar sana suka,sebb mudah,mudah basuh,mudah bawa ke mana saja,n mudah mudah mudah serba serbi hehehehe sebab dia tahan lasak n amat sesuai untuk kita yg rajin sgt masak untuk baby ok masuk gak dalam wish list aku hehehe

Baby feeding chair

                                                                        Bumboo seat (RM130-200)

  Ok bumbo seat ni nampak sgt lah selesa untuk bayi kan,tapi lepas d google ada gak keburukan dia,ada xcident berlaku dan bg aku lepas d research masalah itu punca dari parents sendiri,dah terang tulis amaran perlu perhatian ibu bapa ketika menggunakan seat ni tapi ada yg syok p tinggai anak lama lama dok dalam tu,baby mana kuat lg pinggang depa so efek lah ,kalau nak guna kejap kejap takpe lah kan..




                                                            Inflantable baby chair(RM70-120)

   Comel kan setakat ni review untuk kerusi ni positif tapi risau aku takut bocor plak kan hehehehe

                                              Ikea High baby chair  (Less then RM100)

  Aku berkenan yang ni.yerla aku tinggi kan pastu suka jalan sana jalan sini sambil tu bole suap ke Qaisara tapi rasanya abie dia tak berkenan huhuhu

selain dari tu yang perlu ada yg ni
                                                               Baby Freezer Tray

                                                                     Pengukus
                                               Baby Food Feeder (bole letak buah dalam ni )
                                                 Boon squirt (bole isi makan n mudah)

                                                                  Baby feeding set

Haaa ni jer lah yang dpt di share setakat ni lepas ni insyallah nak share resepi pemakanan bayi pulak yer ,

P/S :Gambar from pakcik google :)






Bayi tidak boleh di beri makan sebelum 6 bulan ...

assalamualaikum

  
  Qaisara dah 5 month plus..tapi sekarang makin kerap dia nyusu mcm tak puas je n tak kenyang...dalam hati mula lah gatal mikir utk suapkan qaisara somethng,tapi No No No elok jgn lagi sebab kena biarkan usus dia matang sikit lg..baru leh bg makan.itu pun bukan semua boleh hentam yer,elok bg fruit puree dulu yer kawan kawan..yg d blend dgn sehalus halusnya,

   Tapi yang sedihnya ada juga mommies d luar sana yg bg makan anak sebelum waktunya ..alasan yg selalu d bagi
-Anak aku lapaq la tu aku bg makan awai hang taw apa? (mcm lah anak dia pandai cakap kan n bole g tahu plak)
-bibir anak dok mencicip bila tgk makanan (alasan lg)
-kalau aku bg makan anak aku tidoq lena skit (kena kat hangpa hahaha)

kita jangan bg makan ikut kita je ye kena fikir gak keaadaan bayi
elok kita baca ni untuk sikit pengetahuan am dalam pemakanan bayi yer kawan kawan

1. Sistem Penghadaman Yang Belum Matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu. (protein di dalam susu ibu adalah berbeza.)
Uolss tak kesian ke dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya??? 
2. Masalah Kesihatan Jangka Masa Panjang
Pernah tak uols terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya? Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal. Tidakkah uols menyayangi anak uols dan masa depannya???
3. Masalah Dalam Penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak. Fikir2kanlah tentang masa depan anak2 kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena air kencing bayi laki2 di bawah usia 2 tahun yang hanya meminum susu ibunya sahaja. Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun. Sayangilah masa depan anak2 kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita 'cepat besar' dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak2 kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya. 
 TANDA2 BABY SUDAH BERSEDIA DIBERI SOLID FOODS IALAH:
1. Baby sudah boleh DUDUK - Tidak kiralah sama ada baby itu sudah duduk sendiri ataupun sudah stabil apabila didudukkan. Ini kerana esofagus berada dekat dengan tulang baby...so, kalau baby duduk maknanya makanan akan masuk dengan selamat ke dalam perut mereka. Dinasihatkan juga ibu2 jangan beri solid food dengan cara baring. Bahaya!!! sebab takut tersedak.
2. Baby dah boleh MENGGELENGKAN KEPALA - Apabila baby dah mampu untuk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh untuk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnya sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala, mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah kenyang.
Kesimpulannya selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu diperkenalkan dengan makanan pejal (bukan makanan pelengkap) yang bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau baby menolak, just sabar dan jangan memaksa baby untuk makan sebab baby belum betul bersedia. 
Pesanan:
Kalau boleh janganlah beri baby kita makanan di dalam botol atau tin ye...sebab makanan tersebut mempunyai bahan pengawet. Yang paling penting... beri mereka makanan semulajadi, tanpa bahan perisa. Beras perang juga amat bagus untuk baby.   

