assalamualaikum
cuti baru ni tekak omputeh ni (muntah hijau ye kawan kawan bahahahahaha) tringin benor lah nak makan lasagna...pastu dgn keadaan mcm zombi lapaq tak makan seminggu aku p lah dapoq cek brg nak masak ada ka dak...cek cek n punya dok cek semua dok ada...ok so start lah aktiviti ...ok aku nak share cara buat spagheti versi aku...
ni bahan bahan yang mesti ada ya kawan kawan
bahan bahan:
-susu fresh
-Lasagna (aku guna brand sand premo)
-prego sos tin versi traditional
-bawang besar dan ubi yang di potong kiub
-capsicum (cili benggala) potong kiub
-cheseesss (campur je chese apa yg ada )
-daging cincang
-perencah /penambah perasa,oregano,lada hitam
ok mari kita masak masak plak no
Tumis bawang dan ubi...goreng sampai naik bau dan ubi lembut sikit,sebab kita potong ubi kecik kecik so cepatlah masak.
lepas tu masuk kan daging cincang dan goreng dalam masa yg sama rebus lasagna tu yer
cara betul nak rebus lasagna,panaskan air n masukkan beberapa titis minyak,masukan sekeping demi sekeping lasagna.jangan masak semua sekaligus sbb akan melekat...kalo tak caya try buat na.
kemudian masukkan sos prego,oregano dan capsicum masak masak n masak sampai kuah dia tu sebati n hampir kering,tambah la garam/penambah perasa ikut kesesuaian tekak yg nak menjamah yer
ok sekarang kena buat white sos plak,cara dia,,susu fresh dalam secawan + tepung sesudu+ any chese ,mcm aku guna chesedale aku letak 3 keping=kacau kacau sampai jd mcm gambar tu yer kawan kawan
ok bahagian ni aku paling suka,bahagian nak melapis
lapisan bawah sekali letak lasagna yg dh di masak tadi,lepas tu daging yg di masak kemudian white sos,kemudian taburkan chese yang dah di parut .buat peringkat demi peringkat yer
ok last akan jadi mcm ni kemudian bakar.
DONE!!!!! OK BOLE MAKAN....
lasagna ni takleh buat selalu sgt sbb chese banyak siot ini akan menambahkan lemaks lemak aku yg sedia ada .ok mari mencuba ya kawan kawan....