qaisara n camera

assalamualaikum

  Qaisara n handphone actually camera handphone tak dapat di pisahkan heheheh ni semua gara gara abie yg selalu keja n dek kerana rindu ke anak 3g lah jawapnya,bila dah selalu 3g anak pun dah kenai sgtlah ngan kamera tu,pantang nampak kamera sempat jer dia post hehehehe jom layan gambar selfie qaisara,umie n abie
                                            Time ni on d way nak g seoul garden :)


 
                                            Demam pon leh dan jer die(cool fever tu tak elok
                                           letak di dahi ye kawan kawan ada efek elok letak
                                            di leher blakang jer ,ni sebelum ubah hehehe)



                                         sinar je mata tu tgk handphone


                                                            On d way balik penang


                                                                  ikut umie g jejalan


                                                                  cuti cuti malaysia

cuti cuti malaysia

assalamualaikum

  Bermula lah episod aku cuti berpantang selama 3 bulan...macam tak percaya jer dah ada anak sekejap jer masa berlalu,rezeki dari allah ..en hubby dapat cuti 2 minggu jer ,sebab bz dgn tugasan .so tinggalah umie n qaisara berdua yang besh dadi n dada (nenek &atok) asyik belek jer cucu tu tambah tambah my abah yang dulu tu cengey sgt (garang) tapi sekarang habis ke cucu,kalah hehehehe..balik keja cari cucu dulu
aku d penang sampai bulan 3 je kemudian mcm biasalah balik ke negeri aku mencari rezeki n ilmu ..





                                        Ni gambar lepas habis cuti berpantang snap
                                                  dgn abie sebelum abie g bertugas

Monday, June 16, 2014

Fasa Fasa mendebarkan

assalamualaikum


  pada 11/1/2014 bermulalah sejarah dalam kehidupan aku sebagai seorang isteri...dah lebih hari dah usia kandungan aku ni mungkin baby nak tunggu abie balik penang dulu baru dia nak keluar hehehehe
milkysmile mr hubby hantaq aku balik penang dulu sebab dia nak kena settlekan tugas dia.aku pun dgn pasrah ok jer (dalam hati dok melompat bagai dah sbb nak balik penang bole makan sepuas puas puasnya sebelom kebabommm hehehe),en hubby antaq 2 minggu awai.so dan lah pekena apa patot kan..lepas je dua minggu malam tu aku msg en hubby kata perut berasa semacm jer n dah tak tahan dah sakit pinggang ni..ok untuk makluman semua berat badan aku naik dgn jayanya yer selepas 6 bulan kandungan,naik naik takdak full stop muahahahahamilkysmile . So keesokan harinya mr hubby bertolak balik penang..ok dalam hati ni rindu membuak buak kot hahahaha..so malam tu sempat lg kami dua date g makan makan apa lagi balik penang tak makan puaih puaih amatlah rugi ok hahaha...malam tu baby tendang kuat gak..berasa semacam dah ,malam tu tido pun tak lena sbb sakit tapi still tahan lg.esok ja trus siap g klinik.misi pun tego"eiiii tak lama dah niiiii takot aihh perot jatuh dah",mana da jatuh perot aku dok melekat elok lg aih ,misi nihhhh!.doc pon cek rupa rupanya aku liking (betoi ka eja ?) so kena p spital besaq ,nervous ok,baru ja g cek mama n mama mertua aku ada tambah nervous lagilah aku ni..cek punya cek last doc kata kena masuk wad sebab tak lama dah...kalo tak da pape diorang nak induce...dgar ja induce aku nak teriak dah..sebab takot nak menghadapi sakit dia tu....sedihhh...masuk plak wad masalah kepanasan plak satu bilik 4 org tapi kipas tu mcm terhad plak hadoiiiii, keesokaN nya puko 6 pagi diorang induce aku...ha start aku masuk ward ramai sungguh melawat,tapi baby tak kuaq lg pon hahahaha...aku bole gelak sakan lg sebabnya sakit tu tak mai lg..mama mertua suruh aku byk jalan,aku pun pusing satu spital tu ngan hubby,sambil pusing sambil makan apa patot.lama lama dok mai lenguh pinggang dah mcm signal mr hubby pun suruh dok dalam ward,pukul 2 docter datang cek tanya ada sakit dak "aku kata tak sangat" docter kata balik kalo tak sakit lg saya kena induce awak lg dalam pukul 5 ,,,whatttttttmilkysmile...ya allah hanya tuhan yang tahu apa aku rasa tapi buat muka selambe lg sebab ramai org mai tgk aku..mai tgk ja lah,tapi apa yg best aku bersuara ja nk makan apa semua pakat cari hahahaha mcm puteri kayangan u olllss hahahaha mama mertua aku sia beli nasik kandaq kampung melayu ada teloq sotong,mama aku siap p tapau nasik kenduri,hubby aku plak bahagian memaksa aku suruh minum air nyoq hadoiiiii menyumbat sungguh lahh... Jeng jeng jeng dok jer 3.30 ptg sakit dok mai dah,sakit mcm sengugut cekang sangt makin lama makin sakit makin lama makin sakit..dr dok gelak gelak teroih mata pejam dok pegang perot tahan sakit...sakit yang tak dapat d gambarkan...lama gak dok beradoi pukul 8 malam docter bg aku ubat rehat lpas kena ubat tu lena lah apa lg...bangun jer pukul 11 malam misi datang trus suruh g labour room...aku pun bangun mcm takdak sakit .siap nak g tandas misi nak teman aku kata tak yah misi kata awak tu bukan nak kencing tu ..aku diam ja g ja toilet haaaaa sudahhhhhhh air ketumban pecah kebabommmm..ya ya jerkan bunyi dia hahahaha tak skait lg time tu siap bole phone mr hubby kata nak masuk labour room ingt dia kat umah rupanya dalam keta kat parking spital..masa trun tu siap bole bye bye kat mr hubby lg mcm takda pape..haaaaa bila dah masuk labour room pukul 11 mlm tu sakit dok mai laju n laju sampai lembik badan aku ni,yg mr hubby nak rempuh masuk sebb dok susah hati kat luar menunngu.aku kenang sungguh misi yang teman aku,baik sgt dia jaga aku dgn sabr aku marah pun dia cool,dia yg pujuk docter suh mr hubby masuk kesian dia tgu luar sebb lama sungguh tunggu.pukol 3 pagi mr hubby masuk dgn pakaian ala ala docter hahahaha...dia masuk dia dok bg semangat teman aku sampai pukul 6pg,tak beranak ranak jugak aku ni hahaha sebab rahim tinggi docter la cakap...misi kata kat mr hubby,"en dah masuk subuh ni ,pergilah solat dulu doa bg mudah baby keluar yer" sungguh macam elok ja timing lepas ja solat ,baby bg signal nak keluar ha dok mai dah adegan mcm org dok sorak utk goal bola kan yg beza org tak sebut goal org sebut pushhhhhh pushhhh cuba bayangkanmilkysmile hahahaha..pukul 6.45 pagi alhamdulilah aku berjaya lahirkan seorang bayi yg sgt comel,hubby aku plak tersandar ke dinding sebab terkejut..aku plak hilan terus sakit bila docter letak baby atas badan aku..lepas je keluar labour room mr hubby pgg tgn aku dgn air mata bertakung n cakap terima kasih...thats d best moment ever..alhamdulilah kenangan yang indah walau menyakitkan.hukum alam.bersyukur pada mu ya allah


taraaaaa ni budak yg nak dok dalam perot umie lama lama ni hehehe copy paste muka abie sejibik,welcome sayang Ridwana Qaisara

asyuuummmmm berhabokkkk aihhh!!!

assalamualaikum,

   Thudiaaa dia mai dah dia mai dahhhhh
Photobucket lama kan dekat setahun dah rasanya aku diam ni..bukan apa sibok dengan kehidupan pekerja dan suri hati en hubby cewahhhhhh sila muntah ramai ramai hahahaha Photobucket Tapi sungguh pun ,aku diam bukan pa dok bz ngan tak berapa nak sihat hehehehe tak sehat tu bukan pasaipa,tak sehat sebab buatan orang muahahahaha...aku sebenarnya dah jadi umie kepada si jantung hati kami...ridwana qaisara...gegurl yang amat periang.kenan umie dia suka gelak masa preggy ,yang rajin dok buat lawak my hubby hehehehe... Tempoh preggy aku mcm mcm ujian mai,alahan aku ni takyah kata apa la,punya lah terok yang amat amat.sampai keja tak pi,bangun tak boleh,keja mc ja.makan pun tak boleh,haaa bermulalah fasa penurunan badan secara jayanya,hilang berat aku dalan 12kg ok.wahhhh slim yg amat wokeh (muka bangga sat) tapi kurus macam zombi kampung pisan buat pa???en huby pun tak penah bosan melayan kerenah aku ni,yang nade nade...apa dia tgk aku lalu minum itulah yg di belinya penuh peti sejuk...aku suka minum soya n sunqick oren...aku minum ni dua ja selamat 4 bulan kandungan ....haaaa just imagine milkysmile.mau tak kurus kan?aku plak jenis sayang gile kat lelemaks aku ni hahahaha...alhamdulilah tempoh kehamilan aku hubby aku byk membantu,sakit demam aku sampai dia nak keja pun tak senang..klinik ni kira rumah kedua kami lah time tu,asyik kena tambah air jer sedihhhhhhh

Tuesday, September 17, 2013

Assalamualaikum



Yeahh org penyegan on balik dah blog dia hehehehe....ya la baru nak sihat lah katakan...nak merepek apa pun tak taw lah dalam ni asa mcm nak share info ja dulu sebelum dok merapu bagai....so dgn ini saya bukak balik blog ni untuk entah ke berapa kali dah kena tinggai..cian dia hehehehe

Monday, May 13, 2013

selamat hari MAMA

Assalamualaikum,


    hari Ahad baru ni hari ibu kan...:) tapi hari ibu kali  ni aku sedih sgt sebab tak da di samping mama aku,yer lahh dah kawen kan hehehehe..tapi ingatan aku tak pernah sedikit pun hilang untuk my mama...aku fikir dari aku sekolah rendah tiap kali hari jadi atau hari ibu aku akan usaha memberikan sesuatu...dulu tak dak duit kan..so buat lah card guna kreativiti sendiri...tapi tahun ni aku bg special suprise kat mama aku,sebab mama aku banyak membantu aku tatkala aku kesusahan,susah senang aku banyak mama n abah aku lah yang aku cari...ada rezeki lebih sikit tak salah kita gembirakan ibu kita kan??? so aku pun plan lah dgn kak angkat aku a.k.a  florist yang buat bunga tangan kat aku dulu..aku minta tlg dia anto brg ke rumah aku di penang.sebab dia dok dekat ngan mama aku...
bila tiba hari tu mmg aku sedih bila mama aku ckp "mama ingat yana nak bali sebab wan dah habis pilihanraya.tgk tgk mama dapat suprise,,,waaaa suka suka,love u my daughter,u never change "..
ok time ni aku sedih n bukan sebb mama aku dpt brang tu,tapi sedih ingatkan aku balik penang huhuhuhuhu..last last mama aku kata  "takpe insyallah cuti ni kami p sana" waaaaaa suka balik hehehehe....actually mama aku ni dah merangkap best friends yang banyak aku kongsi bersama..so mmg banyak rahsia kami berdua hehehehe...so bila dok jauh tu aku rasa lah kekuraangan n kesunyian,tapi allah maha adil,dia berikan aku suami yang amat memahami aku..dan sentiasa ada waktu suka atau duka aku...kira terubatlah sikit kan hehehehe so tak mau ckp byk .ni gambbar yg mama aku wassap kan lepas teruja dpt suprise hehehehe...happy mothers day mama n buat ibu mertuaku sharon bee n shaharom bee seeee nama sama wokey hehehehehehe
                                                    muka terkejutz lagi hehehe.love you mama
                                                  some present for my lovely mama :)

  
Kita perlu mengharigai ibu kita selagi dia masih ada,kerana dia banyak bersusah payah untuk kita,bila kita dah bekerja masa ini lah nak menyenangkan mereka semula,aku terlalu respect mama aku sebab dia banyak berkorban.dari aku dalam perut (mengandung kembar paham paham lah siksa bawa perut tu mcm mana ok),kemudian mama aku kehilangan seorang anak kembarnya...mmg perasaan sedih tu boleh terpancar bila mama aku cerita kat aku semula...hurmmm tak maw cerita dah sedihh wooo ,insyallah berkat doa mama aku di tanah suci mgkin aku akan merasa untuk menjadi ibu dan akan bertukar dekat dengan dua family mama n ibu mertuaku....suami ku pun perlu berbakti pada keluarganya juga sebab sudah lama merantau tempat orang....moga ayah mertuaku sihat dan moga allah kabulkan semua permintaan aku ini..aminnnn

Wednesday, April 17, 2013

Sotong sumbat percik (versi pulut)

Ok ramai mintak resepi .meh sini nak bagi ni resepinya
secawan                                Santan 
setengah cawan                    Beras pulut
Sotong sederhana besar     10ekor
Serai                                        1btg
Gula melaka                           dlm seketul

Untuk percik
Cili kering
Halia
Kunyit hidup
Santan sikit
Asam keping
Garam cukup rasa
  
Pulut rendam semalama dulu lepastu sumbat kan separuh dalan sotong n sematkan sotong tu dgn lidi.kemuadian rebus kan dgn santan .serai.gula melaka.garam sikit..rebus hingga kering kemudian alihkan

Utk percik blend semua nya dan tumiskan kemudian letak santan..dan letak sotong d rebus tadi hingga kering..siapppp ヽ(^。^)ノ

Tuesday, March 19, 2013

im glad (part 2)

assalamualaikum

   Haaa bersambung part 2 hehehehe sakan aku ni hehehe biasalah la ni mana aku p internet semua dok ada.tak kira dalam keta ,dalam rumah,tempat kerja semua ada hehehe sampai my hubby kata org leh mati kalau takdak oxigen  tapi aku ni nanti mati kalau internet takdak hahahaha.....memandai ja lah my hubby ni.hari tu aku stop chapter 3 tak salah aku ni nak sambung chapter 4.

   Chapter 4

Apa yang akan kita buat bila pergaduhan mula terjadi???kekadang bila dah kawen ni kan masalah sikit jadi isu ..contohnya bila kita dok kat dapur kemudian panggil hubby kita mai tolong jap.panggil punya panggil punya panggil batang idong pon tak nampak..kemudian kita dgn amarahnya pergi lah tgk hubby kita tu..rupa rupa nya dok layan gambar naruto..haaaaaa mmg time tu dah angin dah ..kita pun p dapur balik tutup api semua masuk bilik hempas pintu kurung dalam bilik seminggu (tak logik ok ni cerita sahaja hahaha),then bila hubby kita lapar mula lah dia cari mana nasik..pastu kita pun ckp dr bilik "p masak sendri tadi panggil wat dunno jahh"..haa nampak tu dok mai dah perang kan kan kan...takmo takmo takmo,alah apa susah bila panggil tak dengar dr dapur kita p lah amik yg speaker org dok letak atas lori org jual tilam tu ha amik tu guna tu confirm sat ja nanti sampai kalau umah tu double story yg si hubby kat bawah...buat ja speaker tu kat atas satu bawah satu,mikrofon dekat dgn u ollz ha settle satu bab..si isteri pon benda kecik kecik jgn lah jadikan isu...hubby kita ni sayangkan kita kalau tak dia tak susah payahkan diri dia kerja simpan duit untuk kahwin dgn kita yg harga beriban riban ni,pastu apa kita nak dia akan belikan.so takat benda kecil tu jgn dok buat issue sgt na...\

Chapter 5
 Kalau dah kawin ni kena rajin rajin lah berhias untuk si suami..jgn masa bercinta ja berdandan semahu mahunya,kalu boleh pusing tudung tu mcm mcm lah nanti pusing.makeup tu dr base,foundation,bedak ,maskara n mcm mcm lah (sorry makeup fail yg tahu bedak blusher n maskara hehehe)..lipstick tu mcm mcm warna dah..ni bila dah kawen habis benda tu semua p campak mana tak taw.bila nak keluar pakai lah baju selekeh...haiyoooo lelaki ni biarlah bini dia tu besaq mana pun kalau pandai bersiap..comel jugak..jgn bersiap nak keluar ja di rumah pun perlu ...wangi wangi sama yer jgn bau ikan or petai...

Chapter 6
 Buat para para sakura ..eh eh silap lg hehehe para isteri ,jikalau anda bersuamikan seseorang yang bz..dan selalu ke outstation tu perlulah banyak bersabar mcm saya ni...huhuhuuhu.perlu juga memahami situasi kerja si suami..jangan pula suami balik kerja kita plak dok pot pet pot pet ..huhuhuhu tak mau tak mau...p dapur ambil air kosong je jgn buat air lain (sebab dok pendam marah tu hehehehe) bg kat hubby anda n buat muka tak dak pa pa padahal dalam hati tu dah jadi mcm mcm dah hehehehe...pastu kalau rasa sunyi sgt ..mgkin time hubby ada di rumah cuba slow talk dgn dia "ermmm bz sungguh awak kerja..takda masa dgn saya.apa kata bila awak free jom lah kita pergi bercuti"...ha buat lah muka manja mcm kucing sekali yer hehehehe,kalau dia kata "tak nak" haaaa ok para para isteri sekalian kalau nak marah silekan...nak bom pun silekan..kalau dia jawap "ok nanti saya cek jadual kerja saya bila free yer" haaa kalau itu jawapanyer so sabar..mcm saya sabar sabar ni dah on d way nak ke luar negara dah ni hadiah my hubby for me sebab dia memanjang bz kerja..hahahaha seee buat isteri yang sabar pasti ada hadiah yg tersembunyi...

Ok sinopsis nya di sini..bercinta p lah bagai nak rak pon..punya dok kawal habih semua..last last bila dah nikah pepandai korang lah main peranan...kalau dak banyak kes akan terjadi.lagi satu life zaman bercinta mmg tak sama dgn life org dah kawen...(aku tak dak kena mengena sebab tak dan bercinta pon )perlu kesabaran yang tinggi..yang mana tak pandai masak tu belajo lahhh..cara nak menambat hati suami supaya selalu ingt kat kita ni adalah dr segi masakan...n lg best kalau rajin berselawat ketika masak tu lah resepi rahsia hehehehe...buat semua kesabaran paling penting yer...jenis hubby aku dia tak suka aku dok layan mesyuarat tingkap or layan org bergossip.dia akan kata dr situ lah segala masalah akan timbul dia bg aku layan internet ja hehehehehe.....ok nanti nak sambung hal lain plak tgk lah malam ni kalau rajin update....hehehehe ok wasalam





Tuesday, March 5, 2013

lahad datu

assalamualaikum,

   Apa terjadi pada lahad datu sekarang ni ????aku ni sampai tak boleh dah nak tgk update terbaru berita sedih dgn jumlah pewira kita yang terkorban....memang sedih sanggup berjuang bermatian untuk negara tercinta...TETAPI!!!! dalam kes dok tgah hangat la ni..ada lg yg nak hangat jugak..politik negara kita ni...aku ni bukan lah pakar politik ataw apa..aku cuma seorang rakyat MALAYSIA yang biasa ingin meluahkan perasaan aku sendiri..

   Dalam dok perang ni kenapa kita sesama kita kena berbalah...tahu lah nak tiba PRU dah.tapi aku tengok pelik sgt dah politik negara kita lani..gaduh sana gaduh sini..pastu dah habis geram buat lah mcm rusuhan sana sini..la ni rakyat malaysia berpuak puak...ada plak dah kelab boikot parti ni..boikot parti tu...semua nak boikot...hubby aku handle kes politik memang apa yg terjadi aku tahu dulu..tapi aku jenis tak amik port..bila keadaan dah meruncing aku rasa tak boleh diam...dalam fb pun sekarang ni byk update pasal politik...
frust aku ni..pleaseee lah kita ni bukan nya negara yang besaq sgt ponnnnn..bila kita dok bergadoh sama sendri ..takut takut time ni jugak lah pihak luar amik kesempatan...yang kadang kadang tergelak..la kalau gaduh politik style mcm budak budak tadika bergaduh...hang kata aku aku kata hang..hang sindir aku aku sindir hang....sudah sudahlah tuuu bersatu kan bagus....tak rugi pun..skarang ni bukak ja tv...banyak cerita politik..takdak ceta len dah...senang tgk cita cartoon..Hagemaru ka...power puff girll ka kan kan

  Kes lahad datu pulak..Aku bersimpati pada keluarga pewira pewira kita yang terkorban..lagi sayu hati aku bila si isteri pewira kita yang terkorban sedang sarat mengandung..macam mana lah perasaan dia...air mata aku jatuh bila terpk pasal apa yg terjadi..takut...simpati..marah   perasaan bercampur baur..buat fb user,,tolonglah jgn update bukan bukan pasal Lahad Datu ni kalau kesahihan dia belum pasti..Dan jgn selalu update apa apa sebb takut pihak musuh dpt kesan..sekarang ni PDRM dah keluarkan arahan..kalau sesiapa war warkan  berita palsu tindakan tegas akan di ambil..ha bagus jugak...sebok update bukan bukan kalah wartawan...aku nak update pasal lahad datu pun takut..cuma cerita kesedihan dgn pewira kita yg terkorban...
...Al-fatihah buat pewira pewira kita yang mati syahid...dan marilah kita semua mendoakan agar cepat selesai kerumitan yang terjadi sekarang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...